Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Featured Posts

Sunday, October 19, 2014

10 Mitos Berkenaan Skor Kredit Yang Perlu Anda Tahu...

Ini maklumat berguna untuk semua. Benda ni aku pun tak tahu dan agak-agak jer, masa nak 'apply' loan rumah dulu. Rupanya lain. Benda berkait rapat dengan kesihatan CCRIS (Central Credit Reference Information System) #link http://creditbureau.bnm.gov.my/ccris.html

Ok,.. jom kita lihat

#1 - Umur yang menentukan skor kredit saya

Mitos: jika anda muda, #skor kredit anda adalah lebih bagus!

FAKTA: umur bukanlah pengukur untuk skor #kredit yang bagus, tetapi jumlah kredit yang diambil atas nama anda



#2 - Skor kredit isteri/suami saya menjejaskan skor kredit saya

Mitos: skor kredit anda akan terjejas sekiranya anda mengahwini seseorang yang mempunyai skor kredit yang buruk

FAKTA: skor kredit dinilai berdasarkan kredit anda sebagai individu bukan sebagai pasangan 



#3 - Elakkan daripada mengambil sebarang kredit

Mitos: skor kredit saya akan lebih bagus sekiranya saya tidak mengambil sebarang pinjaman

FAKTA: anda perlu mengambil sekurang-kurangnya satu pinjaman (biasanya kereta atau rumah) untuk mewujudkan skor kredit anda 



#4 - Menyemak laporan kredit saya sendiri akan menjejaskan skor kredit saya

Mitos: skor kredit anda akan terjejas sekiranya anda membuat semakan

FAKTA: anda boleh membuat semakan setiap tiga bulan secara percuma tanpa menjejaskan skor kredit anda 



#5 - Membayar tunggakan bulan sebelumnya akan memadam rekod tunggakan dalam skor kredit anda

Mitos: tunggakan anda akan dijelaskan/dibersihkan sekiranya anda telah membayar tunggakan tersebut

FAKTA: laporan kredit (CCRIS) menyimpan data anda selama setahun, dan akan menunjukkan sekiranya anda ada sebarang tunggakan atau telah membayar tepat pada masanya 



#6 - Jika saya membayar baki pinjaman kad kredit saya, saya mempunyai skor kredit yang sempurna!

Mitos: skor kredit anda akan menjadi sempurna jika anda membayar baki kad kredit anda

FAKTA: skor kredit anda bergantung kepada jumlah kredit yang anda ambil 



#7 - Skor kredit yang rendah akan memberi impak kepada saya selama-lamanya

Mitos: skor kredit yang rendah akan memberi impak yang negatif kepada anda selama-lamanya

FAKTA: selepas suatu tempoh dan semua tunggakan telah dijelaskan, skor kredit anda akan berubah kepada positif

 


#8 - Menutup akaun selepas membayar penuh kredit tersebut memberi kelebihan dalam skor kredit saya

Mitos: menutup akaun anda akan memberikan kesan positif kepada skor kredit anda

FAKTA: ia akan menjejaskan skor kredit anda (sedikit sebanyak) kerana pihak bank akan membuat semakan dan skor kredit anda akan menunujukkan sejarah yang lebih pendek 



#9 - Mengurangkan had kredit akan menaikkan skor kredit saya

Mitos: mengurangkan had kredit anda dapat membantu menaikkan skor kredit

FAKTA: mengurangkan had kredit anda akan menjejaskan skor kredit anda kerana anda dilihat kurang meyakinkan/dipercayai 



#10 - Lebih banyak kadar faedah yang saya bayar akan menjejaskan skor kredit saya

Mitos: semakin banyak jumlah kadar faedah yang perlu dibayar, semakin teruk skor kredit anda

FAKTA: jumlah faedah yang anda bayar tidak memberi impak yang besar kepada skor kredit anda 



Rujukan: http://www.akpk.org.my/my/ 

P/S: Ok,.. moga bermanfaat untuk semua. Ini untuk pesanan untuk diri saya juga supaya dapat merancang dan menangani dengan baik kredit kita. 

:) 

Thursday, October 16, 2014

Buat Persiapan Dulu Sebelum Berani Ambil Kad Kredit ......

Aku naikkan 'kenyataan' ini pasal aku saksikan kawan aku yang dah ambil kad kredit dan akhirnya ambil keputusan tarik diri kerana tak mampu tanggung beban.

Sebelum ni pun aku tak ada 'hitam-putih' mengenai perbelanjaan aku setiap bulan, semuanya melalui agak-agak sahaja dan tulis atas 'notepad'. Itu sahaja, sebenarnya ia tak cukup, ada keperluan lagi yang perlu disediakan sebelum guna kad kredit ni.

Alhamdulillah setakat aku guna kad kredit ni iaitu pada Oktober 2012 hingga sekarang, aku masih mampu kawal apa yang perlu. Apa yang aku lakukan adalah membuat pengiraan guna 'Excel Office' setiap bulan. Macam ni (tengok bawah...)


Ini contoh perbelanjaan bulanan. Mungkin yang dah tahu lebih pasal excel ni boleh buat lebih apa yang aku buat ni. Pendek kata, bila kita isi nombornya, automatik excel akan tolong kirakan untuk kita. Bila cukup masa nak bayar, bayarlah kepada bank-bank yang berkaitan.

Benda ni boleh sentiasa update dan InsyaAllah kita akan dapat berapakah perbelanjaan kita sebenarnya. Lepas tu baru boleh tentukan nak beli barang lain guna kad kredit kita lagi kah atau sebaliknya.

Jadi, kad kredit ni kerjanya tolong auto-pay (standing instruction) kepada bil-bil yang kita ada. Kita cuma isi atau bayar ke akaun bank mengikut jumlah yang keluar di 'Agensi Pembayaran' tu. Maka dalam kes ni, kad kredit adalah wang kita yang kita ada dalam poket.

Moga perkongsiaan ni ada manfaatnya kepada semua.

:)

Wednesday, April 16, 2014

Potong Unifi.... Akhirnya...!

Jam 3:35, 7 April 2014...

Secara rasminya, aku telah ke TM Point Shah Alam untuk terminated line Unifi di rumah aku. Alasan.. 'Langkah Penjimatan Kos'. Hrrmm... kerana legasi kewangan yang memuncak akhir-akhir ini, aku berubah sepenuhnya kepada Astro, iaitu phone (Maxis), Rangkaian TV (Astro) dan Internet (HSBB Maxis).

Unifi memang tak ada apa-apa yang aku nak komplen, semuanya OK sepanjang 3 tahun lebih aku menggunakannya, iaitu dari era Batu 3, Shah Alam sehinggalah ke Mutiara Subang, Seksyen U5, Shah Alam. OK,.. untuk terminate kita hanya perlu hantar satu peralatan milik TM sahaja iaitu benda ni..


Peralatan yang lain, boleh kita simpan dan kalau nak sambung kembali, pihak TM akan bagi peralatan ini balik, itu sahaja. Selain itu, macam biasalah, isi borang terminate dan bayar bil tertunggak. Hehehe..

Prosedur memang mudah, itupun kalau dah melebihi 2 tahun kontrak dengan pihak TM. Kalau tak RM 500 akan dikenakan lah (kalau tak silap...). Selain tu, pihak TM akan tanya jugak option downgrade-kan TM, maklumlah takkan nak kehilangan pelanggan kan, tapi masa ni kena nekad dan beri jawapan yang sopanlah, pasal nak jimat kos.

Ok,.. terima kasih TM... !

Saturday, March 29, 2014

Lantang Bersuara, Perlu Atau Tidak ?

Bersuara salah, tidak bersuara pun salah, akhirnya serba parah !

Hakikat ini perlu kita amati dan faham dengan lebih cermat jikalau mahu bersuara dengan lebih vokal dan lebih berintonasi. Alhamdulillah,pelajaran awal arwah ibu aku sejak aku masih kecil lagi, masih disemat hingga ke hari ini, bahawa seandainya sesuatu yang salah pada pemahaman kita, ubahlah dengan tanganmu, jika tak boleh, gunalah lidahmu, jika tak boleh juga, gunalah hati mu.

Namun, untuk aplikasi dalam kehidupan agak rumit dan perlukan strategi untuk melakukannya. Apatah lagi,  jika kita masih 'junior' dalam sesuatu organisasi itu.

Dalam sesebuah organisasi itu pula, biasanya mempunyai tukang ampu, yang ampuh membodek ketuanya tanpa mengira betul atau salahnya. Akibatnya,  tukang membuat kerja yang tidak mahu ambil peduli politik pejabat,  akhirnya menjadi mangsa. Keadaan ini, sentiasa berlaku.

Berbalik kepada diriku. Aku yang 'malas' mengambil tahu hal ehwal politik pejabat, akhirnya merasai peritnya dipolitikkan oleh tukang ampu yang ampuh disisi ketua. Soalnya, perlukah kita menjadi pengampu seperti tukang ampu itu untuk membetulkan keadaan ? Rasanya api tak usah dilawan dengan api, takut nanti terbakar diri.

Tahniah kepada tukang ampu itu yang berjaya mempunyai pangkat untuk memijak orang dibawahnya, juga mempunyai kuasa untuk menutup pandangan ketuanya dari kepompong diluar lingkup kebiasaannya. 

Dulu pernah seorang yang ku anggap sifu dalam bidang yang ku ceburi kini, meminta aku ke hadapan untuk menjadi ketua dan secara langsungnya berjinak dengan politik pejabat. Namun aku menolak, kini orang yang bukan ahlinya ke hadapan untuk memegang tanggungjawab itu.

Akibatnya, organisasi itu carcamarba dan aku merasa sekarang ini, bahawa perlu juga aku menjadi Imam sekiranya jemaah memerlukan aku disitu dan dalam masa yang sama bersedia menjadi makmum seandainya jemaah memerlukan aku berbuat demikian.

Itu peristiwa lampau sebelum aku membuat keputusan untuk berpindah tempat kerja. Sekurang kurangnya apa yang berlaku ke atas diriku sekarang ini, menyedarkan aku bahawa, tidak salah untuk ke hadapan untuk memimpin sesuatu organisasi dengan niat kerana Allah.
Maaf 'sifu'....

Sunday, March 23, 2014

Review : Astro IPTV Powered By Maxis HSBB

Jam 10:05pagi, 22/3/2014 maka rasmilah engagement aku dengan Astro IPTV + Maxis HSBB. Sebelum aku langgan aku telah 'bersiar-siar' di internet untuk mengetahui sejauh mana maklumbalas pengguna selurruhhnya! Mengenai Astro IPTV ni. Majoritinya cukup negatif, siap tunjuk video lagi nak tunjukkan betapa 'buffer'nya IPTV ni berbanding Unifi.

Aku dah mula langgan 2 atau 3 bulan lepas, tapi tak ada feedback, sehinggalah pihak Astro call aku untuk kerja penyambungan. Namun seperti yang aku tahu melalui bacaan aku yang merayau-rayau lebih awal di internet, cara dan susur galur Maxis HSBB ni lebih kurang sama dengan Unifi, bezanya Wifi Router je, Fibre Modem tetap sama rupanya, siap ada cop TM lagi. Cuma cap Fibre Modem ni lain, Unifi guna Huawei, Maxis pakai ZTE. (Kalau salah, betulkan aku yer,.. hehe)


 (Fiber Modem Astro IPTV & Unifi)


(Maxis Wifi Router)

Astro PVR-nya masih sama, pasal kat belakangnya dah ada soket LAN untuk disambungkan dengan Maxis Wifi Router. Dari segi teori dan praktikalnya, sama sahaja dengan Unifi iaitu pecahan bandwidth antara IPTV dan bandwidth internet untuk kegunaan kita. Maklumat tu seperti yang diberitahu orang teknikal ASTRO yang datang hari tu lah.

Ohh yer,.. lagi satu, minima 'cabling' digunakan untuk rumah aku, pasal rumah aku ni jenis apartment, jadi 'built in' cable internet sudah ditanam dari 'Master Port' internet dengan rumah aku ni. Kalau untuk rumah teres, lain pula 'cabling' dia. Macam gambar kat bawah ni.


Itu dari segi 'hardware'. Sekarang kita beralih 'dalaman' dia pulak. Sepanjang pengalaman melayari IPTV Unifi, masa nak tonton dan nak navigate dalamannya menggunakan remote, agak slow sikit pick-up-nya. Pendek kata, tidak smooth. Tapi IPTV Astro ni, iaitu dalam beberapa hari aku navigate, agak licin dan boleh navigate seolah-olah sedang menggunakan Astro yang ada piring tu.



OK,.. setakat beberapa hari ni, prestasinya masih baik dan yang penting bil internet, telefon dan IPTV sekarang adalah dalam 1 bil. Kalau ikut pengiraan kasar, bil internet dan Astro dah dijimatkan sebanyak RM 50. Dari segi kekuatan, bandwidth 5 Mbps dah jadi 10 Mbps dan banyak lagi value added dari pakej ni.

Itu jelah setakat ni,.. semoga berjumpa lagi di lain hari,..