Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Showing posts with label Dinar Emas. Show all posts
Showing posts with label Dinar Emas. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

Pot..Pet..Pot ..Pet mengenai kawasan baru aku @ Pangsapuri Mutiara Subang U5

Sekitar jam 10:30pagi, aku meniti perjalanan ke Ar Rahn Bank Rakyat Kota Damansara. Tidak lain dan tidak bukan, pasal aku nak 'cash' kan apa yang ada untuk menyelesaikan baki yang belum dilangsaikan dengan 'owner' asal rumah yang aku dah beli @ Pangsapuri Mutiara Subang, Seksyen U5, Shah Alam.

Ini peta aku ke Ar Rahn Bank Rakyat tu,..
Lepas ni aku nak explore kawasan lain pula di kawasan Kota Damansara ni. Sebenarnya banyak kemudahan yang ada di kawasan ni, cuma kena rajin je,.. Uhukk.. !!!

Tapi.. ada juga tapinya, kawasan ni banyak landskapnya tidak terurus, bila malam menjelang,.. hrrmm.. gelap gulita ditempat-tempat tertentu. Nanti aku akan siarkan dalam blog aku ni. Paling kritikal kawasan menuju ke Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.

Jika dari Bandar Shah Alam, menuju ke kompleks tu ikut jalan dekat, aduii.. lampu jalannya yang tak terjaga, rumputnya, sampah tepi jalan,.. macam-macamlah. Memang tak sedap mata memandanglah.. memanglah kawasan ini dalam perancangan nak di 'upgrade' kan tapi janganlah macam tak prepare langsung untuk upgrade kemudahan asas ataupun keselesaannya.. (Mana Ahli Majlis Zon 18 ni..)

Kompleks tu sebenarnya duduk belakang je pangsapuri yang aku tinggal sekarang. Keadaan tak ubah macam keadaan awal aku berada di Taman Batu 3, Shah Alam sebelum ni. Nanti aku papar sikit demi sedikit ye.. :)

Tuesday, May 31, 2011

Mencari Koleksi Yang Susah Untuk Digapai...

Misi pencarian barang yang susah untuk didapati bermula semalam, mencari Dinar Kelantan yang belum aku miliki sebelum ini. Sebagai anak jati Kelantan, tak lengkap kalau tak memiliki dinar ini. Selain sukar nak dapat, terdapat beberapa faktor lain yang aku suka dengan jenis dinar ini, sebelum aku cakap lebih lanjut mengenai dinar kelantan ni, kita tengok beberapa fakta berkenaan dinar Kelantan.


Issued by the Government of Kelantan as an alternative to paper money. These gold coins were minted by Dubai based Emirates Gold DMCC which reflect it's fine craftmanship and highest design quality. Price is fixed daily in accordance to the standard set by World Islamic Mint. The dinars can be used at participating outlets as an exchange for goods and services.



Selain itu, kita tengok syarat-syarat dari Ar Rahnu Xchange Bank Rakyat,

Senarai Barangan Emas Yang Diterima di Ar-Rahnu X'Change

Berikut adalah senarai syarikat / kedai emas yang dibenarkan diterima pada masa ini:

1.0 Bank di Malaysia

1.1 Maybank – Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia

1.2 United Overseas Bank (UOB) – Maple leaf dan Aust Nuggets

2.0 Kedai Emas yang tersenarai dalam Bursa Saham

2.1 Poh Kong Holding Bhd

2.2 Tomei Consolidated Bhd - Maple leaf dan Aust Nuggets

3.0 Kerajaan Negeri

3.1 Kerajaan Negeri Kelantan – Dinar Emas (yang dijual melalui kedai Ar-Rahnu dibawah Permodalan Kelantan Bhd (PKB)

4.0 Syarikat One Asia Gold Sdn Bhd

Bil. Jenis Emas Mutu Deskripsi Saiz

1 Gold Pendant 916 OneAsia Gold - 916 50g & 100g

2 Gold Pendant 999 OneAsia Gold - 999 20g,50g &100g

3 Gold Dinar 916 OneAsia Gold - 916 1 Dinar

- Each Dinar equivalent to 4.25g 2 Dinar

4 Dinar

8 Dinar

20 Dinar

(Artikel asal: https://www.facebook.com/notes/ar-rahnu-xchange/senarai-barangan-emas-yang-diterima-di-ar-rahnu-xchange/212942148746402 )


Ini bermakna, apabila kita terdesak untuk guna duit, dinar ni InsyaAllah boleh banyak menolong kita bila kekeringan, kerana bermula 16 Mei 2011, bukan semua dinar diterima untuk dicagarkan di bank.

Yang Ke-2, aku suka dengan Emas Amsyiq kerana, Amsyiq tawarkan sistem ar rahn untuk emas amsyiq, jadi untuk pencari emas di Selangor khususnya, mereka tidak perlu rungsing apabila ar rahnu beberapa bank tempatan tidak lagi terima emas tempatan untuk di Ar Rahn-kan.

Jadi untuk jangkamasa panjang dan pendek, pemilikan dinar ini perlu kita lakukan untuk memastikan kita tidak panik untuk dapatkan duit . Caranya adalah dengan membeli emas- dinar yang senang dicairkan dan di Ar Rahnu kan.

Pendek kata, Ar Rahnu bank tempatan lebih minat mengiktiraf emas yang mengikut piawaian luar negara seperi WIM (World Islamic Mint).



Pencarian Dinar di Nubex

Sekarang, aku beralih kepada misi pencarian emas dinar Kelantan di Nubex. Sebelum aku ke Nubex, aku daftarkan dulu nama aku dalam sistem 'lock' diaorang, semuanya dalam web http://nubex.com.my

Untuk pembelian pertama aku, aku lebih berminat untuk pergi ke sendiri ke syarikat ini.
Atas kertas, jarak dari rumah aku ke Nubex @ Metropolitan Square, Damansara Perdana memang berliku. Jika diletakkan kos penghantaran RM15 pun aku fahamlah kenapa.

Apapun aku sampai juga,...walaupun hampir tersesat, berbekalkan GPS di tangan dapat juga cari Metropolitan Square tu.

Apa yang penting disini, pembelian dinar Kelantan bukanlah untuk mendapatkan keuntungan dalam jangkamasa pendek. Ia banyak digunakan apabila keadaan memerlukan, namun bukan untuk dijual dalam masa yang singkat.


Sunday, May 22, 2011

Sejauh Mana Perbelanjaan Pendidikan Anak-anak kita pada masa depan..?

Baru aku tahu, rupanya sejak kebelakangan ini, banyak skim dan plan untuk anak ke universiti di kebanyakan media dan dunia siber. SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) antara yang popular di media. Boleh dikatakan hari-hari ada dimainkan iklannya di RTM. Selain itu, Takaful juga ada sediakan skim ini, contohnya Takaful Ikhlas. Tapi adakah kadar tabungan yang kita simpan di skim berkenaan menepati beban kewangan kita 20 tahun akan datang ? Yang paling ditakuti jika ada kes ibubapa tidak boleh keluarkan tabungan seperti yang dijanjikan dalam perjanjian. Lihat petikan akhbar Harian Metro 14 Disember 2009 (sekadar panduan)

MARANG: “Saya kesal dan tertekan dengan maklum balas diberikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) apabila wang tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) gagal dikeluarkan seperti dijanjikan sebelum ini,” kata Mazlan Ibrahim, 40, dari Kampung Batu 14, Wakaf Tapai, dekat sini.Menurutnya, dia mula menabung untuk anaknya sejak 2003 ketika mula diperkenalkan pihak bertanggungjawab bagi menjamin pendidikan anaknya tidak terabai.Katanya, ketika itu syarat diperlukan adalah pendapatan ketua keluarga kurang daripada RM1,200 bagi melayakkan dia membuka akaun anaknya.Dia berkata, menerusi skim berkenaan dia menerima geran dipanggil Geran Sempadan yang membolehkan wang simpanan diganda apabila diperlukan untuk kemasukan ke universiti.

“Bagaimanapun, apa dijanjikan kini tidak menjadi kenyataan kerana PTPTN meminta saya mengemukakan penyata pendapatan isteri sebagai syarat membolehkan geran sempadan itu dikeluarkan.
“Masakan saya boleh mengemukakan dokumen terbabit kerana isteri saya, Norizan Saad, 38, suri rumah sepenuh masa dan tidak mempunyai penyata pendapatan seperti diminta,” katanya.Menurutnya, dia kini buntu kerana sukar untuk mengeluarkan wang berkenaan.

Manakala anaknya Puteri Nurul Ain, 18, sudah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan.Katanya, jika dia dapat mengeluarkan wang dari geran sempadan SSPN, ia boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan anaknya di universiti.Mazlan berkata, dia berharap pihak berkenaan mengambil langkah sewajarnya memandangkan isterinya tidak mempunyai penyata pendapatan seperti diminta.
Itu yang dilaporkan, bagaimana pula dengan kes yang tidak dilaporkan. Untuk SSPN, anggaran untuk 17 tahun adalah RM 29,053.15 (dengan Andaian pemberian dividen sebanyak 4% sepanjang tempoh simpanan), itupun untuk jumlah tabungan bulanan anak-anak RM100 sebulan . Adakah pada zaman tu, angka berkenaan sudah mencukupi untuk anak-anak kita ? Adakah yuran akan meningkat, kos kehidupan anak-anak akan berbeza berbanding zaman kita sekarang (2011).

Itulah yang bermain-main difikiran aku, manakala untuk Takaful pula kadarnya lebih kurang sahaja angkanya.

Sebenarnya, aku telah menyertai tabungan menggunakan Takaful Ikhlas untuk anak aku, tapi bagi aku masih tidak cukup kerana kos perbelanjaan anak-anak akan naik tahun demi tahun, apa tidaknya kalau ikutkan sekarang pun sudah naik mendadak berbanding zaman kita bersekolah dahulu. Semuanya kerana Inflasi Melampau !!!

Untuk itu, aku mula guna strategi simpanan yang dikatakan kalis inflasi untuk tahun-tahun yang akan datang,.. iaitu simpanan emas. Nilainya akan mengikut kadar kos tahunan kita. Jika petroleum terbatas, emas serta galian lain juga begitu. Paling tidak pun aku guna rumus mudah, setiap kali hari lahir anak aku, aku akan belikan 1 dinar, itu paling-paling terbatas dari segi kewangan kita.

Kenapa aku pilih teknik emas ?

Tidak lain dan tidak bukan, dinar berada ditangan kita dan bila-bila masa aku boleh cairkan di Ar-Rahn tempatan. Katalah umur anak kita 5 tahun, sudah ada 5 Dinar. Sekarang 1 dinar 999= RM 712 (ketika artikel ditulis), agak-agak 5 tahun akan datang berapa harganya ? Yang paling penting simpanan emas ni, kalau kita nak pakai 5 tahun akan datang, tak semestinya kita jual, masih boleh dicagar di Ar-Rahn mengikut keperluan, tak semestinya cagar semua. Dalam masa 6 bulan boleh tebus balik, tak mampu 6 bulan, boleh tambah 6 bulan lagi, janji kos simpanan yang beberapa sen tu boleh kita langsaikan sebelum disambung pajakan.

Emas yang ditabung ni pulak tak semestinya boleh digunakan untuk anak yang pertama sahaja, anak kedua pun masih boleh digunakan. Makin lama, makin mahal.

Apapun tidak salah jika kita sediakan payung sebelum hujan, dan tidak salah kita pelbagaikan cara kita menabung, tak rugi berfikir untuk gunakannya dan tak kisah kalau tidak mahu gunakannya, semua ditangan kita. Sekadar perkongsian.

Friday, February 18, 2011

Jalan-jalan sambil faham pasal logam mahal nih

Hari ni aku OFF day, tapi sekarang ni isteri aku dah kerja, jadi aku membujang kat rumah, anak aku macam biasa 'masuk kelas' kat Seksyen 7. Terkebil punya terkebil, aku ambil kesempatan settlekan urusan aku dengan syarikat lama aku mula-mula berkhidmat dulu. Ditakdirkan aku jadi 'Pengarah' untuk mmbentuk syarikat tu, sekarang syarikat tu dah banyak berjasa dan 'musim' perkhidmatannya perlu ditamatkan. Musim baru pulak akan tiba tidak brapa lama lagi. Jadi selepas hantar surat serahkan perletakan jawatan aku tu di pejabat pos Shah Alam, aku berhajat nak minum di Restoran Anta Bantura, tapi datang mood nak trace rumah ustaz yang jual emas, Bekas Imam Masjid Negeri, Ustaz Hj Othman Hamzah pasal Emas Amsyiq nya, aku sms ringkas kat ustaz, terus dia bagi alamat, tapi aku trace dalam gps tak ada pulak nama bangunan yang dimaksudkan tu, tapi aku follow jugak gps ni target Persiaran Kemajuan, Pangsapuri Bestari. Lastly aku jumpa jugak ikut gerak hati aku, pasal memang tak ada dalam maps google ni, aduii..

Sampai je aku pekena bakso kedai makan di pangsapuri tu, sambil makan aku tanya pasal nama ustaz tadi, terus dia bagi tahu mana rumahnya, settle. Masuk je rumah dia, aku disambut baik, macam lama kenal pulak, hehe. Aku terus perkenalkan nama, dan dia ingat lagi, nama yang 'lock' harga tempoh hari. Aku lock 1/2 dinar je, masa RM318 shj. Pembantu ustaz tu terus keluarkan dinar yang aku pesan, aku ingat pakai harga pasaran sekarang RM320, tapi ustaz dan pembantu tu guna harga yang aku lock hari tu RM318 oklah tu. hehe.



Masa, aku ambil dinar tu, aku tertengok sekali dengan dinar-dinar lain, termasuk merasa jonkong 1 Kg Perak. Dalam masa sama aku ambil juga emas untuk rasa dengan tangan aku, memang lain rasanya memegang emas yang 10g dengan 1 kg jongkong emas, patutlah emas ni mahal, aku pejam mata rasa dua-dua logam ni, aku boleh agak mana satu emas mana satu perak, subhanallah.

Akhirnya, merasa jugak, tapi aku bawa pulang 1/2 dinar tu sahajalah, ini untuk starting je, dlm KFH pun dah ada, jadilah, aku cuma nak rasa logam tu di tangan pulak. Kali ni, aku dah ada pilihan mana yang paling mudah nak dapat dan di Ar-Rahn kan. Ustaz pun dah ceritakan panjang lebar pasal kaedah nak simpan emas ni, hrmm,.. dah kira dah ada guru dah tu, selain pembacaan aku kat internet. Tak apa, perlahan-lahan, ikut lebihan pendapatan aku mengikut bulanan. Aku dah tertinggal beberapa tahun mengenai emas ni, rupanya masa aku mula-mula tahu pasal emas ni pada tahun 2006, harga dia cukup murah berbanding sekarang,.. aduii..

Friday, January 14, 2011

Labur Dalam Emas... Akhirnya....

Dah lama aku tak blogging,.. tapi kali ni aku nak blogging jugak, nak bagi tahu pasal Pelaburan Emas. Aku dah lama ikut trend emas ni, mula-mula sekali ketika kelantan perkenalkan Dinar Emas. Aku masa tu sungguh takjub dan mahu terus ikut, tapi masa tu keadaan aku yang baru nak berumah tangga membantutkan niat aku, rasa jugak nak beli emas sebagai mas kahwin, kalau aku mula berkeras nak buat jugak masa tu, iaitu guna emas sebagai mas kawin kan best, sekarang dah berapa dah... aduii...

Apapun tahun baru 2011 ni, aku nak mula juga simpanan / pelaburan aku dalam bentuk emas. Aku mula googling dan terjumpa beberapa website mengenai pelaburan emas, antaranya

1. http://syeikhulmaqari.blogspot.com/

2. http://jutawanemas.com

dan beberapa website lagi yang agak banyak aku nak list kan.

Mula-mula aku berminat dengan maybank & public bank gold, tapi aku rasa tak puas, kalau boleh nak islamic dan paling aku rasa suci, akhirnya aku terpaku pada KFH (Kuwait Finance House). Boleh tgk klik link ni: http://www.kfhonline.com.my

Apa yang menarik, dia boleh jual emas, ada akaun, boleh ambil emas kalau mahu atau biarkan mereka simpan tanpa bayaran sampingan. Minima simpanan permulaan utk akaun gold ni, 10gram. Apa lagi, aku suruh isteri aku ikut aku ke tempat ni, sekitar Seksyen 7 Shah Alam, belakang Uitm Shah Alam, sebaris dengan JAKEL. Ini lokasi baru mereka.

Pagi 13/1/2011 aku bagi tahu isteri aku pasal KFH ni, huhu.. dia habis-habisan nak Dinar Emas Kelantan jugak, aku call AR RAHN Kelantan Cawangan KL, depan Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dimaklumkan hari tu stok tak ada, ambik kau... gaduh punya gaduh (bincang la tu bukan gaduh pun) petang tu sekitar 311ptg barulah dia setuju, Huhu.. lega aku, baru dia faham maksud aku kenapa aku pilih KFH.

Lepas sampai bank tu, aku masuklah buat apa tunggu lagi, bank dia memang style Arablah walau aku tak pernah ke tanah arab, bayangkan kat dalam tu ada gula-gula ringan dalam balang, lepas tu bila ke kounter nak buka akaun, siap pelayan offer.. "Encik nak kopi atau Nescafe, aikk tak pernah bank buat macam ni, aku taulah air tu hanya uncang yang dah siap dan segera tapi bagi pelanggan itu dah.. Wow!! ...dah

Lepas dengar penjelasan secara rasmi pasal akaun gold tu, nama rasminya "Gold Account-i". Aku makin faham dan jelas apa yang telah aku baca dalam blog. Tanpa banyak cerita aku 'paste' kan maklumat yang aku baca (http://jutawanemas.com) dalam blog nih.

Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.

KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi - daripada Turki.

Gambar jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi

Jongkong emas ini memiliki ketulenan 995.0

Jadi ketulenan jongkong emas ini adalah lebih rendah berbanding jongkong-jongkong emas lain di Malaysia.

(p/s: Contohnya jongkong PAMP Suisse, Poh Kong Bunga Raya atau Public Gold memiliki ketulenan 999.9)

KFH_995_goldbar
Jongkong Emas KFH Gold Account-i mempunyai ketulenan 995.0
Harga Emas KFH Gold Account-i

Harga emas harian KFH Gold Account-i boleh dilihat di dalam laman web KFH.

Alamatnya ialah: http://www.kfhonline.com.my/

Daripada harga emas tersebut didapati spread diantara harga belian dan jualan adalah RM6 segram.

Anda boleh ambil jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam akaun.

(contoh: kalau buka akaun dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)

Kalau nak tambah lagi pelaburan, anda perlu membeli minimum 5 gram.

Kalau nak jual emas tersebut, anda hanya perlu bawa emas atau statement akaun ke KFH dan jual emas tersebut mengikut harga belian semasa.

Semasa membuka akaun tersebut saya telah meminta untuk mendapat emas fizikal.

Jadi saya diberikan 8 gram jongkong emas (5 gram sekeping dan 1 gram x 3 keping)

Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.

Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH samada saya boleh buka sarung laminate emas ini untuk digadaikan ( in case nak rolling duit)

Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH diantaranya:

1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung plastik emas ini tidak boleh bengkok

Jika berlaku situasi diatas maka emas ini tidak akan diterima terus oleh KFH.


Aku tanya jugak pasal sarung dia tak boleh buka dan segala macam syarat kat atas tu, pegawai bank tu cakap, pasal emas tu dari turki, apa jua nilaian nanti akan dilakukan di sana. Tak kesahlah pasal aku dan isteri aku memang pilih nak letak emas tu dengan KFH.

Jadi aku buka akaun bersama antara aku dan isteri aku sebagai saving account, lepas tu aku buat gold account atas nama dia, takpelah sekurang-kurangnya ada jugak aku 'bagi' emas walaupun bukan gelang emas atau rantai emas. Jadi simpanan aku akan aku masukkan duit berkala dalan akaun tu bila cukup utk beli emas, aku akan transferkan dalam akaun emas isteri aku tu.

Apa yang aku nak bagitahu kat sini, KFH akan tetapkan harga emas semasa dalam tempoh tertentu, contohlah dia update pukul 10:30 pagi hari berkenaan, jadi harga belian dan jualan itu akan digunakan sehinggalah tutup waktu pejabat.

Setakat itu dululah pasal emas KFH untuk kali ini, nanti lain masa aku blogging lagi.