Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, March 13, 2010

Apa ada pada kita...???

Bayangkan kalau kita diserang dari semua sudut, segala penjelasan tidak dipeduli, maka perlulah kita masa ni diam. Bukan takut tapi ingat Allah banyak-banyak.

Adakalanya tak perlu kita terus melatah, tapi dengar dan cuba baiki kalau kita lakukan kesilapan. Yang pasti segala teguran dari musuh atau kawan semuanya untuk muhasabah diri kita supaya perbaiki diri.

Banyak yang berlaku pada diri dan minda aku sejak kebelakangan ini, begitu juga kawan-kawan aku. Tapi ingatlah "Allah sentiasa bersama kita" jika kita adalah orang yang benar.

Sunday, November 29, 2009

Larat la jugak sikit-sikit

Seperti yang aku katakan dalam posting sebelum ini, aku buat kerja edit video - transmission - cue live.

Tak sangka pulak video parlimen mengenai royalti minyak tu aku pakai hari ini, ini gara-gara satu program yang sepatutnya masuk list play pada pukul 3 petang, tak siap edit, jadi aku masukkan dalam list live streaming hari ini.

Pukul 8.45 malam, barulah datang video editor kata program tu dah siap edit, hrmmm. Kalau dia promise aku boleh siap masa tu, mungkin boleh lagi aku tunggu, tapi masalahnya aku dah siap2 masuk dlm list aku sebelum pkl 8 malam lagi, habis macam mana, kalau aku adjust mahu aku sangkut live aku, ingat transfer main petik jari kee..??

Ppeehh... Angin aku kejap. Apa-apa hal aku masukkan pada waktu yang sama ( jam 3 petang) esok hari. Sorryyy banyak- banyak...

Huhuhu...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, November 28, 2009

Edit Video - Transmission - Recording

Semua di atas akan aku cuba buat seorang esok, cara lone ranger satu ketika dahulu di TVPas. Yang membataskan aku esok mungkin Edit Video pasal laptop aku satu pun tak best untuk buat editing pasal... Windows Vista, Windows XP adalah terbaik bagi aku untuk buat editing setakat ini.

Jadi esok, aku akan turun tingkat 2 untuk editing. Video yang aku cuba kerjakan adalah petikan parlimen mengenai royalti minyak di Kelantan, ada Nazri Aziz dan MP Pakatan Rakyat yang lain. Hrrmmm... Belum apa-apa dah diumum... Tengoklaj, kalau siap maka aku akan siarkan secara berulang di live streaming tvselangor... Hehe... (siap ke tak ekk... :p)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 27, 2009

Maxis Broadbang Day 2

Pagi tadi, punya la banyak isteri aku pakai internet Broadband maxis ni, maklum lah tengok youtube, hrmmm...

Kalau diikutkan kalau nak main internet tanpa batasan, streamyx dan Wimax (pakej ofis) adalah yang terbaik. Bukan ke best kalau maxis broadband ni unlimited...!!! Tak payah ada kouta dia.

Aku mula search pakej streamyx untuk dipasang kat rumah aku, masalahnya kena daftar telefon talian tetap pulak, kalau wimax tak payah... Hrrmmm




- Posted using BlogPress from my iPhone

That Is It !

Ini bukan pasal MJ dan konsert lastnya, dan ia juga tak bersangkut paut dengan muzik barat sekalipun. Ia pasal melodi yang bermain-main di Kota Darulnaim. Husam, Tok Guru Nik Aziz dan dot dot dot...

Nampaknya politik Kelantan terus di kepuk airnya agar ia terus beralun, dengan harapan alunan itu boleh membentuk ombak ganas yang boleh merebahkan sesiapa sahaja yang melibatkan PAS Kelantan.

Setelah aku keluar dari team media PAS (yang dianggap kelahiran songsang) satu ketika dahulu, aku mula cuba mengelak untuk mengulas apa yang berlaku dalam rumahtangga kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru, lebih-lebih lagi mengenai 'insan' yang hadir dalam kerajaan Kelantan.

Apa yang aku ingin komen ringkas sahaja, ada hikmah disebalik apa yang berlaku di Kelantan, baik untuk Husam, Tok Guru, dan semua pihak. Yang pasti, Tok Guru sedar dan tahu apa yang terbaik untuk Kelantan dan Islam seluruhnya. Pihak yang tertewas awal-awal lagi perlu menilai tahap prestasi mereka. Terbaik atau bagaimana ? Adakah apa yang terbentuk di Kelantan hasil kerja 'dia' atau hasil kerja semua pihak yang sayangkan Kelantan ?

Akhir qalam... hanya mahu bertanya menagapa yang ada dikesampingkan yang tiada diwujudkan akhirnya semua tak jadi apa..