Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Showing posts with label UniFi TM. Show all posts
Showing posts with label UniFi TM. Show all posts

Sunday, March 23, 2014

Review : Astro IPTV Powered By Maxis HSBB

Jam 10:05pagi, 22/3/2014 maka rasmilah engagement aku dengan Astro IPTV + Maxis HSBB. Sebelum aku langgan aku telah 'bersiar-siar' di internet untuk mengetahui sejauh mana maklumbalas pengguna selurruhhnya! Mengenai Astro IPTV ni. Majoritinya cukup negatif, siap tunjuk video lagi nak tunjukkan betapa 'buffer'nya IPTV ni berbanding Unifi.

Aku dah mula langgan 2 atau 3 bulan lepas, tapi tak ada feedback, sehinggalah pihak Astro call aku untuk kerja penyambungan. Namun seperti yang aku tahu melalui bacaan aku yang merayau-rayau lebih awal di internet, cara dan susur galur Maxis HSBB ni lebih kurang sama dengan Unifi, bezanya Wifi Router je, Fibre Modem tetap sama rupanya, siap ada cop TM lagi. Cuma cap Fibre Modem ni lain, Unifi guna Huawei, Maxis pakai ZTE. (Kalau salah, betulkan aku yer,.. hehe)


 (Fiber Modem Astro IPTV & Unifi)


(Maxis Wifi Router)

Astro PVR-nya masih sama, pasal kat belakangnya dah ada soket LAN untuk disambungkan dengan Maxis Wifi Router. Dari segi teori dan praktikalnya, sama sahaja dengan Unifi iaitu pecahan bandwidth antara IPTV dan bandwidth internet untuk kegunaan kita. Maklumat tu seperti yang diberitahu orang teknikal ASTRO yang datang hari tu lah.

Ohh yer,.. lagi satu, minima 'cabling' digunakan untuk rumah aku, pasal rumah aku ni jenis apartment, jadi 'built in' cable internet sudah ditanam dari 'Master Port' internet dengan rumah aku ni. Kalau untuk rumah teres, lain pula 'cabling' dia. Macam gambar kat bawah ni.


Itu dari segi 'hardware'. Sekarang kita beralih 'dalaman' dia pulak. Sepanjang pengalaman melayari IPTV Unifi, masa nak tonton dan nak navigate dalamannya menggunakan remote, agak slow sikit pick-up-nya. Pendek kata, tidak smooth. Tapi IPTV Astro ni, iaitu dalam beberapa hari aku navigate, agak licin dan boleh navigate seolah-olah sedang menggunakan Astro yang ada piring tu.



OK,.. setakat beberapa hari ni, prestasinya masih baik dan yang penting bil internet, telefon dan IPTV sekarang adalah dalam 1 bil. Kalau ikut pengiraan kasar, bil internet dan Astro dah dijimatkan sebanyak RM 50. Dari segi kekuatan, bandwidth 5 Mbps dah jadi 10 Mbps dan banyak lagi value added dari pakej ni.

Itu jelah setakat ni,.. semoga berjumpa lagi di lain hari,.. 

Monday, July 26, 2010

Prestasi UniFi TM... whoa !!!


Tulah yang aku boleh bagitahu pasal prestasi dia, tak banyak sakit kepala. Plug dan buka internet tgk youtube pon tak banyak songeh, last2 sampai aku tak tahu lagi apa yang nak di access dengan internet.

Downloading, uploading... semuanya boleh tahan. Tapi.. ada tapimya juga, pasal wireless, kadang2 pun hal jugak. Tapi bila wired, OK.

Wednesday, July 07, 2010

Unifi bakal tiba jua kat rumah aku...

Last posting aku pasal unifi, 19 June lalu, yang aku cakap promote di Alam Sentral tu.

Tadi dia call aku, katanya nak pasang dalam masa terdekat ni. Apa pun aku tunggu benda tu tiba. Nanti...

:)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, June 19, 2010

Zone Tepu...

Huhhh... improve, improve.. kalau boleh aku nak jadikan 'ia' terbaik, tapi itu yang aku termampu setakat ni, last2 aku off day, legakan sikit otak aku. Nak pelahan2, boleh, tapi darah muda nak buat macam mana.

Tadi, aku ke Tasik Shah Alam, .. lepas tu pergi kejap ke Alam Sentral.Sambil nak ke The Store tingkat LG, ada la ada org promote celcom broadband, aku senyum je, pasal aku ada maxis broadband, bila broadband paham2 la ada 'cap' dia. maxis aku cap dia 3 Gb, bayangkan.

Masa balik, ada TM Unifi datang promote, aku yang dah plan dalam otak aku nak try tu terus layan.Mula2 aku tanya, ada limit downloading tak, terus dia cakap untuk sekarang ni takde limit, apa tidaknya ramai komplen tak padan limitnya 60 Gb, bagi aku dah cukup dah, tapi kalau dia buat macam streamyx alangkah baiknya, bagusss...

Promoter tu pulak tanya aku, duk kawasan mana, aku cakap Batu 3, hrmm.. terkedu nak jawap dia pasal tak activate lagi kawasan tu, tapi prasarana dia katanya dah ada, dia suruh aku isi pendaftaran dulu nanti bila dah ready dia akan call aku, baik aku isi. Hehe, aku nak tengok sampai bila prasarana tu nak ready...

I'm Waitingg....