Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday, May 13, 2011

Akhirnya aku bebas dari Maxis, kini bersama DiGi...






BEBAS, kini BERSAMA Digi,.. macam lompat parti pulak ayat tu. Apapun, 10 Mei lalu, aku secara rasmi dan nekadnya keluar dari Maxis, jenama telekomunikasi yang aku duduk selama lebih 5 tahun. Cukup lama, dan aku sebelum ini pernah sekali bersama Celcom. Namun aku tak lama kerana masa itu ada keterbatasan internet 3G yang teruk.


Aku lama dengan Maxis pun bukan apa, pasal aku ada ambik Iphone 3G dengan mereka, jadi aku gunakan seadanya. Masa itu, aku jadikan mak aku sebagai sub-line aku. Masa tu aku masih bujang, lepas aku kawin aku letakkan pula isteri aku sebagai sub-line aku. Sejak itu, bermulalah episod cekik darah dari Maxis, bayangkan bini aku dan mak aku yang jarang pakai phone, dikenakan charge yang tinggi setiap bulan tidak pernah bawah RM100 ringgit setiap orang. Aku pula, pasal internet hardcore punya pasal, banyak charge dikenakan pada penggunaan internet aku. Aku nak subscribe plan internet dengan Maxis tapi masalahnya ia tidak berbaloi pasal aku biasa gunakan internet melalui phone paling banyak ketika aku balik kampung sahaja. Kalau kat rumah aku di Shah Alam, Unifi dah ada. Kat Ofis, wireless streamyx dah ada, jadi memang tak berbaloi kalau aku tambah lagi bil untuk internet melalui Maxis aku, dah la kouta 3 GB sahaja.



Lagi pun di kawasan rumah di kampung aku, dekat dengan pantai, biasanya EDGE dan GPRS sahaja yang ada. Jadi biasanya aku guna EDGE untuk guna internet, lagipun kalau guna Maxis aku macam tak selesa pasal takut melebihi 3GB bila sampai je kuota tu, abis.. internet aku. Itu di Pasir Puteh, Kelantan bukannya di Melor lagi.



Aku sebenarnya tak tahu status Digi di kawasan Melor, aku rasa tak ada langsung, apapun aku boleh cuba bila aku balik kampung nanti. Ok kita teruskan ke peristiwa ketika proses pertukaran Maxis ke Digi berlaku.....,

10 Mei 2011, 12 tgh hari

Aku pilih naik Komuter LRT Batu 3 ke KLCC (Maxis Centre) untuk settlekan bil Maxis aku sebelum bertukar ke Digi. Nasib baik aku pasal aku guna Touch N Go untuk naik LRT, kad ni banyak percepatkan proses aku, nanti aku ceritakan kenapa.

Ok, bila tiba di mesin tiket komuter tu aku swipe kan kad TnG tu, pedihnya mesin tu buat hal, aku tanya staff kat situ kalau-kalau kad aku ada masalah, namun selepas dia periksa guna device TnG ternyata kad aku baik, akhirnya dia buka gate untuk aku teruskan perjalanan.

Apabila naik Komuter entah macam mana, perut aku meragam, jadi aku berhenti di stesen Subang Jaya dan aku keluar cari tandas, pedihnya lagi, kad TnG aku tak boleh swipe juga di mesin, dipendekkan cerita aku cuba lagi satu mesin, lepas.. aku boleh keluar. Selesai tunai hajat aku balik naik komuter Subang Jaya untuk teruskan perjalanan, kali ni kad tu berfungsi dengan baik.

Akhirnya aku sampai ke KL Sentral untuk pertukaran komuter ke Putra LRT pula. Sebelum tu, aku tunaikan dulu solat Zohor pasal masa tu baru masuk waktu. Dari KL Sentral aku menuju ke KLCC. Selepas itu bermulalah episod tragis aku dengan Maxis di Maxis Centre, KLCC.



Episod 1.
Kali ni, aku beritahu nak settlekan bil aku dan mahu 'pecahkan' sub-line nombor mak aku kepada prepaid. Jadi aku masuk beratur tunggu giliran, lepas puas menunggu, aku masuk. Aku sangka, bil yang aku mahu bayar (bulan sebelumnya) dan bil yang belum masuk rekod berjumlah hanya RM600, rupa-rupanya hampir RM 790!

Jadi pasal aku ada duit banyak tu sahaja, jadi aku bayar RM610 (Overdue+Terkini+charge postpaid mak aku ke prepaid). Lepas tu aku rasa kena tangguh pertukaran ke Digi tu pasal ada lagi hutang RM176.15 lagi. Lepas telefon isteri aku, dia bagi semangat kat aku teruskan agenda nak tukar plan ke Digi tu, pasal susah sikit sekarang tak apa daripada dihantui ratusan ringgit pasal berada dalam Maxis ni, jadi aku terus korek lagi duit aku untuk bayar bakinya.

Kali ni, pasal ia hanya libatkan bil sahaja, aku terus ke belakang, kawasan geng-geng prepaid hotlink. Jadi aku jelaskan semuanya, anggapan aku RM0. Lepas tu, berbekalkan maklumat melalui call centre Digi aku ke Berjaya Times Square, pasal DiGi Centre ada kat situ. Jadi, menggunakan Putra LRT aku bergerak dari KLCC-Dang Wangi tukar tren guna Monorel dari Bukit Nenas ke Imbi. Nak ke stesen Monorel tu aku perlu jalan kaki. Pasal guna TnG aku tak perlu beli tiket, redah jee.. Nasib baik Putra LRT dan Monorel laju, jadi berbaloilah rasanya.



Dari Bukit Nenas-Imbi turun terus sahaja dah sampai ke pintu masuk Berjaya Times Square, cari punya cari jumpa juga Digi Centre tu, lepas ambil nombor aku beratur lagi (dahla tempat centre dia jauh lebih kecil berbanding Maxis). Bila sampai giliran aku, aku bagi tahu nak switch ke Digi tapi mahu nombor yang sama. Lepas dia masukkan data aku dan sediakan SIM card aku, brother tu bagi tahu aku, aku di blacklist kerana masih ada hutang yang belum dijelaskan dengan Maxis, memang aku naik bara kemarahan aku masa tu, bukan kepada Digi tapi Maxis. Lepas beberapa kali check sah aku blacklist. Jadi aku dinasihatkan cuba dapatkan 'Release Letter' dari Maxis. Ok aku hanya angguk kepala.Apa lagi aku bangun dan beredar sekali lagi aku berfikir mahu sambung misi ni lain kali atau tersuskan sahaja.



Episod 2
Aku terus masuk ke stesen Monorel dan aku berhenti ditengah-tengah laluan antara mahu ke KL Sentral (balik ke Shah Alam) atau ke Bukit Nenas (teruskan misi)...

Akhirnya aku teruskan langkah kaki aku ke laluan platform ke Bukit Nenas. Sampai saja di stesen tu aku sekali lagi transit (jalan kaki) ke stesen Putra LRT (Dang Wangi) dan terus ke KLCC. Dipendekkan cerita, aku terus ke belakang Maxis Centre tu dan aku terus bertanya berapa lagi aku berhutang, rupa-rupanya rekod isteri aku yang telah bertukar ke plan prepaid Maxis masih ada lagi dalam rekod bil aku, yang geramnya dalam bil bulanan aku tak ada pulak jumlah hutang akaun sub-line isteri aku yang masih berbaki.

Yang pelik tu, penama sub-line tu, nama isteri aku, nombor kad pengenalan pulak, nombor aku ! Sekurang-kurangnya aku tahu, aku masih berhutang, kalau aku tak buat macam ni sah hutang ni aku tak berbayar pasal ia 'hidden record'. Bakinya tak banyak pun hanya RM 24.05 nak buat beli 1 Dirham pun tak lepas. Masa kecoh-kecoh tu ada seorang makcik pandang je aksi kami, apa tidaknya, aku bagi tahu terus je, 'Saya ni nak tukar plan ke Digi, jadi saya nak clearkan rekod bil kat sini'.. ambik kau !

Lepas tu, staff Maxis tu kata aku kena beratur untuk dapatkan 'Release Letter' aku, ok aku beratur dengan tenang dan sabar. Tiba giliran aku ke kaunter aku terus bagi tahu nak surat yang aku inginkan tu. Lepas dia taip dan bersembang baik dengan aku, aku akhirnya berjaya dapatkannya.


Episod 3

Lepas tu aku bergegas ke Berjaya Times Square pasal masa tu dah melebihi jam 6 petang, aku sekali lagi guna laluan Putra LRT dan Monorel yang sama dan kad TnG aku berfungsi dengan baik sekali. Sampai je Digi Centre aku sekali lagi berdepan dengan 'guard' kat situ ketika nak ambil nombor, tapi memandangkan dia dah nampak aku sebelum ni, dan tahu masalah aku, terus dia bagi tahu.. 'Masuk je lah kat kaunter tu..' ... fuhh lega aku, kalau tak,..memang yang ke 4 kalinya aku beratur panjang. Terima kasih banyak-banyak dah la masa tu aku tak sempat nak solat asar lagi.

Lepas staff Digi sahkan aku bukan lagi kategori blacklist, aku terus dapat SIM Card baru dan aku akan guna bila signal Maxis tak ada atau berfungsi lagi. Lepas tu aku bergegas cari surau, masa tu dekat sangat nak ke pukul 7 ptg, aku ada terserempak dengan polis bantuan masa tu, aku bertanya pasal surau,.. terus dia bagi tahu tingkat bawah,.. percaya punya pasal ke bawah la aku,.. chett mana adaa.. rupa-rupanya tingkat 8 baru ada,.. sempat juga solat. Alhamdulillah..

Seterusnya,,.. bersambung mengenai peristiwa dalam tren pula.. nanti aku sambung ye.. :)

3 comments:

Unknown said...

nak tukar dari Maxis ke Digi tapi saya nak kekal dengan nombor telefon yang lama tampa saya pergi ke pusat khidmat talian Digi., bagi mana caranya?

Unknown said...

Saya nak tukar maxis ke digi

rafi tl said...

Wasap 0107896757