Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday, August 31, 2009

Apa Jadi dengan Tony Fernandes ?

Idris is minister of kpi. What would I like to be or what minister do all of you think I should be.
Ps I think he will be a great minister (via @tonyfernandes)

Itu adalah luahan Tony dalam twitternya, sebenarnya ada relevan juga luahan itu, siapa sebenarnya yang paling berjaya dalam industri penerbangan ni, MAS atau Air Asia?

Dan yang paling awal berjaya kendalikan industri ini siapa sebenarnya, Idris Jala atau Tony..?? Rasanya semua antara kita tahu siapa sebenarnya yang layak..

Dari pengendalian itu kita akan tahu siapa yang berjaya kendalikan sesuatu organisasi dengan cemerlang.

Qalam: "Nasib Badan...."

Saturday, August 29, 2009

Kenyataan mengenai penghinaan Agama Hindu

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 28 Ogos 2009

Parti Keadilan Rakyat
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Telefon: +603 7885 0530
Faks: +603 7885 0531
E-Mel: ibupejabat@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org


PARTI KEADILAN RAKYAT MENGUTUK TINDAKAN KUMPULAN MENGHINA AGAMA HINDU

Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.

Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.

Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.

Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.

Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.

Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.


Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

Wednesday, August 26, 2009

(Share) Kenyataan Anwar Ibrahim mengenai kemenangan YB Salleh Man

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 25 Ogos 2009


KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PASIR BUKTI RAKYAT TOLAK POLITIK UMNO-BN

Saya panjatkan rasa syukur di atas kemenangan Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir. Berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan umno-bn yang memecahbelahkan.

Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihan raya kecil, yang tetap bersabar mengharungi kepayahan pada bulan Ramadhan ini. Kepada YB Haji Salleh Man tahniah di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat.

Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata, menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, hasrat bergelora mahukan Perubahan dan masa depan Pakatan Rakyat yang pasti gemilang.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

Tuesday, August 25, 2009

Sekadar Renungan Al-Baqarah

AssalamuAlaikum,

Have a read through the following verse:

O you who believe! seek assistance through patience and prayer; surely
Allah is with the patient.

http://www.guidedways.com/chapter_display-chapter-2-translator-3.htm#153


Sent using iQuran (www.GuidedWays.com)

Sent from my iPhone

Monday, August 24, 2009

(Share) Kenyataan mengenai ADUN Lunas

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA


23 Ogos 2009


Pejabat Negeri Kedah,
Parti Keadilan Rakyat,
Lot 6 & 7, Tingkat 2
Kompleks Perniagaan Utama
Jalan Sultana Sambungan
05350 Alor Setar


Tel: +604 7325 593
Faks: +604 7345 593
E-Mel: kedah@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org




Pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menerima maklum bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohammad Radzhi Salleh, ADUN daripada KEADILAN dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan pendiriannya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.


Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Kedah kita amat kesal dengan sikap yang tidak bertanggungjawab ini. Telah menjadi satu kebiasaan apabila ada pilihanraya kecil, akan ada isu-isu lompat parti. Kita menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh Barisan Nasional untuk memanipulasi isu menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti.


Prestasi lemah beliau dalam kerajaan negeri juga amat mengecewakan pimpinan parti, ini termasuklah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah, dan masalah perkahwinannya di Thailand yang kini sedang dalam proses di Mahkamah. Kami juga telah memberi amaran keras kepada beliau untuk membuat perubahan prestasi kerja beliau dan khidmatnya di kawasan, namum beliau tidak bersedia untuk melakukan perubahan yang membuatkan ia mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Ekoran daripada itu juga Cabang Padang Serai telah digantung oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan diambil-alih pengurusan dan pentadbirannya oleh Majlis Pimpinan Negeri sehingga mesyuarat agung cabang yang akan diadakan nanti. Keputusan ini dibuat pada mesyuarat MPP 26 Julai 2009 yang lalu.


Sehubungan dengan itu kepimpinan KEADILAN Kedah berdiri teguh mendokong dan menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Ust. Azizan bin Abd. Razak sebagai Menteri Besar dan selanjutnya mencadangkan kepada YAB Menteri Besar untuk memohon pekenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah mengugurkan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pimpinan Parti Keadilan Kedah juga dengan ini mendesak YB Radzi juga untuk meletak jawatan sebagai ADUN Lunas.






YB. HJ. AHMAD BIN KASIM
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan datang lagi... Alhamdulillah

Sekarang aku teringat Terawih di kampung masa aku kecik2 dulu, duduk dalam surau, duk belakang, masa tu aku masih nakal, jadi macam-macam aku main kat belakang, gusti tangan la, main genggam tangan siapa lebih kuat la, macam-macam, last-last aku dan kawan-kawan turun main mercun, tengok je lah, aku tak nak beli pasal aku rasa beli mercun bakar duit je.

Kat surau kampung aku tu, ingat semua wajah yang sekarang buatkan aku melinangkan air mata, Ayah Soh, Pok Ku, Tok Wan (Moyang aku), dan tak ketinggalan kawan sepermainan aku masa kecil, Paisal, Mat Lin... dan beberapa nama lain lagi.

Nama yang aku sebut tadi, kini adalah arwah... semua aku tak lupa, mereka tak sempat lagi menikmati Ramadhan lagi, hanya tinggal kenangan. Masa tu, kalau malam2 lepas terawih, aku pergi rumah Paisal beli jeruk2, keropok, jalan2 dalam kampung, macam pesta.

Ingat2 balik memang best masa tu, tapi yang paling penting orang tua yang aku sebutkan nama tadi, tetap kami hormati. Itu memang aku pegang sampai sekarang.

Mak aku, Tok Wan aku, time ni suka ingatkan aku baca al-quran, Tok Wan aku tu adalah guru al-quran aku, bukan aku sahaja, kampung2 sebelah pun adalah anak murid Tok Wan aku.

Jadi bila aku baca al-quran aku teringatkan dia, aku jadi sebak, mulutku sedu, air mataku tanpa aku sedari berlinang... Masa nak hembuskan nafasnya dulu pun, dia asyik sebut nama aku je, dia nak dengar aku baca Surah Yaasin... Lepas aku Start baca Yaasin, dia senyap je, last-last .... Baru dia
Hembuskan nafasnya yang terakhir...
Hrrmmm...

Kenangan... Hanya tinggal kenangan...

Thursday, August 20, 2009

Haa.... baru aku tahu siapa yang baca blog nih

Susah bila kita senyapkan diri, punn susah kalau kita nak bersuara.

Dugaan yang paling mencabar untuk aku hadapi adalah bercakap apa sahaja didepan tanpa fikir perasaan orang lain. Itu susah buat aku, aku nak sahaja cakap lepas, tapi pasal aku fikir orang tua, aku jadi slow sikit.

Apa yang aku tulis, aku cakap dalam blog nih sejak aku mula bekerja dengan tvpas adalah ikut apa yang ada dalam jiwa aku. Bila lupa, yaa... aku memang akui aku lupa, dan aku mohon maaf pasal apa guna menegakkan benang yang basah.

Kedatangan aku dalam mana-mana 'sektor' pun ada yang tak senang hati, sebelum aku masuk sesuatu syarikat lagi. Dan sekarang aku rasa ada yang masih macam tuh. Sekarang aku dah tahu, dah ada yang memantau kembali blog aku, haaa... takpelah selamat memantau. Jadi hidupkan kembali 'pendaftaran' yang mahu buat komen di blog nih.

Disini tegurlah.. bak kata Waheeda.. 'wassini'...

Sunday, August 16, 2009

Segala yang nanti kini dah terburai...

Semalam, aku dah selamat menjalani meeting yang cukup 'runcing'.... Akhirnya selepas 2 jam meeting, semuanya habis dan seperti biasa mesti ada keputusan.

Keputusannya.... Aku dah pindah ke department TX. Hmm... Aku dah lama tahu pasal TX ni pasal Hj Tahir dulu pernah pegang department ni masa dia dengan salah buah tv swasta tersohor di Malaysia ni. Apa yang aku nak tahu... Acronym TX tu..???

Apa yang orang penyiaran istilahkan transmission. Aduh.... Bak kata Big Boss aku, segala kekuatan adalah atas department ni. Huhuhu... Rasa beratnya bahu aku.

'Kawan baik'....???? Hmmm aku akui aku
Ni bukannya perfect, aku bukan malaikat, aku adanya lupa, moody dan aku lihat ketara, bila aku dah banyak kerja, otak aku akan fokus pada satu benda, dan apa-apa yang kacau in between tu... Pasti aku lupa apa yang korang bagi tahu, masa ni note kena bagi aku siap-siap kalau mahu itu dan ini, kalau tak mungkin aku lupa.

Tapi ada yang tak faham, aku jadi mangsa keadaan. Kalau korang jadiacam ni baru korang tahu. (kepada si polan bin si polan). Aku rasa aku jadi macam ni mungkin pasal aku nak save energy utk kerja long term. Dalam keadaan ni ramai yang tak tahu.

Banyak lagi aku nak tulis, tapi cukuplah yang bygone be bygone. Aku rasa aku masih muda lagi(heheh...) dan aku mahu timba pengalaman yang sebaik mungkin.


Terima Kasih semua...