Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday, July 14, 2008

Aii... nak tahan masuk parlimen jugak ke..?

Hari ni, saya pergi lagi parlimen untuk menjalankan rutin harian saya sebagai wartawan. Seperti biasa, saya bertolak menggunakan motosikal ke parlimen. Awal pagi memang semua kena tahan, malah jip Honda yang dipandu YB Salahudin Ayub (bersamanya YB Mahfuz) turut diperiksa.



Semua wartawan melainkan RTM lepas ke dalam parlimen, maklumlah mereka mahu buat siaran langsung parlimen selama sejam, penting tu.. hinggakan tetamu pada hari ini di RTM 1 pada siaran langsung berkenaan adalah Khairy Jamaludin !

Namun hampir jam 11.00 pagi, semua wartawan boleh masuk. Tetapi masa tu, YB pakatan rakyat tengah sarat berdebat dalam parlimen pasal usul undi tidak percaya ditolak. Akhirnya, YB Pakatan Rakyat boikot parlimen dan tidak mahu bersidang sebelah petangnya. Esok mereka masuk balik.

Kebetulan masa saya nak balik, hujan lebat pulak, jadi polis dan FRU yang bersedia untuk mencegah rusuhan kononnya diluar parlimen cepat-cepat masuk dalam kenderaan untuk elak basah kuyup. Apa la.. menteri arah mereka 'berjaga', menteri syok-syok dalam dewan, polis pulak kuyup.

Khabar angin punya pasal....

0 comments: