Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday, May 04, 2010

GMC... lama aku tak dengar...

Setelah lama nama tu dingin dan longlai begitu saja, perkataan... 'GMC' berkumandang sekali lagi.

Bukan kerana gahnya nama tu, tetapi kerana kokokkan Kickdafella, yang juga orang yang mewujudkan syarikat itu kononnya untuk Kerajaan Kelantan.

Sebelum aku nak ulas panjang aku nak juga dengar & baca pengakuannya mengenai sejauh mana jauh jasanya kepada kerajaan Kelantan.

Adakah kerana usahanya (yang dibayar) untuk buat live event di Kelantan?

Adakah kerana hebatnya GMC dapat projek untuk buat siaran langsung di DUN Pulau Pinang, Perak, Kelantan & Selangor dengan mendapat upah ribuan ringgit, bermakna GMC sudah berjasa besar?

Cuba tanya pihak Kelantan TV, apa bebelan mereka apabila GMC ambil alih peranan mereka?

Banyak lagi pihak yang berperanan untuk memartabatkan Kerajaan Kelantan untuk pilihanraya ke-12, beberapa tahun lalu.

Sedarlah jentera PAS cukup berpengalaman.....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 29, 2010

Releks japp....

Ramai betul pulak staff di department aku hari ni,semua tak cuti, suruh cuti pun nak kerja jugak, cari masa sesuai katanya. Tak kesah lah janji kerja in-perform. Kalau diikutkan, salah seorang kena cuti untuk naikkan performance.

2 budak praktikal pun boleh tahan dan diharap, semua buat kerja dan tahu buat kerja. Bagus, syukur ke hadrat Ilahi.

Hari ni jugak isteri aku dah diberitahu dapat kerja di kawasan ofis aku jugak. Jadi kena la cari orang untuk mengasuh anak aku tu.

Apa lagi aku nak bebel yee... Nantilahh aku bebelkan lagi, time bukak blogpress ni byk idea, bila dah tulis, lari pulak dia.. Ok byee..


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, April 18, 2010

Bila ngantuk tulis blog...

Pilihanraya kecil p94 Hulu Selangor, dah betul2 masuk mode serius punya kempen. Bagi team TVS, kameraman, reporter, kru produksi pun ditambah kekuatan dari HQ untuk mantapkan lagi team, InsyaAllah.

Serangan BN pun aku dah agak bila mana Zaid di isytihar calon di Hulu Selangor. Pasal masa dalam BN apa yang diserang dalam BN adalah rutin harian
mereka.

Apapun apa yang diserang kpd peribadi Zaid adalah contengan arang ke muka BN sendiri.

:)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 15, 2010

Balik Markas... Hulu Selangor

Sampai kat sini je dah rasa mengantuk balik, aku pun tak tahu. Mungkin kena berjalan menikmati suasana berkempen untuk Pilihanraya P94 Hulu Selangor ni baru rasa sedap kot.

Nak dijadikan cerita, aku hari ni teruskan tuntutan aku dengan Telekom Malaysia yang berjanji mahu pasang streamyx di kawasan kerja aku. Punyalah liat, apply mula 5.4.2010 sampai sekarang masih tak dapat, bukan itu sahaja, aku yang mahu streamyx ni dah jadi macam bola. Mungkin dia tak nak layan aku yang berkerajaankan Selangor yang Pakatan Rakyat kot...

Aku apply line tu untuk sebulan sahaja, takkan aku nak tunggu sampai keluar keputusan pilihanraya P94 ni baru nak pasang kot. Duit dah habis beratus dah untuk pasang barang TM ni.

Call talian 100, untuk bantuan pun sudah, ada ke patut permohonan aku masih tak ada dalam database, setelah hampir 2 minggu permohonan masih tak ada dalam database lagi ? Nak kata pakai surat untuk inform HQ TMCorp rasanya semua dah email, malah staff TM Point KKB email depan-depan aku dan kawan aku.

Apapun aku yg geram sudah mintak pertolongan SU Agong Fomca, Md Shaarani utk war-warkan masalah ini di pihak atasan TM. Lega aku, namun TM semalam janji untuk pasang jumaat ini.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, March 27, 2010

Wahh... Popularnya diaa....

Popular rupanya Zulfaqar ni... Task Force 13. Huhuhu... Nama kumpulan macam ganahh jee. Sekarang dia adalah keluarga Harakahdaily, yang pada asalnya adalah dari keluarga tvpas.com atau lebih tepat lagi, Produser Tvpas.com.

Itu jawatan yang aku tahu sebelum aku meninggalkan tvpas.com. Orang yang dilerkenalkan (rasanya lahh) oleh Nazri Abdullah.

Lama aku tak bercerita mengenai keluarga asal tvpas ni. Benarkan 'dia' adalah 'something' dalam Pas ? Kali terakhir aku jumpa dia adalah ketika di parlimen tempoh hari, bersama seorang lagi wartawan Harakahdaily yang juga asalnya dari tvpas.com, Hazayani Zakaria.

Bagi aku memang ada beza, seorang buka blog untuk update berita dan seorang lagi tulis berita dalam email untuk dihantar ke editor harakahdaily....

Hrrmmm....


- Posted using BlogPress from my iPhone