Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday, October 01, 2018

Alhamdulillah... masih bernafas lagi

Alhamdulillah,..

Itu sahaja perkataan yang boleh aku tulis. Bayangkan betapa sibuknya aku. Blog yang menjadi senjata utama alam maya ketika aku di Universiti demi agenda politik siasah yang aku cintai akhirnya sepi.. sepi dan terus menyepi.

Dunia mikroblogging seperti Facebook dan twitter ambil alih medium yang ampuh, bergerak laju dari tahun ke tahun sehingga runtuhnya pemerintahan BN yang mendominasi politik tanahair hampir 60 tahun.

Dan aku, bertukar fokus kepada alam pekerjaan yang kena dengan minat aku. Rupanya dunia politik yang aku pertahankan ketika era universiti dahulu akhirnya aku lepaskan sedikit demi sedikit. Akhirnya aku kini pada kedudukan kerajaan dan kawan-kawan aku dahulu masih posisi pembangkang.

Kawan seangkatan dengan aku umpama Nazri Abdullah sudah pun berada di Kementerian, hehe... aku? Tak perlu nak kementerian sangatlah hehe...

Selamat kemunculan semula...

Friday, April 15, 2016

Dah 'Golden Age' baru ambik lesen

Nak cerita pun cukup susah nak mula, nak taip keyboard pun cukup berat. Tapi aku pasang niat aku, adalah untuk teladan kepada pembaca yang sudi membaca. Ya lah bukan senang nak 'jerit' kat seluruh dunia aku baru ada lesen !

Ok, aku mula dengan silibus yang ada sekarang dan silibus yang ada masa dulu. Aku sebenarnya sudah ada ilmu bawa kereta dari SKEM kawasan Gombak, masa tu aku baru kahwin sekitar tahun 2008. Aku masa tu masih kerja di KL. Aku ikuti semua kelas sehingga lah jam aku belajar kereta tamat dan tunggu test JPJ sahaja. Tapi pasal kengkangan masa dan ketidakstabilan kewangan aku pada masa itu, aku tidak meneruskan niat aku untuk dapatkan lesen dan aku akhirnya dapat kerja baru di Shah Alam. Masa aku ambik lesen tu, aku bayar ansur-ansur. Jadi habislah niat aku pada awalnya nak ambik lesen.

Dipendekkan cerita, aku akhirnya tanpa tak sengaja, drop by di Metro Driving School Academy di Kg Melayu Subang untuk dapatkan lesen memandu. Macam biasalah, aku kena masuk semula kelas KPP, ujian berkomputer, lepas lulus barulah aku start belajar.

Level praktikal ni aku tengok ada pertambahan sikit, dulu naik bukit - turun bukit, parking, 3 penjuru lepas tu habislah. Kali ni ada 'Laluan Z' dan 'Laluan S'. Untuk Auto class, tambah 'Ramp'. Ermm, aku ambik itu adalah cabaran dan tak payah nak bantah, layannn... Oh yer, selain tu tambah lagi RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) dan RSM (Rutin Sebelum Memandu).

Ambik kau, semua komponen kenderaan aku kena sebut, macam check peralatan sebelum nak terbang jer aku nampak. Cuma bagusnya RPK ni, aku tau benda apa secara detail dalam enjin kereta dan RSM pula, benda apa yang ada dalam kereta yang perlu aku check samaada berfungsi atau tidak. Inilah cabaran aku.

Tapi nak bagitahu semua yang baca ni, Alhamdulillah, test berkomputer pun aku salah 1 soalan jer, masa JPJ pun alhamdulillah score aku pun not bad. Nak buat macam mana, macam parking, laluan Z, laluan S semuanya pernah aku tempuh masa aku bawa kereta masa tak ada lesen dulu. Oh yer, apa benda tu 'Ramp' ! ujian ni umpama ko nak bukak gate, masuk dan tutup balik gate tu tanpa mengundur atau terlanggar gate tu. Nanti aku tunjuk gambar jenis laluan ni.

                                          1) Bukit

                                          2) 3 Penjuru

                                          3) Laluan S

                                          4) Laluan Z

                                          5) Parking (Takde tiang dah...)

                                          6) Ramp

Itulah contoh yang aku kata tu, untuk info semua gambar tu bukan kat tempat aku belajar memandu tu yer, tapi dia punya bentuk lebih kurang sama. Bezanya, aku kali ni test lesen auto pakai kereta Iriz dan bukan manual macam mula-mula aku ambik kat Gombak tu. Sebab ? Sebab kereta aku memang dah jenis auto kat rumah dan apa salahnya aku menimba pemanduan untuk bawak kereta aku yang auto tu.

Sebab tu penting, pasalnya, mula-mula aku pegang stereng dan mulakan pemanduan, dua-dua kaki aku cecah brek dan minyak, ye lah sebelum ni kan aku dah tahu guna kereta manual, memang kaki kiri dan kanan lah aku pakai. Tapi, korang tahu apa yang berlaku, cikgu memandu aku dah sailang awal-awal dan bagitahu, kaki kiri kau dalam kereta auto ni adalah keadaan 'rehat' sepenuhnya, kaki kanan jer main peranan. Nampak tak, kan salah aku bawak kereta auto aku sebelum ni, kalau aku belajar manual sah-sah aku tak tahu dan aku mungkin akan teruskan teknik pemanduan yang salah dalam kereta auto.

Tapi cikgu aku tanya jugak, macam mana awak boleh control pakai dua-dua belah kaki, haaa.... tengok, cikgu aku pun tak boleh apply skill aku yang istimewa tuh. Huhuhu..

Jadi, untuk biasakan diri dengan pakai sebelah kaki, je.. aku mintak permission dengan cikgu aku, aku nak bawak kereta pusing-pusing litar dulu untuk biasakan diri. Apa aku buat, aku 'pasak' kaki kiri aku supaya rehat sepenuhnya.

Dipendekkan cerita, aku pun mulalah belajar 6 jenis cabaran tu sebelum aku masuk test JPJ. Masa QTI, aku dapat cikgu lain, masa nilah segala tip pemanduan diajar kat aku. Masa nak naik bukit, kena konsisten kan masa tekan minyak dan sekaki sebelum nak berhenti, lepaskan pedal minyak dan fokus untuk brek perlahan-lahan. Selain tu masa naik ramp pun tekan minyak perlahan-lahan sampailah dia naik 'tebing' tu dan brek cepat-cepat tapi dalam keadaan relaks. Kena jaga kereta jangan pijak garisan masa nak masuk 3 penjuru.

Lepas aku praktis secukupnya, minggu tu jugak aku test JPJ iaitu pada 7/4/2016. Alhamdulillah, JPJ pun baik-baik belaka dan LULUS. Hari ni, 14 April 2016 aku ambik lesen yang dah siap. Aku pun belek-beleklah lesen tu, mana plak tanda P ni. Rupa-rupanya memang tak ada P pasal aku dah ada lesen motor yang dah full. Jadi tak payahlah tampal P.

Tapi ada yang kelakar sikit kat lesen tu, ada ke expired bulan depan, rupa-rupanya dia ikut tarikh luput lesen motor aku, jadi aku kena buat sendiri kat pejabat POS untuk renew 1 tahun terus. Lepas 1 tahun ni luput aku nak renew 5 tahun terus. Letih nak ulang-alik nih.

Jadi yang dah terror tapi tak sempat masa ambik lesen pergi lah ambik, nanti tak perlu tampal P pun kat kereta, pasal lesen motor korang sah-sah dan full kan.

Sekian.



Tuesday, December 29, 2015

[Video] Solat wajib tutup mata ? - SJA

Kadang-kadang aku berdepan juga dengan hujah 'cerdik-pandai' mengenai solat ni. Ada yang aku kategorikan 'loyar buruk', ada yang macam tak masuk akal. Nak tahu detail mengenai ajaran sesat berkenaan solat ni, apa kata kita dengar sendiri dari S.S. Dato' Hj. Abdul Majid bin Omar yang dikupas dari kitab bertajuk Solat Panduan Komprehensif Mengikut Mazhab Shafie.

 

Thursday, December 24, 2015

[Video] Ustaz Azhar Idrus : Tanda dahi hitam bukti kuat beribadah ? - SJA

Sesi soal jawab agama yang berlangsung di Masjid Al-I'tisam, TTDI Jaya.

[Video] Ustaz Dusuki: Macam mana nak bahagia ? - SJA

Soal Jawab Agama - disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor. Kuliah ini disampaikan di ruang solat bawah masjid setiap hari Isnin, jam 10 pagi.

Saturday, December 05, 2015

Berkhatan.... Dulu dan sekarang

Hari ni, anak aku yang baru nak masuk darjah satu, berkhatan. Tanpa dirancang, aku tempah 'slot' di Klinik Famili Denai Alam. Sebenarnya aku tak tahu jenis berkhatan yang disediakan, selepas sampai di klinik baru aku tau. Cara cautery.  Benda ni digunakan untuk memotong lebihan kulit dan buatkan darah tu terhenti (bakar salur darah).

Maklumlah aku dulu masih pakai pisau bedah macam biasa, jahitnya taklah teliti sangat, pasal nanti akan dibalut. Ini jahitannya cukup teliti dan cantik. Masa proses berlangsung aku duduk dalam bilik operation tu dan ada bersekali dengan anak aku ketika berkhatan, baru aku tau... oohh, begini caranya. (Gambar tidak disediakan,.. harap faham). Bezanya kali ni, bila dah siap dijahit, dia letak macam ubat sikit dan siap. Takda balut membalut. Jadi macam jahit 'luka dalam' lah pulak.

Lepas tu aku ada tanya doktor pasal pemakanan, doktor cakap kalau ikutkan tak ada pantang. Tapi kat sini, kita buat macam ni lah, benda yang luka kita mahu dia cepat kering dan sembuh dengan elok, jadi amalan orang tua tu, eloklah diamalkan. Yang ni terserahlah pada anda, demi anak anda. Hehe...

Jadi,.. apa yang arwah emak aku bagi kat aku,.. aku turunkan kepada anak aku pulak. Makan ikan bakar, ikan yang tak gatal. Makan dengan nasi panas-panas. Bezanya masa dulu emak aku bab bakar ikan lainlah rasanya... pasal makan ikan sungai bakar lah maka aku sampai sekarang suka dengan ikan bakar ni.

Sini, ada ikan sungai tapi dibela. Tak apalah,... nak cari macam kat kampung memang jauhlah...

Mula-mula si Aiman Haziq ni senyumlah,..

Oklah,..bukan aku nak 'briefing' pun rasa dia macam mana, tapi biarlah dia rasa sendiri dan tak perlulah ulas, pasal dia perlu laluinya jugak walau briefing dahsyat macam mana pun.

Lagipun, inilah gerbang ke arah dewasa. Sakit, pahit,.. manis, masin kehidupan, inilah masanya. Lepas bersunat, mukanya jadi macam ni.
Faham-fahamlah, sebelum ni, jatuh sikit pun dah merengek, kali ni biarlah tahap immune sakit tu bertambah sikit. Apa yang pasti, semuanya berjalan lancar dan dia berjaya bertahan, tapi taklah sampai meraung. Alhamdulillah.

Episod berikutnyaa.. akan dikemaskini dari semasa ke semasa. :)

Saturday, July 25, 2015

Tawarnya PAS masakini - 2 (Friendly Fire)

Sekarang ni, pihak yang kalah dalam pemilihan Muktamar PAS di Kuala Selangor, baru-baru ni telah membentuk entiti baru iaitu Gerakan Harapan Baru (GHB). Apabila terbentuknya entiti ni, maka bermulalah tembak menembak yang dulunya satu jemaah tanpa henti, sehnggalah ketika artikel ini ditulis.

Di mana untungnya gerakan itu ?

Baik. Setelah kalah, sudah pasti kumpulan ini masih mahu berjuang, tapi di mana ? Dahulu bila kalah tidak nampak havoc sangat kerana hanya melibatkan perseorangan sahaja, sekarang sudah berkumpulan ! Saya rasa kerana inilah entiti ini dibentuk, pasal ada team.

Pendek kata, hasil dari muktamar yang baru lalu, menampakkan PAS mahu berada di posisi sebagaimana PAS ketika sebuah badan yang tertumpu kepada batang tubuh PAS sahaja, yang hanya hiraukan kata pimpinan atasan parti sahaja tanpa mengambil pusing pendirian rakan pembangkang yang lain.

Adakah PAS sekarang ini menyesal kerana terlalu memberi role bebas kepada pimpinannya rapat dengan rakan pembangkang yang lain ?

Itulah yang saya rasa, kerana selepas sekian lama, mungkin PAS sedar apa yang diputuskan oleh pimpinan atas tidak lagi mengiyakan 100% tetapi ada cakap-cakap dan pandangan sendiri dan banyak yang mahu seragamkan dengan rakan pembangkang yang lain.

Suasana yang ada sekarang dalam PAS tidak ubah seperti masa PAS tanpa wujudnya tali Pakatan Rakyat. Namun tidak mustahil kalau jika pilihanraya akan datang, apabila bertanding mahu berunding pembahagian kerusi seperti biasa.

Friendly Fire GHB - PAS

Inilah yang merugikan sekarang ni, macam budak-budak. Sekarang ni, zaman tengah meleset dengan ekonomi, saya rasa golongan muda sudah tak ambil kisah pasal gaduh-gaduh antara dalaman parti ni, apa yang sedang fokus adalah untuk meruntuhkan BN dan melegakan kembali kos sara hidup yang sedang dialami.

Jangan buatkan golongan ini bosan sudah lah. Walau apa yang berlaku, saya berpendirian tidak setuju dengan pertengkaran kebudak budakan ini, hentikanlah dan fokus nak jatuhkan BN dan melegakan kemelesetan ekonomi ni.


Monday, February 09, 2015

Tawarnya PAS Masakini - 1

Bismillahirrahmanirrahim....

Apa yang nak aku tulis ini adalah luahan dari persepsi aku semata-mata dan rasanya jika mahu bersetuju supaya tidak bersetuju dengan penulisan ini, aku tidak akan ambil hati. Pada mulanya aku ingatkan selepas pemilihan kepimpinan terbaru PAS, maka susur galur agenda untuk rakyat tersusun rapi, tapi sangkaan aku meleset.

Dulu aku ingatkan debu yang ada dalam PAS akan pergi begitu sahaja, tapi debu-debu itu melekat dan terus menebal sehinggakan gear yang lancar dahulunya makin bergerigi dan kemungkinan gear itu akan 'jem'.

Baru-baru ini, secara tak sedar aku bergerak menyelusuri suara rakyat atas pagar dan rakyat yang sudah lama terdedah dengan gerakan PAS, rata-ratanya respon yang aku dapati, makin ramai yang sudah 'tawar' dan tidak mahu mengambil kisah sangat dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan PAS.

Disudut media PAS pula, semangat juang penulis makin lama makin menunjukkan keletihan dan tidak tahu 'gerakan' yang harus disusun. Ke kiri salah, ke kanan pun salah. Apa sebenarnya yang terjadi sebenarnya ? 

Adakah tiada lagi haluan untuk ke hadapan, atau sudah mula munculnya bibit ego dalam diri ? Maka tidak hairanlah bila ada kelompok yang membuat kumpulan sendiri dan keadaan ini membuatkan persepsi negatif rakyat yang menyokong PAS makin menebal. 

Dahulunya, perbezaan pendapat boleh dilurutkan menjadi selari apabila ketua yang berpengaruh mengeluarkan suara, tapi sekarang aku nampak suara itu tidak ada lagi dalam kempimpinan yang ada sekarang. Ya, label melabel makin hari makin berani tapi sampai bila mahu sebegini....

.. bersambung

Wednesday, February 04, 2015

Ehh.. Betul ke kawasan ni Apartment dah cecah RM 200K ?

Sejak beberapa bulan lalu, aku dapat sms dari broker-broker rumah yang offer andainya nak jual rumah. Ada ready buyer katanya. Aku dah lama tak tengok pasaran semasa rumah di kawasan aku ni,  jadi nak tahu sangat apa yang berlaku, aku ke page jualan rumah seperti iproperty atau paling tidak pun mudah.my.


Ini contohnya, takpelah nombor phone broker tu tersiar pun, tapi bukan broker ni yang call yer,.. ini contoh saaja yang dikutip dari iproperty. Di mudah.my atau web yang seangkatan dengannya pun lebih kurang jer harganya.


Hasilnya aku tengok harganya Apartment Mutiara Subang, Seksyen U5 ni dah mencecah RM 200K, setahun dulu pun hampir cecah RM 160K. Kenapa mendadak sangat ni, apa sebenarnya berlaku. OK, andaian aku, jalan short-cut yang menghubungkan ke perumahan Elmina sudah pun siap dibina, begitu juga dengan projek MRT yang sudah nampak bentuknya. Projek Mahsing yang dipanggil Dsara Sentral pun dah nampak bentuknya. 

Ermm,.. apa keputusan aku, semuanya kuasa Allah, dulu kawasan ini yang tak berapa ramai yang pandang sekarang dah jadi hotspot.


OK, pasal sewa pulak, kalau rujuk web ibilik.my boleh cecah RM 900 sebulan, itupun kalau ada perabut dan perkakas lain. Ermm,..


Tuesday, December 09, 2014

Dimanakah Suaramu..... ?

15 Julai 2006, adalah tarikh yang paling bermakna dalam lipatan sejarahku sebagai seorang pekerja. Rezeki aku, aku bekerja di atas pasak syarikat yang baru sahaja terbina. Malah aku bertuah kerana aku adalah antara nama yang menjayakan kewujudan syarikat Jana Damai Sdn Bhd. 

Terima kasih kepada orang yang optimistik untuk menjayakan kewujudan platform yang diniatkan untuk mengubah sesuatu terhadap dunia politik negara kita. Aku tidak mahu dilihat keterlaluan untuk mengungkitkan kisah ini kerana tanpa ungkitan ini, pendokong politik pembangkang diluar sana tidak tahu akan kewujudan platform ini.

Pada mulanya, sudah ada Harakah ataupun Siasah yang mempelopori platform ini, tapi kewujudan Jana Damai ini menyebabkan tercetusnya idea untuk mewujudkan TVPAS. Pada mulanya nama lain telah dicanangkan untuk nama TV Internet ini, tetapi demi menghormati orang atasan, nama TVPAS telah diangkat. 

Rentetan nama ini, beberapa tenaga kerja yang pada mulanya anak muda yang baru bertatih di alam pekerjaan dan juga di alam dunia politik aliran pro-pembangkang, telah dilatih oleh satu nama yang agak besar di dunia media satu masa dahulu. Aku adalah salah seorangnya yang bertuah kerana mendapat ilmu yang amat bernilai di dunia kewartawanan.

Bermula dari kewartawanan, aku telah ditambah nilai dengan kemahiran yang lain, iaitu jurukamera, penyunting video, multi-camera-production dan streaming live. Pada masa itu, internet baru mencecah tahap kekuatan streamyx dan kebanyakan rakyat masih mempunyai keterbatasan untuk memiliki internet yang berkekuatan streamyx.

Youtube, masih terbatas kekuatan servernya untuk membenarkan penggunanya memuat naik video. Hanya lingkungan 5 minit sahaja. Mahu tidak mahu, pihak TVPAS terpaksa menyewa server untuk memuat naik video dan pengguna di Malaysia khasnya dan pengguna dunia amnya, boleh menonton secara percuma melalui TVPAS.com. Kosnya bukannya sikit, tapi platform ini mampu melakukannya, sekurang-kurangnya untuk pilihanraya umum 2008.

Dengan kewujudan medium ini, beberapa nama dan pemimpin dalam PAS berjaya ditonjolkan, malah selepas pilihanraya 2008, kebanyakan nama yang ditonjolkan itu berjaya mendominasi kerusi dewan undangan negeri mahupun dewan rakyat. Ya, kami tersenyum dengan apa yang terjadi, syukur Alhamdulillah.

Selain itu, kemahiran yang aku dapat dari media ini juga makin menjadi dan ramai anggota asal dari platform ini telahpun membawa halatuju masing-masing demi politik tanahair. Ya, tangan belakang tabir ini, tiada siapa yang tahu. 

Kini, anggota yang tinggal sudah hampir 90 peratus telah berkelana, termasuklah aku. Keputusan untuk berkelana bukannya suatu keputusan yang mudah. Namun, aku berfikir, aku perlu pergi untuk meningkatkan kemahiran aku. Malah aku pernah beritahu kepada ketuaku pada masa itu, aku akan kembali suatu hari nanti.

Pendek kata, aku telah cuba untuk kembali, namun apa yang aku miliki sekarang ini, tidak mampu lagi ditampung oleh pengurusan yang ada. Kini, anggota asal berkemungkinan besar akan 100 peratus  akan berkelana,...........

Ya, ini satu berita yang menyedihkan aku. Platform ini, umpama rumah usang yang menunggu untuk dikosongkan dan ditinggalkan. Akhirnya, platform yang diwujudkan secara bersistem ini hanyalah kenangan yang telah banyak berjasa dalam arena politik pembangkang khasnya. 

Bagaimana pula dengan sekarang ? Bukankah, masih ada lagi platform yang diwujudkan oleh kumpulan tertentu untuk media politik pembangkang ? Ya, betul masih ada yang diwujudkan oleh kumpulan atau pendokong parti, tetapi ia berselerak dan tidak berpusat secara hitam putih. Adakah ia bergerak secara konsisten dan tersusun untuk menangkis serangan media arus perdana ? Aku kira tidak. Semuanya atas ehsan kewangan masing-masing. 

Kini, aku lihat media Harakah juga makin ke arah sebagaimana yang dihadapi oleh TVPAS, satu ketika dahulu. Seseorang perlu diberi amanah untuk tujuan ini. Satu ketika dahulu, peratus pacuan cukup tersusun, kini walaupun memiliki facebook atau twitter, hatta Instagram sekalipun, kenyataan yang diberikan oleh pimpinan haru-biru, malah pihak kerajaan pusat tersenyum lebar dengan gaya politik pembangkang mutakhir ini. Ya, kita sedang mundur ke belakang.

Sunday, October 19, 2014

10 Mitos Berkenaan Skor Kredit Yang Perlu Anda Tahu...

Ini maklumat berguna untuk semua. Benda ni aku pun tak tahu dan agak-agak jer, masa nak 'apply' loan rumah dulu. Rupanya lain. Benda berkait rapat dengan kesihatan CCRIS (Central Credit Reference Information System) #link http://creditbureau.bnm.gov.my/ccris.html

Ok,.. jom kita lihat

#1 - Umur yang menentukan skor kredit saya

Mitos: jika anda muda, #skor kredit anda adalah lebih bagus!

FAKTA: umur bukanlah pengukur untuk skor #kredit yang bagus, tetapi jumlah kredit yang diambil atas nama anda



#2 - Skor kredit isteri/suami saya menjejaskan skor kredit saya

Mitos: skor kredit anda akan terjejas sekiranya anda mengahwini seseorang yang mempunyai skor kredit yang buruk

FAKTA: skor kredit dinilai berdasarkan kredit anda sebagai individu bukan sebagai pasangan 



#3 - Elakkan daripada mengambil sebarang kredit

Mitos: skor kredit saya akan lebih bagus sekiranya saya tidak mengambil sebarang pinjaman

FAKTA: anda perlu mengambil sekurang-kurangnya satu pinjaman (biasanya kereta atau rumah) untuk mewujudkan skor kredit anda 



#4 - Menyemak laporan kredit saya sendiri akan menjejaskan skor kredit saya

Mitos: skor kredit anda akan terjejas sekiranya anda membuat semakan

FAKTA: anda boleh membuat semakan setiap tiga bulan secara percuma tanpa menjejaskan skor kredit anda 



#5 - Membayar tunggakan bulan sebelumnya akan memadam rekod tunggakan dalam skor kredit anda

Mitos: tunggakan anda akan dijelaskan/dibersihkan sekiranya anda telah membayar tunggakan tersebut

FAKTA: laporan kredit (CCRIS) menyimpan data anda selama setahun, dan akan menunjukkan sekiranya anda ada sebarang tunggakan atau telah membayar tepat pada masanya 



#6 - Jika saya membayar baki pinjaman kad kredit saya, saya mempunyai skor kredit yang sempurna!

Mitos: skor kredit anda akan menjadi sempurna jika anda membayar baki kad kredit anda

FAKTA: skor kredit anda bergantung kepada jumlah kredit yang anda ambil 



#7 - Skor kredit yang rendah akan memberi impak kepada saya selama-lamanya

Mitos: skor kredit yang rendah akan memberi impak yang negatif kepada anda selama-lamanya

FAKTA: selepas suatu tempoh dan semua tunggakan telah dijelaskan, skor kredit anda akan berubah kepada positif

 


#8 - Menutup akaun selepas membayar penuh kredit tersebut memberi kelebihan dalam skor kredit saya

Mitos: menutup akaun anda akan memberikan kesan positif kepada skor kredit anda

FAKTA: ia akan menjejaskan skor kredit anda (sedikit sebanyak) kerana pihak bank akan membuat semakan dan skor kredit anda akan menunujukkan sejarah yang lebih pendek 



#9 - Mengurangkan had kredit akan menaikkan skor kredit saya

Mitos: mengurangkan had kredit anda dapat membantu menaikkan skor kredit

FAKTA: mengurangkan had kredit anda akan menjejaskan skor kredit anda kerana anda dilihat kurang meyakinkan/dipercayai 



#10 - Lebih banyak kadar faedah yang saya bayar akan menjejaskan skor kredit saya

Mitos: semakin banyak jumlah kadar faedah yang perlu dibayar, semakin teruk skor kredit anda

FAKTA: jumlah faedah yang anda bayar tidak memberi impak yang besar kepada skor kredit anda 



Rujukan: http://www.akpk.org.my/my/ 

P/S: Ok,.. moga bermanfaat untuk semua. Ini untuk pesanan untuk diri saya juga supaya dapat merancang dan menangani dengan baik kredit kita. 

:) 

Thursday, October 16, 2014

Buat Persiapan Dulu Sebelum Berani Ambil Kad Kredit ......

Aku naikkan 'kenyataan' ini pasal aku saksikan kawan aku yang dah ambil kad kredit dan akhirnya ambil keputusan tarik diri kerana tak mampu tanggung beban.

Sebelum ni pun aku tak ada 'hitam-putih' mengenai perbelanjaan aku setiap bulan, semuanya melalui agak-agak sahaja dan tulis atas 'notepad'. Itu sahaja, sebenarnya ia tak cukup, ada keperluan lagi yang perlu disediakan sebelum guna kad kredit ni.

Alhamdulillah setakat aku guna kad kredit ni iaitu pada Oktober 2012 hingga sekarang, aku masih mampu kawal apa yang perlu. Apa yang aku lakukan adalah membuat pengiraan guna 'Excel Office' setiap bulan. Macam ni (tengok bawah...)


Ini contoh perbelanjaan bulanan. Mungkin yang dah tahu lebih pasal excel ni boleh buat lebih apa yang aku buat ni. Pendek kata, bila kita isi nombornya, automatik excel akan tolong kirakan untuk kita. Bila cukup masa nak bayar, bayarlah kepada bank-bank yang berkaitan.

Benda ni boleh sentiasa update dan InsyaAllah kita akan dapat berapakah perbelanjaan kita sebenarnya. Lepas tu baru boleh tentukan nak beli barang lain guna kad kredit kita lagi kah atau sebaliknya.

Jadi, kad kredit ni kerjanya tolong auto-pay (standing instruction) kepada bil-bil yang kita ada. Kita cuma isi atau bayar ke akaun bank mengikut jumlah yang keluar di 'Agensi Pembayaran' tu. Maka dalam kes ni, kad kredit adalah wang kita yang kita ada dalam poket.

Moga perkongsiaan ni ada manfaatnya kepada semua.

:)

Wednesday, April 16, 2014

Potong Unifi.... Akhirnya...!

Jam 3:35, 7 April 2014...

Secara rasminya, aku telah ke TM Point Shah Alam untuk terminated line Unifi di rumah aku. Alasan.. 'Langkah Penjimatan Kos'. Hrrmm... kerana legasi kewangan yang memuncak akhir-akhir ini, aku berubah sepenuhnya kepada Astro, iaitu phone (Maxis), Rangkaian TV (Astro) dan Internet (HSBB Maxis).

Unifi memang tak ada apa-apa yang aku nak komplen, semuanya OK sepanjang 3 tahun lebih aku menggunakannya, iaitu dari era Batu 3, Shah Alam sehinggalah ke Mutiara Subang, Seksyen U5, Shah Alam. OK,.. untuk terminate kita hanya perlu hantar satu peralatan milik TM sahaja iaitu benda ni..


Peralatan yang lain, boleh kita simpan dan kalau nak sambung kembali, pihak TM akan bagi peralatan ini balik, itu sahaja. Selain itu, macam biasalah, isi borang terminate dan bayar bil tertunggak. Hehehe..

Prosedur memang mudah, itupun kalau dah melebihi 2 tahun kontrak dengan pihak TM. Kalau tak RM 500 akan dikenakan lah (kalau tak silap...). Selain tu, pihak TM akan tanya jugak option downgrade-kan TM, maklumlah takkan nak kehilangan pelanggan kan, tapi masa ni kena nekad dan beri jawapan yang sopanlah, pasal nak jimat kos.

Ok,.. terima kasih TM... !

Saturday, March 29, 2014

Lantang Bersuara, Perlu Atau Tidak ?

Bersuara salah, tidak bersuara pun salah, akhirnya serba parah !

Hakikat ini perlu kita amati dan faham dengan lebih cermat jikalau mahu bersuara dengan lebih vokal dan lebih berintonasi. Alhamdulillah,pelajaran awal arwah ibu aku sejak aku masih kecil lagi, masih disemat hingga ke hari ini, bahawa seandainya sesuatu yang salah pada pemahaman kita, ubahlah dengan tanganmu, jika tak boleh, gunalah lidahmu, jika tak boleh juga, gunalah hati mu.

Namun, untuk aplikasi dalam kehidupan agak rumit dan perlukan strategi untuk melakukannya. Apatah lagi,  jika kita masih 'junior' dalam sesuatu organisasi itu.

Dalam sesebuah organisasi itu pula, biasanya mempunyai tukang ampu, yang ampuh membodek ketuanya tanpa mengira betul atau salahnya. Akibatnya,  tukang membuat kerja yang tidak mahu ambil peduli politik pejabat,  akhirnya menjadi mangsa. Keadaan ini, sentiasa berlaku.

Berbalik kepada diriku. Aku yang 'malas' mengambil tahu hal ehwal politik pejabat, akhirnya merasai peritnya dipolitikkan oleh tukang ampu yang ampuh disisi ketua. Soalnya, perlukah kita menjadi pengampu seperti tukang ampu itu untuk membetulkan keadaan ? Rasanya api tak usah dilawan dengan api, takut nanti terbakar diri.

Tahniah kepada tukang ampu itu yang berjaya mempunyai pangkat untuk memijak orang dibawahnya, juga mempunyai kuasa untuk menutup pandangan ketuanya dari kepompong diluar lingkup kebiasaannya. 

Dulu pernah seorang yang ku anggap sifu dalam bidang yang ku ceburi kini, meminta aku ke hadapan untuk menjadi ketua dan secara langsungnya berjinak dengan politik pejabat. Namun aku menolak, kini orang yang bukan ahlinya ke hadapan untuk memegang tanggungjawab itu.

Akibatnya, organisasi itu carcamarba dan aku merasa sekarang ini, bahawa perlu juga aku menjadi Imam sekiranya jemaah memerlukan aku disitu dan dalam masa yang sama bersedia menjadi makmum seandainya jemaah memerlukan aku berbuat demikian.

Itu peristiwa lampau sebelum aku membuat keputusan untuk berpindah tempat kerja. Sekurang kurangnya apa yang berlaku ke atas diriku sekarang ini, menyedarkan aku bahawa, tidak salah untuk ke hadapan untuk memimpin sesuatu organisasi dengan niat kerana Allah.
Maaf 'sifu'....

Sunday, March 23, 2014

Review : Astro IPTV Powered By Maxis HSBB

Jam 10:05pagi, 22/3/2014 maka rasmilah engagement aku dengan Astro IPTV + Maxis HSBB. Sebelum aku langgan aku telah 'bersiar-siar' di internet untuk mengetahui sejauh mana maklumbalas pengguna selurruhhnya! Mengenai Astro IPTV ni. Majoritinya cukup negatif, siap tunjuk video lagi nak tunjukkan betapa 'buffer'nya IPTV ni berbanding Unifi.

Aku dah mula langgan 2 atau 3 bulan lepas, tapi tak ada feedback, sehinggalah pihak Astro call aku untuk kerja penyambungan. Namun seperti yang aku tahu melalui bacaan aku yang merayau-rayau lebih awal di internet, cara dan susur galur Maxis HSBB ni lebih kurang sama dengan Unifi, bezanya Wifi Router je, Fibre Modem tetap sama rupanya, siap ada cop TM lagi. Cuma cap Fibre Modem ni lain, Unifi guna Huawei, Maxis pakai ZTE. (Kalau salah, betulkan aku yer,.. hehe)


 (Fiber Modem Astro IPTV & Unifi)


(Maxis Wifi Router)

Astro PVR-nya masih sama, pasal kat belakangnya dah ada soket LAN untuk disambungkan dengan Maxis Wifi Router. Dari segi teori dan praktikalnya, sama sahaja dengan Unifi iaitu pecahan bandwidth antara IPTV dan bandwidth internet untuk kegunaan kita. Maklumat tu seperti yang diberitahu orang teknikal ASTRO yang datang hari tu lah.

Ohh yer,.. lagi satu, minima 'cabling' digunakan untuk rumah aku, pasal rumah aku ni jenis apartment, jadi 'built in' cable internet sudah ditanam dari 'Master Port' internet dengan rumah aku ni. Kalau untuk rumah teres, lain pula 'cabling' dia. Macam gambar kat bawah ni.


Itu dari segi 'hardware'. Sekarang kita beralih 'dalaman' dia pulak. Sepanjang pengalaman melayari IPTV Unifi, masa nak tonton dan nak navigate dalamannya menggunakan remote, agak slow sikit pick-up-nya. Pendek kata, tidak smooth. Tapi IPTV Astro ni, iaitu dalam beberapa hari aku navigate, agak licin dan boleh navigate seolah-olah sedang menggunakan Astro yang ada piring tu.



OK,.. setakat beberapa hari ni, prestasinya masih baik dan yang penting bil internet, telefon dan IPTV sekarang adalah dalam 1 bil. Kalau ikut pengiraan kasar, bil internet dan Astro dah dijimatkan sebanyak RM 50. Dari segi kekuatan, bandwidth 5 Mbps dah jadi 10 Mbps dan banyak lagi value added dari pakej ni.

Itu jelah setakat ni,.. semoga berjumpa lagi di lain hari,.. 

Saturday, February 15, 2014

Takaful Ikhlas : Perlukah aku share apa yang aku tahu ?

Selepas aku fikir, eloklah aku kongsikan apa yang aku tahu pasal benda ni. Kat sini tak perlu banding plan mana yang terbaik ke apa ke, kita fikir mudah je, lebih baik ada daripada tak ada langsung. Tapi yang penting biarlah takaful dan boleh diwariskan apabila ditakdirkan kita dah 'takde' kelak.

Sebab aku tulis ni, pasal aku nak jadikan iktibar kepada satu kes yang telahpun menimpa kawan sekerja aku beberapa hari lepas. Apabila ketentuan Allah, bila nak jadi, maka ia akan jadi. Aku ceritakan sikit apa yang berlaku.

Kawan aku ni insan yang komited untuk keluarganya, dia buat beberapa job untuk menyara keluarga. Gaji bulanan dia pun tak setinggi mana. Siang malam dia bekerja, yang second job dia buat ni dia suka dan memberi kepuasan, lagipun itu juga adalah hobi dia pada mulanya.

Bila dah kerja tanpa henti, kawan aku ni dah overload dan tak cukup rehat, sehinggalah suatu hari, pembuluh darah di otaknya pecah. Pada mulanya kawan-kawan lain tak tahu apa yang terjadi, pasal dia ni nampak keletihan dan dia ni secara diluar kawalan tergelongsor dari tempat duduknya. Badannya lembik dan tidak boleh dikawal dan terbujur atas lantai, hanya matanya sahaja yang boleh digerak-gerakkan. 

Ingatkan dia hanya bergurau dengan kawan-kawan, tapi bila dia diam je atas lantai tu dan hanya boleh kerdipkan kelopak mata, kawan-kawan dah tak keruan. Selepas diangkat dan diletak atas kerusi, akhirnya pergerakan badannya kembali normal, tapi masih nampak letih dan katanya nak berehat kejap. Ajakan kawan-kawan nak hantar ke hospital ditolak, katanya dia letih je.

Tapi kawan-kawan pujuk jugak dia balik ke rumah dan berehat dan akhirnya dia bersetuju. Dia masih boleh berjalan dan masuk sendiri ke dalam kereta, tapi apabila sampai ke rumahnya dan dia mahu turun, dia sekali tak mampu gerakkan badannya. Keluarganya bawa dia ke satu hospital swasta, tapi lepas check secara luaran, doktor bagi ubat dan suruh monitor dari rumah. Tapi ibunya tak puas hati, dibawanya pula ke sebuah lagi hospital swasta. Selepas di CT Scan dan sebagainya, disahkan ada pendarahan di otaknya. Tanpa cakap banyak, doktor nasihatkan dibedah untuk hentikan pendarahan.

Pada pembedahan pertama, pendarahan berjaya dihentikan tapi otaknya bengkak, jadi tempurung kepala terpaksa dibuka sekejap dan usaha surutkan bengkak di otak tu dilakukan. Sekarang ni siri kedua pembedahan telah dilakukan dan dia dalam keadaan stabil.

Konklusi dari peristiwa ni, katalah kes ini dirujuk ke hospital awam, katalah dia tidak ada bantuan takaful dan sebagainya, adakah proses ini boleh dilakukan dalam masa yang singkat ?

Disinilah Medical Card ambil peranan untuk membantu pada masanya. Kebetulannya, aku baru sahaja sertai Medical Card Choice Plus di bawah plan Takaful Ikhlas. Kalau nak bezakan dengan takaful lain, aku rasa tak perlu, kalau yang ada dengan takaful lain, Alhamdulillah anda dah ada kesedaran untuk memilikinya.

Dengan niat untuk membantu kepada sesiapa yang tidak ada lagi, boleh hubungi saya, InsyaAllah saya boleh bantu. Email: amirulreza@gmail.com . Anda juga boleh tinggalkan pesanan di ruangan komen di bawah artikel ini.

Thursday, January 02, 2014

SALE : Teres 2 Tingkat di Taman Impian Putra, Bangi, Selangor (Posting: 2 Januari 2013)

Double Storey Terrace at Taman Impian Putra for SALE (Posting: 2 Januari 2013)



 PROSPEK : Taman Impian Putra, Bangi, Selangor (KLIK)
 Details:
*Leasehold
*Bumi Lot
*1696 sq.ft.
*4 bedrooms, 3 Bathrooms
*new residential area.
*Fully extended kitchen
*kitchen cabinet with table top
*fully renovated car porch

Amenities :
* 8 minutes to KTM Bangi lama
* Near KUIS,USIM,UKM
* Near Sek Rendah and Menengah Bdr Seri
Putra,Kuis,7eleven,Dobi, police station, post office etc
* Restaurants , Pizza Hut Delivery,secret Recipe, Speedmart and Coolblog

Accessibility:
* Plus Highway [ exit Putra Mahkota ]
* Elite Highway
* Bangi Lama access road
* Easily access to Nilai, Bandar Baru Bangi, Klia and Putrajaya
* Nearby to Nilai 3

Selling Fast , 1st come 1st serve

Asking Price : RM400 000 (nego)

Please call for ask/viewing
* Fatin
* True Vest Property Consultant
* O17-9170032
* fatin.tvpc@gmail.com

Prospek Taman Impian Putra, Bangi, Selangor

Taman Impian Putra, Bangi



Taman Impian Putra, Dun Bangi mulai dihuni 2007. Lokasinya berada di antara Pekan Bangi Lama, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota dan tidak ketinggalan Nilai 3. Anda boleh sampai ke Taman Impian Putra melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar (Exit) 213 - Putra Mahkota.

Secara geografinya, penempatan ini dikelilingi oleh beberapa instiusi pendidikan seperti UKM, KUIS, dan USIM. Pelbagai kemudahan disediakan untuk penduduk disini seperti Sekolah Rendah dan Menengah, restoran, klinik biasa dan klinik pakar, balai polis, Pasaraya Speedmart, Pizza Hut, Klinik Kesihatan, Stesen Minyak Petronas dan banyak lagi. Malah, disini juga wujud pasar malam yang diadakan setiap hari Sabtu dan Selasa iaitu berhadapan dengan tapak Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra.

Selain itu, penduduk di taman ini juga boleh mendapatkan kemudahan di Pekan Bangi Lama melalui Jambatan Impian Putra. Disini anda boleh mendapatkan kemudahan Komuter KTM Bangi untuk ke destinasi yang anda inginkan.

Kejiranan Taman Impian Putra adalah damai,bermasyarakat dan aktif menjaga hak komuniti disini. Sekiranya anda berminat dengan komuniti dan kemudahan infrastruktur sebegini bolehlah anda hubungi

Nik Fatin Nik Mohamed (017-9170032)
fatin.tvpc@gmail.com
True Vest Property Consultants Sdn Bhd

Senarai Terkini Hartanah di Taman Impian Putra

Saturday, December 07, 2013

Bila Bosan Melanda....

Sedar-sedar dah 3 tahun lebih aku berada di Apartment Mutiara Subang, Seksyen U5, Shah Alam ni. Bermula dengan kawasan yang 'rare', berubah kepada kawasan yang makin meriah dengan orang ramai. Dulu masa aku lihat sekeliling penempatan ni, keyakinan diri untuk tinggal agak 'sederhana'. Faktor nyaman punya pasal, aku pilih untuk menetap di kawasan ni.

Sekarang, bermacam kemudahan dah ada dikawasan ni. Satu lagi yang best kawasan ini adalah kampung yang berdekatan dengan tempat aku tinggal iaitu Kampung Paya Jaras, Kg Kubu Gajah, dan beberapa kampung lain. Kalau nak cari barang yang berkait dengan kampung, boleh cari kawasan tu dan jika pandai cari boleh yang harga murah, maklumlah 'direct supplier'.

Kampus Help University yang baru dan MRT baru tengah rancak dalam pembinaan, memang aku tak sangka kawasan ni akan berubah jadi macam ni. Kepada yang melawat blog ni dan ingin tahu pasal kawasan ni pasal rumah kediaman, eloklah cari cepat pasal kalau ikut harga rumah berbanding 3 tahun lalu, dah naik harga beberapa puluh ribu. Dengan inflasi yang dijangka naik bermula tahun depan dan seterusnya, lagi mendadaklah naik.

Spekulasi ni, bila dah bermain-main di media perdana, memang sakitlah jawabnya. Ditambah pulak dengan harga barang asas yang makin meningkat, tarif elektrik dan sebagainya yang bakal 'distrukturkan semula', hrmmm.. paham-paham ajelah.

Inilah posting aku bila dah bosan....

Monday, October 07, 2013

Keberkesanan Apps MyTeksi

Assalamualaikum,

Secara tidak dirancangnya, aku perlu menghantar kereta Myvi aku ke bengkel Perodua USJ pasal nak baiki kerosakan akibat kemalangan 31/7/2013 yang lalu, sekarang dah 7/10/2013 punyalah lama kan nak baiki, banyak cerita disebaliknya yang aku terangkan melalui posting aku yang akan datang.



Fokus aku kali ini mengenai Apps MyTeksi yang mengagumkan aku ! Aku 'risik' juga melalui PakCik Google ni siapa disebalik MyTeksi ni, maka keluarlah cerita bahawa:

MyTeksi yang dimiliki oleh Anthony Tan (gambar) cucu pengasas Tan Chong Motors iaitu keluarga ke-11 terkaya di Malaysia khabarnya mendapat sokongan penuh PEMANDU malah PM sendiri ghairah mempromosikan MyTeksi di laman Twitternya sekaligus memberikan promosi secara percuma kepada syarikat tersebut. 

Menurut sumber dalaman MyTeksi sendiri, Ketua Jurutera syarikat tersebut yang bernama Fadrizul merupakan penyokong tegar 505 yang sering memburuk-burukkan UMNO termasuk DS Najib Tun Razak.

 Aku secara jujurnya tak kesah samaada syarikat yang mencipta MyTeksi ni adalah cina atau melayu, yang pentingnya disini, idea yang bernas ini perlu dipuji jika ia membantu orang ramai. Aku sebenarnya sudah lama pesimis mengenai teksi ni, dan jika aku guna pun jika terdesak. Tetapi melalui apps ini aku lebih yakin dengan teksi berbanding dahulu.


Semuanya bermula macam ni, lepas aku hantar kereta aku ke bengkel di Perodua USJ, aku perlu balik rumah, bayangkan aku perlu bawa isteri, anak-anak aku. Rasanya guna bas atau LRT tak sesuai dengan orang ramai yang berasak-asak dan jarang kalau ada orang yang simpati dengan orang yang mendokong anak kecil untuk diberi tempat duduk, maka kebarangkalian aku untuk berdiri tu agak lama.

Jadi aku pun pergi ke Mydin (dekat Summit USJ) untuk cari teksi untuk balik. Maka adalah sederet geng teksi kawasan perkarangan Mydin tu. Aku pun bertanyalah kepada geng tu boleh hantar ke Subang Bestari tak ? Hrrmm.. dengan geleng kepala sambil baca surat khabar, menunjukkan tak mahu, member teksi sebelah pula bagitahu, pukul 12 tengahari mereka nak ambil anak sekolah, Wow... !!! Yang aku tak tahan ketua mereka tu tak pandang aku,.. kerekkk sehh...

Isteri aku pun bisik kat aku, cubalah Apps MyTeksi tu.. Aku dah Install awal Apps tu tapi tak pernah pakai. Jadi aku berlalu dari kawasan 'Kerekkk' tuh dan pergi ke perhentian bas. Kebetulan ada teksi berhenti turunkan penumpang, aku terus tanya kalau boleh hantar aku balik, hrrmm.. katanya tunggu penumpang. Nampaknya aku kena cuba jugak MyTeksi ni, buka Apps isi maklumat apa yang patut dan beberapa saat sahaja, aku dapat 'trace' teksi yang ada dikawasan sekitar dan dapat nama, nombor teksi yang akan ambil aku di perhentian bas tu.




Malah, MyTeksi juga emel kat aku detail mengenai Teksi yang akan pick-up aku..

Aku rasa, mana idea yang bagus baik kita gunakan, seandainya ia membantu orang ramai. Cubalah, kalau tak elok atau elok sekalipun, jom kita kongsi. Terima Kasih.