Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday, July 14, 2008

Aii... nak tahan masuk parlimen jugak ke..?

Hari ni, saya pergi lagi parlimen untuk menjalankan rutin harian saya sebagai wartawan. Seperti biasa, saya bertolak menggunakan motosikal ke parlimen. Awal pagi memang semua kena tahan, malah jip Honda yang dipandu YB Salahudin Ayub (bersamanya YB Mahfuz) turut diperiksa.



Semua wartawan melainkan RTM lepas ke dalam parlimen, maklumlah mereka mahu buat siaran langsung parlimen selama sejam, penting tu.. hinggakan tetamu pada hari ini di RTM 1 pada siaran langsung berkenaan adalah Khairy Jamaludin !

Namun hampir jam 11.00 pagi, semua wartawan boleh masuk. Tetapi masa tu, YB pakatan rakyat tengah sarat berdebat dalam parlimen pasal usul undi tidak percaya ditolak. Akhirnya, YB Pakatan Rakyat boikot parlimen dan tidak mahu bersidang sebelah petangnya. Esok mereka masuk balik.

Kebetulan masa saya nak balik, hujan lebat pulak, jadi polis dan FRU yang bersedia untuk mencegah rusuhan kononnya diluar parlimen cepat-cepat masuk dalam kenderaan untuk elak basah kuyup. Apa la.. menteri arah mereka 'berjaga', menteri syok-syok dalam dewan, polis pulak kuyup.

Khabar angin punya pasal....

Tuesday, July 08, 2008

Tahniah malaysiakini.com kerana jadi Web berita No.1 di Malaysia

Wah... www.malaysiakini.com jadi no.1 ! Jika dilihat dari web pun boleh saya katakan mereka berhak untuk jadi No.1. Ini pun mereka jadi No.1 tanpa ada ruangan forum. Berita bertulis, ditambah dengan berita video, memang merupakan kombinasi yang bagus. Berita penulisan bukan sahaja dalam melayu, inggeris juga.

Tambahan lagi, sudah bertahun-tahun mereka dalam bidang ini. Apapun tahniah. Berkenaan kad media, web tvpas.com juga insyaAllah bakal mendapat tag media dari 'Penerangan'. Nampaknya, Shabeery Cheek memang terbuka berbanding Datuk Zam. Kini kerajaan sudah iktiraf media maya.

:)

Monday, July 07, 2008

Apa dah jadi PROTES ?

Menyirap rasanya apabila melihat majlis PROTES di Stadium MBPJ dicemari dengan kumpulan Underground yang menampilkan lirik yang berkait dengan liwat. Siapa yang bersalah sebenarnya ? pengerusi atau Hishamudin Rais yang dikatakan bertanggungjawab dengan band underground berkenaan tetapi untuk pengetahuan semua ini adalah jadual atau tentatif majlis yang sepatutnya berlangsung semalam.

Tentatif Aturcara

PROTES Sejuta Rakyat TURUN 6.7.08


Masa
Acara
Catatan

6/7/ 08 PAGI
10.00 – 10.30

Ucapan Aluan Wakil-Wakil PROTES
DR. Irene Fernandez – Teenaganita
Yap Swee Sing – SUARAM
YB. Tian Chua – PKR
YB. Dr Mohd. Hatta Haji Ramli - PAS

Pengerusi
Che’Gu Bard
Kogi
Ginnie

10.30
Persembahan Kebudayaan Drum India


11.00
Persembahan Musik Politik

TENGAHARI/
12.00 – 1.00
Ucapan Wakil-Wakil PROTES
Ong Jing Cheng – Dema
Jayathas – Hindraf
Moon Hooi – SUARAM
Kamaruzzaman –
Kogila – JERIT
Aiman Athirah Al Jundi – PAS
Arutchelvan - PSM
Pengerusi
Amin Iskandar
Suhaimi

1.00 – 1.40
ISOMA : Istirehat/ Solat Zohor/ Makan


1.45
Musik Diduridu

PETANG
2.00 – 2.45






Ucapan Pemuda/ Wanita/ Muslimat
Nathan – Alligal
Wan Hasrina Wan Hassan – Dewan Muslimat PAS
Shamsul Iskandar – AMK PKR
YB. Zuraidah Kamaruddin – Wanita PKR
YB. Dr Siti Mariah Mahmud – PAS/ IMWU
YB. Salahuddin Ayub – Dewan Pemuda PAS

Pengerusi
Sevan
Khairul Faizi
2.45 Persembahan Nasyid

3.00






Ucapan Pra Puncak I
YB. Anthony Loke –
YB. Teresa Kok – DAP
YB. Dato’ Kamaruddin Jaffar – PAS
YB. Dr Kumar – PSM
YB. Azmin Ali - PKR
YBhg. Haji Mohamad Sabu - PAS






Masa
Acara
Catatan

PETANG
4.00
Persembahan Dikir Barat

Pengerusi
Lee Huat seng
Sani

4.30
Persembahan Musik Politik

5.00
Ucapan Pra Puncak II – Pimpinan Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat
YB. Ngah Kor Ming – Wakil MB Perak
YB. Husam Musa – Wakil MB Kelantan
YAB. Lim Guan Ng – Ketua Menteri Pulau Pinang
YAB. Tan Sri Dato’ Khalid – MB Selangor

6.00
Persembahan Dikir Barat


MALAM
7.00
Solat Maghrib & Solat Hajat Berjama’ah


8.15
Persembahan Teater Oleh Wakil Kg. Berembang

Pengerusi
Che’Gu Bard

8.30
Persembahan Musik Politik


8.50
Imbasan Warisan PROTES Rakyat 2006 - 2008


9.00
Pidato Kemuncak PROTES Sejuta Rakyat TURUN 6.7.08
YB. Dr. Mohd. Hatta Haji Ramli – Pengerusi PROTES
YB. DR. Nasir – Presiden PSM
YB. Lim Kit Siang – Pengerusi DAP Kebangsaan
YB. Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Tim. Presiden PAS
YBhg. Datuk Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR


12.00
Bersurai



Nota :
1. Deklamasi Puisi Akan Diselitkan Mengikut Keperluan & Kewajaran ( Hisham )
2. Ucapan Daripada Wakil-Wakil NGO Atau Pemimpin Politik Yang Namanya Tidak Tersenarai Juga Dibenarkan Mengikut Keperluan & Kewajaran Atas Makluman Kepada Sekretariat ( Kamaruzzaman/ Sekretariat- AAA )


Disediakan Oleh :
Sekretariat PROTES

Ini adalah tentatif yang ditetapkan oleh Sekretariat Gabungan MemPROTES Kenaikan Harga Minyak (PROTES) pada 5 Julai 2008 jam 9.15 malam, iaitu selepas berlangsungnya Selepas Mesyuarat Khas Bersama Sekretariat.

Moral of the story ikutlah tentatif dan jangan buat 'majlis' sendiri. Jadikan ini sebagai pengajaran.

Tuesday, July 01, 2008

Suatu kehidupan......

Tak kebah lagi demam ni. Bermula Sabtu lalu sampai hari ini masih lagi tak sihat. Tapi kerja masih diteruskan dan Dokumentari bertajuk "100 hari Pentadbiran Pakatan Rakyat Perak" berjaya disiapkan.

Kalau sesiapa mahu DVD tu kali ni ni nampaknya kena keluar duit sikit lah, al-maklumlah saya sendiri ke Perak, saya yang buat skrip, saya yang buat video editing ! Berat jugak tu, kos nak ke Perak dikala minyak naik pun kena kira. Ini petikan dokumentari yang disiapkan.

Sesiapa yang berminat boleh call pejabat Jana Damai Sdn Bhd (03-40418234). Ini hanya PETIKAN SAHAJA... video asal adalah 20 minit...



Sekian :)

Tuesday, June 24, 2008

Lama tak terokai dunia blogging....

Hari ini, saya banyak berjalan ke blog rakan-rakan melihat perkembangan terkini mereka. Sayu juga hati bila teringat kembali masa menulis artikel ketika USM Kampus Kejuruteraan dulu.

Dan yang pasti, banyak teknologi terkini yang saya tertinggal. Tapi apa nak dibuat, kerja tetap kerja, kerja perlu diberi keutamaan. Blog amirulreza.blogdrive.com adalah medium pertama saya menulis di alam maya ini, sekarang mungkin ramai sudah lupa siapa 'amirulreza'.

Setelah hampir 3 tahun saya tinggalkan dunia kejuruteraan, tergerak juga dihati untuk berpatah balik ke dunia itu. Tapi bila berada di dunia itu, politik bukan lagi keutamaan. Laporan media bukan lagi suatu keutamaan, editing video bukan lagi bidangku lagi.

Namun aku perlu ingat kembali percakapanku dengan 'orang kuat Harakah (kini Siasah)' suatu masa dahulu, saya berkhidmat mungkin hanya setakat tamat pilihanraya ke-12 sahaja. Suasana malam ini, cukup terkesan di hati ini, merenung jauh masa hadapanku dalam dunia kewartawanan. Sebelum ini, saya cukup yakin dunia yang sedang saya lalui ini boleh di upgrade kan lagi, mungkin tv media arus perdana atau sebagainya.

Tapi mulai malam ini (24 jun 08) saya perlu buat keputusan yang sebaiknya untuk terus kehadapan. Benarlah, kini saya sedang berada antara 2 jalan yang sedang terbentang dihadapanku.