Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday, April 29, 2010

Releks japp....

Ramai betul pulak staff di department aku hari ni,semua tak cuti, suruh cuti pun nak kerja jugak, cari masa sesuai katanya. Tak kesah lah janji kerja in-perform. Kalau diikutkan, salah seorang kena cuti untuk naikkan performance.

2 budak praktikal pun boleh tahan dan diharap, semua buat kerja dan tahu buat kerja. Bagus, syukur ke hadrat Ilahi.

Hari ni jugak isteri aku dah diberitahu dapat kerja di kawasan ofis aku jugak. Jadi kena la cari orang untuk mengasuh anak aku tu.

Apa lagi aku nak bebel yee... Nantilahh aku bebelkan lagi, time bukak blogpress ni byk idea, bila dah tulis, lari pulak dia.. Ok byee..


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, April 18, 2010

Bila ngantuk tulis blog...

Pilihanraya kecil p94 Hulu Selangor, dah betul2 masuk mode serius punya kempen. Bagi team TVS, kameraman, reporter, kru produksi pun ditambah kekuatan dari HQ untuk mantapkan lagi team, InsyaAllah.

Serangan BN pun aku dah agak bila mana Zaid di isytihar calon di Hulu Selangor. Pasal masa dalam BN apa yang diserang dalam BN adalah rutin harian
mereka.

Apapun apa yang diserang kpd peribadi Zaid adalah contengan arang ke muka BN sendiri.

:)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 15, 2010

Balik Markas... Hulu Selangor

Sampai kat sini je dah rasa mengantuk balik, aku pun tak tahu. Mungkin kena berjalan menikmati suasana berkempen untuk Pilihanraya P94 Hulu Selangor ni baru rasa sedap kot.

Nak dijadikan cerita, aku hari ni teruskan tuntutan aku dengan Telekom Malaysia yang berjanji mahu pasang streamyx di kawasan kerja aku. Punyalah liat, apply mula 5.4.2010 sampai sekarang masih tak dapat, bukan itu sahaja, aku yang mahu streamyx ni dah jadi macam bola. Mungkin dia tak nak layan aku yang berkerajaankan Selangor yang Pakatan Rakyat kot...

Aku apply line tu untuk sebulan sahaja, takkan aku nak tunggu sampai keluar keputusan pilihanraya P94 ni baru nak pasang kot. Duit dah habis beratus dah untuk pasang barang TM ni.

Call talian 100, untuk bantuan pun sudah, ada ke patut permohonan aku masih tak ada dalam database, setelah hampir 2 minggu permohonan masih tak ada dalam database lagi ? Nak kata pakai surat untuk inform HQ TMCorp rasanya semua dah email, malah staff TM Point KKB email depan-depan aku dan kawan aku.

Apapun aku yg geram sudah mintak pertolongan SU Agong Fomca, Md Shaarani utk war-warkan masalah ini di pihak atasan TM. Lega aku, namun TM semalam janji untuk pasang jumaat ini.


- Posted using BlogPress from my iPhone