Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, May 15, 2011

(Sambung) Cerita ketika tukar telefon provider, Maxis to DiGi ...

Baiklah,.. aku sambung balik cerita ketika aku ke KL selesaikan proses pertukaran Maxis kepada DiGi. Sebenarnya nak tulis awal sambungannya, tapi almaklumlah,.. tiba-tiba blogger.com tak boleh update posting pulak.

Begini,.. selepas selesai urusan tu aku naik monorel dari IMBI ke KL Sentral, untuk buat pertukaran tren ke KTM Komuter. Dipendekkan cerita, bila aku sampai je di KL Sentral, aku tunaikan pula solat maghrib sebelum teruskan perjalanan balik ke Batu 3.


Masa proses tunggu tren tu, aku lihatlah kerenah rakyat marhaen yang menggunakan kemudahan ini. Di tengah-tengah tempat menunggu, terpampang 'Koc Wanita'. Memang kawasan tu penuh dengan wanita, tapi aku tengok ada juga orang perempuan beratur melebihi garisan mereka. Siap buat tak tahu lagi.

Apabila tren sampai, announcer tu bagi tahu, 'sila beratur di garisan merah. Mereka buat tak tahu lagi, siap beratur di garisan hijau lagi.
Sampai sahaja tren yang ditunggu-tunggu, segelintir wanita ni datang serbu barisan lelaki ni pula, siap 'rempuh' nak masuk lagi. Wah ! Mula-mula aku buat biasa sahaja, lepas tu mula aku buka 'kepak' aku, kalau aku tak buat macam tu boleh terjatuh aku tahu..!

Apa cerita...? Bukan aku diskriminasi gender, bukan nak kata lelaki semua baik, tapi ini aku perihalkan depan mata aku sendiri.

Akhirnya, semua dapat juga masuk walau ada koc tu kaum wanita. Sebenarnya, aku tak kisah tapi bila ada kes wanita yang kata lelaki masuk koc wanita. Koc khas wanita tu pulak, aman damai je,.. siap ada tempat duduk kosong lagi, dengan lain perkataan rongak.

Itu satu cerita, hari berkenaan juga (10 Mei 2011) ada peristiwa dalam monorel. Maklumlah 2 kali aku ulang alik pakai LRT dalam jangkamasa yang tak lama. Ada pasangan suami isteri dokong anak kecil yang umurnya beberapa bulan je, mungkin anak kembar.

Apabila pasangan tu masuk dalam monorel, semua golongan muda ni rileks je main telefon, duduk dibangku masing-masing, tak hirau langsung pasangan berkenaan. Lepas tu ada warga emas bertongkat lelaki bangun dan bagi tempat duduk tu kat salah seorang pasangan tu, manakala Mat Saleh yang duduk juga turut bagi laluan kepada pasangan berkenaan duduk. Muda-mudi kita,.. ? Hrmm... malu kaum jee..

Apapun banyak peristiwa yang mungkin jadi perkara biasa dalam komuniti kita dapat aku lihat dengan lebih dekat. Haiihhhh.... 1Malaysia...

Friday, May 13, 2011

Akhirnya aku bebas dari Maxis, kini bersama DiGi...






BEBAS, kini BERSAMA Digi,.. macam lompat parti pulak ayat tu. Apapun, 10 Mei lalu, aku secara rasmi dan nekadnya keluar dari Maxis, jenama telekomunikasi yang aku duduk selama lebih 5 tahun. Cukup lama, dan aku sebelum ini pernah sekali bersama Celcom. Namun aku tak lama kerana masa itu ada keterbatasan internet 3G yang teruk.


Aku lama dengan Maxis pun bukan apa, pasal aku ada ambik Iphone 3G dengan mereka, jadi aku gunakan seadanya. Masa itu, aku jadikan mak aku sebagai sub-line aku. Masa tu aku masih bujang, lepas aku kawin aku letakkan pula isteri aku sebagai sub-line aku. Sejak itu, bermulalah episod cekik darah dari Maxis, bayangkan bini aku dan mak aku yang jarang pakai phone, dikenakan charge yang tinggi setiap bulan tidak pernah bawah RM100 ringgit setiap orang. Aku pula, pasal internet hardcore punya pasal, banyak charge dikenakan pada penggunaan internet aku. Aku nak subscribe plan internet dengan Maxis tapi masalahnya ia tidak berbaloi pasal aku biasa gunakan internet melalui phone paling banyak ketika aku balik kampung sahaja. Kalau kat rumah aku di Shah Alam, Unifi dah ada. Kat Ofis, wireless streamyx dah ada, jadi memang tak berbaloi kalau aku tambah lagi bil untuk internet melalui Maxis aku, dah la kouta 3 GB sahaja.



Lagi pun di kawasan rumah di kampung aku, dekat dengan pantai, biasanya EDGE dan GPRS sahaja yang ada. Jadi biasanya aku guna EDGE untuk guna internet, lagipun kalau guna Maxis aku macam tak selesa pasal takut melebihi 3GB bila sampai je kuota tu, abis.. internet aku. Itu di Pasir Puteh, Kelantan bukannya di Melor lagi.



Aku sebenarnya tak tahu status Digi di kawasan Melor, aku rasa tak ada langsung, apapun aku boleh cuba bila aku balik kampung nanti. Ok kita teruskan ke peristiwa ketika proses pertukaran Maxis ke Digi berlaku.....,

10 Mei 2011, 12 tgh hari

Aku pilih naik Komuter LRT Batu 3 ke KLCC (Maxis Centre) untuk settlekan bil Maxis aku sebelum bertukar ke Digi. Nasib baik aku pasal aku guna Touch N Go untuk naik LRT, kad ni banyak percepatkan proses aku, nanti aku ceritakan kenapa.

Ok, bila tiba di mesin tiket komuter tu aku swipe kan kad TnG tu, pedihnya mesin tu buat hal, aku tanya staff kat situ kalau-kalau kad aku ada masalah, namun selepas dia periksa guna device TnG ternyata kad aku baik, akhirnya dia buka gate untuk aku teruskan perjalanan.

Apabila naik Komuter entah macam mana, perut aku meragam, jadi aku berhenti di stesen Subang Jaya dan aku keluar cari tandas, pedihnya lagi, kad TnG aku tak boleh swipe juga di mesin, dipendekkan cerita aku cuba lagi satu mesin, lepas.. aku boleh keluar. Selesai tunai hajat aku balik naik komuter Subang Jaya untuk teruskan perjalanan, kali ni kad tu berfungsi dengan baik.

Akhirnya aku sampai ke KL Sentral untuk pertukaran komuter ke Putra LRT pula. Sebelum tu, aku tunaikan dulu solat Zohor pasal masa tu baru masuk waktu. Dari KL Sentral aku menuju ke KLCC. Selepas itu bermulalah episod tragis aku dengan Maxis di Maxis Centre, KLCC.



Episod 1.
Kali ni, aku beritahu nak settlekan bil aku dan mahu 'pecahkan' sub-line nombor mak aku kepada prepaid. Jadi aku masuk beratur tunggu giliran, lepas puas menunggu, aku masuk. Aku sangka, bil yang aku mahu bayar (bulan sebelumnya) dan bil yang belum masuk rekod berjumlah hanya RM600, rupa-rupanya hampir RM 790!

Jadi pasal aku ada duit banyak tu sahaja, jadi aku bayar RM610 (Overdue+Terkini+charge postpaid mak aku ke prepaid). Lepas tu aku rasa kena tangguh pertukaran ke Digi tu pasal ada lagi hutang RM176.15 lagi. Lepas telefon isteri aku, dia bagi semangat kat aku teruskan agenda nak tukar plan ke Digi tu, pasal susah sikit sekarang tak apa daripada dihantui ratusan ringgit pasal berada dalam Maxis ni, jadi aku terus korek lagi duit aku untuk bayar bakinya.

Kali ni, pasal ia hanya libatkan bil sahaja, aku terus ke belakang, kawasan geng-geng prepaid hotlink. Jadi aku jelaskan semuanya, anggapan aku RM0. Lepas tu, berbekalkan maklumat melalui call centre Digi aku ke Berjaya Times Square, pasal DiGi Centre ada kat situ. Jadi, menggunakan Putra LRT aku bergerak dari KLCC-Dang Wangi tukar tren guna Monorel dari Bukit Nenas ke Imbi. Nak ke stesen Monorel tu aku perlu jalan kaki. Pasal guna TnG aku tak perlu beli tiket, redah jee.. Nasib baik Putra LRT dan Monorel laju, jadi berbaloilah rasanya.



Dari Bukit Nenas-Imbi turun terus sahaja dah sampai ke pintu masuk Berjaya Times Square, cari punya cari jumpa juga Digi Centre tu, lepas ambil nombor aku beratur lagi (dahla tempat centre dia jauh lebih kecil berbanding Maxis). Bila sampai giliran aku, aku bagi tahu nak switch ke Digi tapi mahu nombor yang sama. Lepas dia masukkan data aku dan sediakan SIM card aku, brother tu bagi tahu aku, aku di blacklist kerana masih ada hutang yang belum dijelaskan dengan Maxis, memang aku naik bara kemarahan aku masa tu, bukan kepada Digi tapi Maxis. Lepas beberapa kali check sah aku blacklist. Jadi aku dinasihatkan cuba dapatkan 'Release Letter' dari Maxis. Ok aku hanya angguk kepala.Apa lagi aku bangun dan beredar sekali lagi aku berfikir mahu sambung misi ni lain kali atau tersuskan sahaja.



Episod 2
Aku terus masuk ke stesen Monorel dan aku berhenti ditengah-tengah laluan antara mahu ke KL Sentral (balik ke Shah Alam) atau ke Bukit Nenas (teruskan misi)...

Akhirnya aku teruskan langkah kaki aku ke laluan platform ke Bukit Nenas. Sampai saja di stesen tu aku sekali lagi transit (jalan kaki) ke stesen Putra LRT (Dang Wangi) dan terus ke KLCC. Dipendekkan cerita, aku terus ke belakang Maxis Centre tu dan aku terus bertanya berapa lagi aku berhutang, rupa-rupanya rekod isteri aku yang telah bertukar ke plan prepaid Maxis masih ada lagi dalam rekod bil aku, yang geramnya dalam bil bulanan aku tak ada pulak jumlah hutang akaun sub-line isteri aku yang masih berbaki.

Yang pelik tu, penama sub-line tu, nama isteri aku, nombor kad pengenalan pulak, nombor aku ! Sekurang-kurangnya aku tahu, aku masih berhutang, kalau aku tak buat macam ni sah hutang ni aku tak berbayar pasal ia 'hidden record'. Bakinya tak banyak pun hanya RM 24.05 nak buat beli 1 Dirham pun tak lepas. Masa kecoh-kecoh tu ada seorang makcik pandang je aksi kami, apa tidaknya, aku bagi tahu terus je, 'Saya ni nak tukar plan ke Digi, jadi saya nak clearkan rekod bil kat sini'.. ambik kau !

Lepas tu, staff Maxis tu kata aku kena beratur untuk dapatkan 'Release Letter' aku, ok aku beratur dengan tenang dan sabar. Tiba giliran aku ke kaunter aku terus bagi tahu nak surat yang aku inginkan tu. Lepas dia taip dan bersembang baik dengan aku, aku akhirnya berjaya dapatkannya.


Episod 3

Lepas tu aku bergegas ke Berjaya Times Square pasal masa tu dah melebihi jam 6 petang, aku sekali lagi guna laluan Putra LRT dan Monorel yang sama dan kad TnG aku berfungsi dengan baik sekali. Sampai je Digi Centre aku sekali lagi berdepan dengan 'guard' kat situ ketika nak ambil nombor, tapi memandangkan dia dah nampak aku sebelum ni, dan tahu masalah aku, terus dia bagi tahu.. 'Masuk je lah kat kaunter tu..' ... fuhh lega aku, kalau tak,..memang yang ke 4 kalinya aku beratur panjang. Terima kasih banyak-banyak dah la masa tu aku tak sempat nak solat asar lagi.

Lepas staff Digi sahkan aku bukan lagi kategori blacklist, aku terus dapat SIM Card baru dan aku akan guna bila signal Maxis tak ada atau berfungsi lagi. Lepas tu aku bergegas cari surau, masa tu dekat sangat nak ke pukul 7 ptg, aku ada terserempak dengan polis bantuan masa tu, aku bertanya pasal surau,.. terus dia bagi tahu tingkat bawah,.. percaya punya pasal ke bawah la aku,.. chett mana adaa.. rupa-rupanya tingkat 8 baru ada,.. sempat juga solat. Alhamdulillah..

Seterusnya,,.. bersambung mengenai peristiwa dalam tren pula.. nanti aku sambung ye.. :)

Saturday, April 02, 2011

Kehidupan Belakang Tabir....

Phiuhh... serangan hebat oleh geng 'Papa Jahat'.. hack sana-sini. Tapi apa yang aku respect korang, dlm masa 15 minit, bermula 4 petang settle tvs dilunyai nyer. Memang terlatih la. Kenapa geng ni serang tvselangor je, mesti ada kaitan dengan UMNO Selangor kot,..

Apapun, lepas di 'deface' web tvs dia jem kan pula server tvs, hrrmm... apapun dapat trace kedudukan koordinat korang serang, di Plaza Sentral, kat kawasan orang awam tuh,.. guna broadband Digi je.. huhuhu..

Kalau bukan kerana geram aku rasa diorang tak serang tvselangor ni,.. Tapi yang pasti korang buatkan aku tak cukup tidur, tahniah !!! Jika dikaitkan dengan peribadi aku, aku tak rela korang buat aku tak cukup tidur,.. kalau doakan benda tak elok, tak boleh pula, apapun aku berdoa, korang tak boleh hack mana-mana website lagi, duit korang dapat sah tak berkat. Kehidupan korang mesti berserabut dengan masalah. Duit korang mesti abis macam air je..

Moga korang tak sempat buat keje terkutuk ni sebelum pilihanraya ke-13. Moga Allah masukkan iman dan amal ke dalam diri korang. Kalau rasa nak gelak silakanlah,.. bila sampai masa malaikat Izrail datang panggil korang, kalau masa tu baru nak bertaubat korang dah terlambat.

Allahuakbar !!!!

Friday, February 18, 2011

Jalan-jalan sambil faham pasal logam mahal nih

Hari ni aku OFF day, tapi sekarang ni isteri aku dah kerja, jadi aku membujang kat rumah, anak aku macam biasa 'masuk kelas' kat Seksyen 7. Terkebil punya terkebil, aku ambil kesempatan settlekan urusan aku dengan syarikat lama aku mula-mula berkhidmat dulu. Ditakdirkan aku jadi 'Pengarah' untuk mmbentuk syarikat tu, sekarang syarikat tu dah banyak berjasa dan 'musim' perkhidmatannya perlu ditamatkan. Musim baru pulak akan tiba tidak brapa lama lagi. Jadi selepas hantar surat serahkan perletakan jawatan aku tu di pejabat pos Shah Alam, aku berhajat nak minum di Restoran Anta Bantura, tapi datang mood nak trace rumah ustaz yang jual emas, Bekas Imam Masjid Negeri, Ustaz Hj Othman Hamzah pasal Emas Amsyiq nya, aku sms ringkas kat ustaz, terus dia bagi alamat, tapi aku trace dalam gps tak ada pulak nama bangunan yang dimaksudkan tu, tapi aku follow jugak gps ni target Persiaran Kemajuan, Pangsapuri Bestari. Lastly aku jumpa jugak ikut gerak hati aku, pasal memang tak ada dalam maps google ni, aduii..

Sampai je aku pekena bakso kedai makan di pangsapuri tu, sambil makan aku tanya pasal nama ustaz tadi, terus dia bagi tahu mana rumahnya, settle. Masuk je rumah dia, aku disambut baik, macam lama kenal pulak, hehe. Aku terus perkenalkan nama, dan dia ingat lagi, nama yang 'lock' harga tempoh hari. Aku lock 1/2 dinar je, masa RM318 shj. Pembantu ustaz tu terus keluarkan dinar yang aku pesan, aku ingat pakai harga pasaran sekarang RM320, tapi ustaz dan pembantu tu guna harga yang aku lock hari tu RM318 oklah tu. hehe.



Masa, aku ambil dinar tu, aku tertengok sekali dengan dinar-dinar lain, termasuk merasa jonkong 1 Kg Perak. Dalam masa sama aku ambil juga emas untuk rasa dengan tangan aku, memang lain rasanya memegang emas yang 10g dengan 1 kg jongkong emas, patutlah emas ni mahal, aku pejam mata rasa dua-dua logam ni, aku boleh agak mana satu emas mana satu perak, subhanallah.

Akhirnya, merasa jugak, tapi aku bawa pulang 1/2 dinar tu sahajalah, ini untuk starting je, dlm KFH pun dah ada, jadilah, aku cuma nak rasa logam tu di tangan pulak. Kali ni, aku dah ada pilihan mana yang paling mudah nak dapat dan di Ar-Rahn kan. Ustaz pun dah ceritakan panjang lebar pasal kaedah nak simpan emas ni, hrmm,.. dah kira dah ada guru dah tu, selain pembacaan aku kat internet. Tak apa, perlahan-lahan, ikut lebihan pendapatan aku mengikut bulanan. Aku dah tertinggal beberapa tahun mengenai emas ni, rupanya masa aku mula-mula tahu pasal emas ni pada tahun 2006, harga dia cukup murah berbanding sekarang,.. aduii..

Tuesday, February 01, 2011

Berpijak Di Bumi Yang Nyata ?

Akhirnya, persoalan ini bermain di minda aku. Kalau aku, kembali ke 'old school' abaikan 'new massa' adakah 'underground stream' akan bergerak ke hadapan ? Namun dengan keterbatasan rakyat, 'new massa' dilihat mendahului zaman. Mungkin perlu aku hasilkan 'model' tertentu, dibukukan seterusnya mungkin suatu hari nanti, ada entiti tertentu akan improve kan lagi apa yang aku lakukan ke arah yang lebih terkehadapan, sesuai dengan zaman masa itu.

Leonardo Da Vinci contohnya telah kompilasikan hasil pengkajiannya, namun akhirnya dibaik pulih penemuannya ke arah yang lebih canggih. Hrrmm... Aku ? Siapa Aku.. :) Apapun, perjalanan masih jauh