Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday, July 30, 2008

Apabila Tok Guru Nik Aziz buka langkah silat...

Ketika PAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi status PAS dalam sesi muqabalah PAS-Umno, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata

PAS Cadang Laksana Hudud Dan Qisas Jika PAS-UMNO Bersatu


KOTA BAHARU, 30 Julai (Bernama) -- Pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas menjadi satu daripada cadangan bagi PAS jika pergabungan antara parti itu dan Umno menjadi satu realiti, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun, bagi Menteri Besar Kelantan itu, cadangan pelaksanaan undang-undang itu yang mengikut lunas syariat Islam akan dilakukan kemudian, selepas muqabalah (pertemuan) antara pemimpin kedua-dua parti mencapai persetujuan yang membawa kepada penubuhan satu entiti parti politik yang baru.

Sejajar dengan semangat muqabalah untuk membincangkan masa depan umat Islam di negara ini, beliau berkata perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kerjasama Umno-PAS dalam membentuk parti baru perlu berlandaskan kepada Islam, termasuk melaksanakan hukum Hudud sebagaimana ditetapkan oleh agama.

"Yang membimbangkan saya bila kerjasama itu berlaku, ada pihak yang cuba mensabotajkan parti (gabungan PAS-Umno) dengan menganjurkan calon bebas yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan Islam mengikut syariatnya bagi melawan calon kita," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan kempen derma bagi kerja-kerja mengubahsuai masjid Baraah di pusat bandar ini di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata berlandaskan semangat demokrasi di negara ini, semua pihak termasuk Umno, kaum Cina dan India boleh mengadakan perbincangan serta mengeluarkan hujah mereka untuk lebih memahami Islam dan syariatnya.

"Saya hendak benar kalau orang Cina dan India kata dia tidak mahu kepada Islam. Di mana tidak kena dengan Islam, boleh tolong beritahu, kita boleh berbincang" katanya.

Namun, katanya, bagi beliau perkara yang paling penting adalah memastikan muqabalah antara PAS dan Umno dapat dijayakan terlebih dahulu untuk membincangkan masa depan umat Islam.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang menawarkan kepada PAS untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan di negeri itu sebagai simbol perpaduan politik Melayu dan Islam, Nik Aziz berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur esok.

-- BERNAMA


Ok, macam mana UMNO, nak ke..??

Hehe... kenapa nak kecoh-kecoh.. dengar dulu keputusan Khamis ini..

Nampaknya ramai penyokong PAS mahupun UMNO melatah dengan cepat untuk mengulas mengenai muqabalah antara PAS-UMNO. Malah media arus perdana dalam konteks ini berjaya membuka isu ini seterusnya menggugat keyakinan penyokong PAS akar umbi yang tidak menyokong muqabalah diadakan.

Perjumpaan PAS-UMNO bukan perkara baru, malah ketika zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Nor pun iaitu ketika Ustaz Fadhil dan Tun M berada sepentas mengenai si Palestin & Kemanusiaan (sebelum perginya Ustaz Fadhil) mengapa kita tidak melatah ?

Malah sebenarnya DAP Penang juga bertemu dengan salah seorang pemimpin GERAKAN (kini bekas) iaitu Datuk Lee Kah Choon untuk pegang jawatan dalam InvestPenang dan Penang Development Corporation (PDC) mengapa Karpal Singh tidak melatah ?

Ketika PKR membuat perjumpaan dengan pemimpin BN Sabah, mengapa tidak dijadikan isu ? Adakah sah PAS telah menerima UMNO ?

Dalam isu perpaduan melayu sekarang, UMNO sudah hilang pengaruh dalam entiti kekuatan melayu. Kini PAS yang lebih kredibiliti untuk orang melayu jadikan payung dan relevanlah kalau UMNO yang menyertai PAS serta menerima konsep PAS dalam memperjuangkan melayu dan Islam.

Bagi saya, Khamis ini suatu penantian yang bermakna dalam politik tanahair kita. Tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan dalam masa sekarang. Bagi yang diluar kepimpinan PAS, baik banyak perhati dahulu sebelum mengulas kerana ramai penyokong PAS ini banyak mengulas mengalahkan pembuat dasar parti.

Sekian.

Thursday, July 17, 2008

OK... SAYA BUAT GINI....

Baiklah, memandangkan saya sedar diri ni banyak sangat tanggungjawab..hehe.. saya tak boleh buat streaming 24 jam, dan saya rasa masa paling sesuai streaming live tanpa ada apa-apa gangguan adalah pada sebelah malam.

Jadi, streaming 'tvmalaysia' yang di link kan di tvpas.com, boleh dilihat rancangan streaming pada waktu malam je.. ok.. fair ye...

Ok. ini sahaja coretan saya sebelum nak pulang ni, selamat malam dan selamat menonton. Ohh.. ye.. pasal 'Seantero Media' kat bawah tu, sesiapa nak embbed dia.. hmmm... search sendiri laa yee.. mintak maaf banyak-banyak bukan kedekut, tapi saya galakkan agar usaha lebih, percayalah, bila dah tahu cara dia, memang kamu-kamu semua akan lebih 'power' daripada saya untuk capai apa sahaja. hehe... kerana itulah dinamakan blogging...

Lagipun.. penciptaan embbed tu bukan saya yang punya... hehe... adalah hak ciptanya.Dan sebab-sebab saya bagi 'embbed' kepada blog 'mppas.blogspot.com' tu.. pasal kawan rapat saya tu.. hehe.. maaf ye...

Wassalam....

Wednesday, July 16, 2008

Anwar Ibrahim ditahan polis ketika pulang dari Pejabat BPR....!




Siaran Media
16 July 2008

ANWAR TELAH DITAHAN

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditahan oleh polis kira-kira jam
1.00 tengahari sebentar tadi.

Beliau pulang ke rumah selepas disoalsiasat oleh Badan Pencegah Rasuah pagi
ini sebelum bertolak ke IPK. Beliau ditahan dan dibawa dengan kereta polis
semasa dalam perjalanan ke IPK KL.

Penyokong diminta berkumpul secara tenang di IPK KL untuk memberi sokongan
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.




VERSI AFP

Malaysian opposition leader Anwar arrested: lawyer
16/07/2008 05h37

KUALA LUMPUR (AFP) - Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, who has been accused of sodomising a male aide, has been arrested outside his home, his lawyer said Wednesday.

"Anwar was arrested just five minutes ago. The police came and took him away," said lawyer Sankara Nair, who said he witnessed the arrest.

"He had just arrived home when about 10 officers detained him at the gate of his home," he told AFP.

Nair said the police did not specify what the opposition leader was being charged with, but that he would be taken to the Kuala Lumpur police headquarters.

Anwar's Keadilan party, which leads a three-member opposition alliance, issued an immediate call for his supporters to rally outside the headquarters in the city's downtown.

"Anwar has been detained by police while travelling to his home... All supporters are asked to gather" it said in a SMS text message.

The opposition leader had been about to appear at the police headquarters for an interrogation over sexual assault allegations by Mohamad Saiful Bukhari Azlan, a 23-year-old who was a volunteer in his office.

Earlier Wednesday he had dismissed the accusations as a conspiracy to prevent him from seizing power, and said it was a re-run of events a decade ago when he was sacked and jailed on sodomy and corruption charges.

"There's no basis for this whole fabrication and malicious attacks. It is just a repeat of the 1998 script. You can see the pattern," he told reporters. "I will challenge them on every ground."

Anwar was sacked as deputy premier in 1998 and subsequently jailed, triggering massive protests in a "Reformasi" or "Reform" movement that continues to reverberate in Malaysian politics.

Sodomy, even between consenting adults, is illegal in predominantly Muslim Malaysia and carries a penalty of up to 20 years imprisonment- AFP



Nampaknya reformasi ala 1998 bakal berlaku lagi... perkembangan terbaru.. ikuti www.tvpas.com

Monday, July 14, 2008

Haa.. kepada yang duduk luar negara.. masih boleh tengok debat live...

Malam ni, balik lewat lagi laa.. nampaknya. Sekarang aku sedang menanti jam 10.30 malam untuk menonton seterusnya streamingkan Hujah TV9 yang berlangsung di Studio A bagi membincangkan topik 'Politik Kotor Jejas Keharmonian'.

Hujah malam ini dibarisi ahli panel, ADUN Batu Buruk (PAS), YB Syed Azman Syed Ahmad dan Ahli Parlimen Muar, YB Razali Ibrahim. Moderator macam biasa lah, Dr Muhammad Agus. Hehhe.. Kita tengok kepetahan YB Syed Azman berhujah pulak ye...

OK.. live streaming ini akan disiarkan di TVPAS dan blog inilah, semestinya.. :)

Aii... nak tahan masuk parlimen jugak ke..?

Hari ni, saya pergi lagi parlimen untuk menjalankan rutin harian saya sebagai wartawan. Seperti biasa, saya bertolak menggunakan motosikal ke parlimen. Awal pagi memang semua kena tahan, malah jip Honda yang dipandu YB Salahudin Ayub (bersamanya YB Mahfuz) turut diperiksa.



Semua wartawan melainkan RTM lepas ke dalam parlimen, maklumlah mereka mahu buat siaran langsung parlimen selama sejam, penting tu.. hinggakan tetamu pada hari ini di RTM 1 pada siaran langsung berkenaan adalah Khairy Jamaludin !

Namun hampir jam 11.00 pagi, semua wartawan boleh masuk. Tetapi masa tu, YB pakatan rakyat tengah sarat berdebat dalam parlimen pasal usul undi tidak percaya ditolak. Akhirnya, YB Pakatan Rakyat boikot parlimen dan tidak mahu bersidang sebelah petangnya. Esok mereka masuk balik.

Kebetulan masa saya nak balik, hujan lebat pulak, jadi polis dan FRU yang bersedia untuk mencegah rusuhan kononnya diluar parlimen cepat-cepat masuk dalam kenderaan untuk elak basah kuyup. Apa la.. menteri arah mereka 'berjaga', menteri syok-syok dalam dewan, polis pulak kuyup.

Khabar angin punya pasal....

Tuesday, July 08, 2008

Tahniah malaysiakini.com kerana jadi Web berita No.1 di Malaysia

Wah... www.malaysiakini.com jadi no.1 ! Jika dilihat dari web pun boleh saya katakan mereka berhak untuk jadi No.1. Ini pun mereka jadi No.1 tanpa ada ruangan forum. Berita bertulis, ditambah dengan berita video, memang merupakan kombinasi yang bagus. Berita penulisan bukan sahaja dalam melayu, inggeris juga.

Tambahan lagi, sudah bertahun-tahun mereka dalam bidang ini. Apapun tahniah. Berkenaan kad media, web tvpas.com juga insyaAllah bakal mendapat tag media dari 'Penerangan'. Nampaknya, Shabeery Cheek memang terbuka berbanding Datuk Zam. Kini kerajaan sudah iktiraf media maya.

:)

Monday, July 07, 2008

Apa dah jadi PROTES ?

Menyirap rasanya apabila melihat majlis PROTES di Stadium MBPJ dicemari dengan kumpulan Underground yang menampilkan lirik yang berkait dengan liwat. Siapa yang bersalah sebenarnya ? pengerusi atau Hishamudin Rais yang dikatakan bertanggungjawab dengan band underground berkenaan tetapi untuk pengetahuan semua ini adalah jadual atau tentatif majlis yang sepatutnya berlangsung semalam.

Tentatif Aturcara

PROTES Sejuta Rakyat TURUN 6.7.08


Masa
Acara
Catatan

6/7/ 08 PAGI
10.00 – 10.30

Ucapan Aluan Wakil-Wakil PROTES
DR. Irene Fernandez – Teenaganita
Yap Swee Sing – SUARAM
YB. Tian Chua – PKR
YB. Dr Mohd. Hatta Haji Ramli - PAS

Pengerusi
Che’Gu Bard
Kogi
Ginnie

10.30
Persembahan Kebudayaan Drum India


11.00
Persembahan Musik Politik

TENGAHARI/
12.00 – 1.00
Ucapan Wakil-Wakil PROTES
Ong Jing Cheng – Dema
Jayathas – Hindraf
Moon Hooi – SUARAM
Kamaruzzaman –
Kogila – JERIT
Aiman Athirah Al Jundi – PAS
Arutchelvan - PSM
Pengerusi
Amin Iskandar
Suhaimi

1.00 – 1.40
ISOMA : Istirehat/ Solat Zohor/ Makan


1.45
Musik Diduridu

PETANG
2.00 – 2.45






Ucapan Pemuda/ Wanita/ Muslimat
Nathan – Alligal
Wan Hasrina Wan Hassan – Dewan Muslimat PAS
Shamsul Iskandar – AMK PKR
YB. Zuraidah Kamaruddin – Wanita PKR
YB. Dr Siti Mariah Mahmud – PAS/ IMWU
YB. Salahuddin Ayub – Dewan Pemuda PAS

Pengerusi
Sevan
Khairul Faizi
2.45 Persembahan Nasyid

3.00






Ucapan Pra Puncak I
YB. Anthony Loke –
YB. Teresa Kok – DAP
YB. Dato’ Kamaruddin Jaffar – PAS
YB. Dr Kumar – PSM
YB. Azmin Ali - PKR
YBhg. Haji Mohamad Sabu - PAS






Masa
Acara
Catatan

PETANG
4.00
Persembahan Dikir Barat

Pengerusi
Lee Huat seng
Sani

4.30
Persembahan Musik Politik

5.00
Ucapan Pra Puncak II – Pimpinan Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat
YB. Ngah Kor Ming – Wakil MB Perak
YB. Husam Musa – Wakil MB Kelantan
YAB. Lim Guan Ng – Ketua Menteri Pulau Pinang
YAB. Tan Sri Dato’ Khalid – MB Selangor

6.00
Persembahan Dikir Barat


MALAM
7.00
Solat Maghrib & Solat Hajat Berjama’ah


8.15
Persembahan Teater Oleh Wakil Kg. Berembang

Pengerusi
Che’Gu Bard

8.30
Persembahan Musik Politik


8.50
Imbasan Warisan PROTES Rakyat 2006 - 2008


9.00
Pidato Kemuncak PROTES Sejuta Rakyat TURUN 6.7.08
YB. Dr. Mohd. Hatta Haji Ramli – Pengerusi PROTES
YB. DR. Nasir – Presiden PSM
YB. Lim Kit Siang – Pengerusi DAP Kebangsaan
YB. Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Tim. Presiden PAS
YBhg. Datuk Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR


12.00
Bersurai



Nota :
1. Deklamasi Puisi Akan Diselitkan Mengikut Keperluan & Kewajaran ( Hisham )
2. Ucapan Daripada Wakil-Wakil NGO Atau Pemimpin Politik Yang Namanya Tidak Tersenarai Juga Dibenarkan Mengikut Keperluan & Kewajaran Atas Makluman Kepada Sekretariat ( Kamaruzzaman/ Sekretariat- AAA )


Disediakan Oleh :
Sekretariat PROTES

Ini adalah tentatif yang ditetapkan oleh Sekretariat Gabungan MemPROTES Kenaikan Harga Minyak (PROTES) pada 5 Julai 2008 jam 9.15 malam, iaitu selepas berlangsungnya Selepas Mesyuarat Khas Bersama Sekretariat.

Moral of the story ikutlah tentatif dan jangan buat 'majlis' sendiri. Jadikan ini sebagai pengajaran.

Tuesday, July 01, 2008

Suatu kehidupan......

Tak kebah lagi demam ni. Bermula Sabtu lalu sampai hari ini masih lagi tak sihat. Tapi kerja masih diteruskan dan Dokumentari bertajuk "100 hari Pentadbiran Pakatan Rakyat Perak" berjaya disiapkan.

Kalau sesiapa mahu DVD tu kali ni ni nampaknya kena keluar duit sikit lah, al-maklumlah saya sendiri ke Perak, saya yang buat skrip, saya yang buat video editing ! Berat jugak tu, kos nak ke Perak dikala minyak naik pun kena kira. Ini petikan dokumentari yang disiapkan.

Sesiapa yang berminat boleh call pejabat Jana Damai Sdn Bhd (03-40418234). Ini hanya PETIKAN SAHAJA... video asal adalah 20 minit...



Sekian :)