Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday, February 07, 2006

Doa Angin Ahmar

Jika anda mahu besarkan paparan diatas, sila klik kan sahaja di atas gambar berkenaaan.

Terima kasih.


Tuesday, January 31, 2006

Tokoh Islam 6: IBNU AL-BAITHAR

Abu Muhammad 'Abd Allah Ibn Ahmad Al-Maliqi Al-Nabati atau Ibn Baitar dilahirkan di Benalmadena, Malaga, Sepanyol pada tahun 1197 masihi dan meninggal dunia di Damascus, Syria pada tahun 1248 masihi.

Sumbangan utama tokoh ini ialah menghasilkan ensaiklopedia mengenai tumbuhan perubatan . Al Jami' fil Adawiyyah al Mafradah (Penyediaan Ringkas Ubat dan Makanan) mengandungi cara-cara penyediaan ubat berasaskan tumbuhan dan disusun mengikut urutan abjad
Ibn Baitar turut menyenaraikan 200 tumbuhan yang tidak dikenali sebelumnya . Pendekatan beliau menjadi asas kepada kaedah mengklasifikasikan jenis tumbuh-tumbuhan yang diamalkan sehingga kini.


Ketokohan Ibn Baitar diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Prof. Dr. Maria Ana Cabo Gonzales (Kajian Tamadun Arab Dan Islam, Univesiti Seville, Sepanyol) yang mengkaji manuskrip beliau. Sementara Prof. Dr. Zoubida Charrouf (Jabatan kimia, Fakuliti Sains, Universiti Muhammmad V, Rabat, Morrocco) melakukan ujian makmal ke atas sejenis tumbuhan dari Afrika Utara yang tercatat di dalam ensaiklopedia Ibn Baitar. Prof. Dr. Md Nordin Lajis (Institut Bio-sains, Universiti Putra Malaysia) pula mengiktiraf Ibn Baitar sebagai pengasas disiplin ilmu botani dan farmakologi moden.

Beliau menuntut ilmu botani dari Sepanyol ke Itali dan Afrika Utara.

Tokoh Islam 5: MIMAR SINAN

MIMAR KOCA SINAN ( Arkitek Terulung Sinan ) dilahirkan pada tahun 1489 di Agirnaz, Turki dan meninggal dunia pada tahun 1588 di Istanbul, Turki.

Kisah hidup Sinan memaparkan kegigihannya membangun kehidupan baru dalam sinar kebenaran. Berasal dari keluarga pengukir miskin yang beragama Kristian, Sinan bercita-cita untuk menyertai tentera elit kerajaan Uthmaniah setelah melihat kehebatan anggota tentera itu sewaktu memasuki kampungnya.

Kejayaannya dalam pembinaan jambatan sewaktu kempen ketenteraan Uthmaniah telah merubah kehidupannya apabila dia dilantik sebagai Arkitek Diraja dan diberi segala bentuk kemewahan.

Namun sinar kebenaran agama suci yang dianuti membendung dirinya daripada bersikap bongkak dan angkuh menerusi senibinanya.

Sumbangan utama tokoh ini dalam bidang senibina. Tokoh yang digelar arkitek diraja ini telah berjaya membina sebanyak 360 binaan termasuk masjid, sekolah, muzium, istana, maka, jambatan dan pelbagai lagi dalam tempoh 50 tahun.

Jejaknya boleh kita lihat di Turki. Ketokohan Mimar Sinan diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain (Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia) yang menerangkan konsep senibina Masjid Sulaimaniyye dari segi pencahayaan dan akuistik. Sementara Prof. Dr. Metin Sozen (Fakulti Senibina, Universiti Mimar Sinan, Istanbul Turki) menerangkan teori Mimar Sinan dalam pengukuhan tapak binaan sebelum mendirikan bangunan.

Tokoh Islam 4: IBNU KHALDUN

IBN KHALDUN ( Abu Said Abd Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Al Hadrami Al Ishbili ) dilahirkan pada tahun 1332 di Tunis, Tunisia dan meninggal dunia pada tahun 1406 di Kaherah, Mesir.

Sumbangan utama tokoh ini ialah kitab Muqaddimah yang merupakan satu pendekatan unik dan hasil karya yang terbaik dalam bidang kesusasteraan. Beliau dikenali sebagai pengasas ilmu sosiologi.

Pengasas ilmu Sosiologi dan tokoh sejarawan kurun ke-14 ini melalui karya agungnya mencatatkan penemuan baru dalam fenomena sosial manusia yang disebabkan oleh hukum tertentu, mengaitkan perubahan sistem sosial antara masyarakat dengan faktor persekitaran seperti iklim, tanah, makanan, sumber galian, kemampuan berfikir, jiwa dan emosi mereka.

Beliau membuat teori bahawa : purata usia sesebuah negara bertahan dalam tiga generasi dan usia satu generasi bertahan selama 40 tahun. Bermakna purata usia sebuah negara 120 tahun. Usia tiga generasi pula dibahagikan kepada empat tahap iaitu primitif, pemilikan, beradab dan kemakmuran serta yang terakhir tahap kelemahan, kerosakan akhlak dan kemunduran.

Jejak boleh kita dapati di Sepanyol dan Tunisia. Ketokohan Ibn Khaldun diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Ust. Uthman El Muhammady (International Institute of Islamic Thought And Civilization (ISTAC) yang mendedahkan pelaksanaan dan perancangan bandar masa kini berdasarkan kitab Muqaddimah. Sementara Prof. Dr. Khaled Ramdhane (Sociology Institut, National Du Patrimoine Tunisia) mengupas lanjut kehidupan Ibn Khaldun ketika menuntut Ilmu.

Monday, January 30, 2006

Tokoh Islam 3: CHENG HO

Cheng Ho (1405-1433) telah berjaya menakluki dunia melalui tujuh ekspedisi pelayaran ke Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Barat dari benua Asia sehinggalah ke Afrika serta berlabuh di 30 buah negara. Kejayaan tokoh ini membuktikan negara China mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang teknologi pembinaan kapal dan pelayaran.

Pelayar kurun ke-15 Dinasti Ming, dijadikan sida-sida putera Zhu Di pada umur 13 tahun dan merupakan sida-sida pertama menjawat jawatan laksamana di China juga pegawai tertinggi tentera pertama beragama Islam. Cheng Ho merupakan pemimpin unggul mengetuai armada lebih 100 buah kapal bersama 27 ribu orang bawahan ke lautan barat mendahului Vasco Da Gama dan Christopher Colombus menemui laluan ke laut timur.

Kisah hidup Cheng Ho adalah perjuangan mencari kesempurnaan hidup menerusi Islam. Perjuangan menyempurnakan kecacatan hidupnya yang dikasi dan terpaksa menghambakan diri kepada Maharaja. Malah dia tidak berpeluang mengembangkan zuriatnya. Namun Cheng Ho tidak berputus asa dengan suratan hidupnya kerana dia berpegang kuat kepada ajaran Islam dan dia bercita-cita menunaikan ibadah haji sebagai penyempurna kehidupan beragamanya. Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau perlu membuktikan kesetiaannya kepada Maharaja.

Ketokohan Cheng Ho diakui oleh Ilmuwan masa kini seperti En. Khamis Hj. Abas (Kurator Muzium Laksamana Cheng Ho, Melaka) yang mengumpul koleksi manuskrip dan replika kapal Cheng Ho. Sementara Prof. Dr. Wu Zong Yu (Jabatan Pengajian Bahasa Asing, Universiti Beijing, China) menerangkan kehidupan Cheng Ho dan kaedah berkomunikasi antara kapal dalam armada.