Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday, December 16, 2008

Kembali ber blog....!!!

Akhirnya saya membuat keputusan akhir yang dikira agak berani dalam hidup saya setakat ini. Tempoh pilihanraya ke-12 sudah berlalu dan perkembangan blog, siaran audio-visual webtv juga telah diterokai PAS dengan keterbatasan yang tertentu.

Tapi TVPAS tetap TVPAS dan ia akan terus wujud insyaAllah dengan dokongan serta sokongan yang ada dari semua pihak, walaupun saya tahu ada yang tidak suka dengan kewujudannya dari dalam dan luarannya.

Apapun kewujudan tvPAS adalah hasil semangat anak muda untuk menolong PAS, walau dikeji, dikatakan kelahiran songsang dan segalanya tetapi ia tetap membantu. Dan hari ini, ia akan dilahirkan kembali, tetapi seperti yang saya tulis diawal tadi, tanpa kehadiran saya lagi.

Tetapi jangan bimbang, saya masih dalam Pakatan Rakyat, PAS insyaAllah adalah masih keutamaan saya. Cuma pemergian saya adalah untuk membentuk satu lagi medium yang InsyaAllah akan mempelbagaikan lagi media rakyat di Malaysia ini.

Dan terima kasih kerana ada yang melepaskan secara baik dan ini amat mengharukan saya yang bergelumang dengan tvPAS ini hampir 3 tahun lebih. Cuma satu ingatan saya, team IT dalam PAS dimana jua anda berada, lebih baik anda bersatu dan tidak mewujudkan kumpulan-kumpulan tertentu, yang rugi adalah kita sendiri.

Selepas ini, saya akan cuba kembali meluahkan apa terjadi disekeliling Parti kita tanpa 'tersekat-sekat' seperti dahulu lagi. Semoga berjumpa lagi...

NAZRAN FAHMI.....