Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, September 19, 2010

Bila Kelantan Naik Minyak..!!!

"Doa adalah senjata ampuh orang mukmin."

Yup, itu adalah semestinya dan doa oarang yang dizalimi jangan dipandang rendah. Sampai bila kerajaan pusat nak bongkak itu dia punya pasal, hidup mati bukan dia empunya. (Mati kangg.. ada pilihanraya pulak). Apapun, isu ni dah dimainkan sampai peringkat dunia dah. Al-Jazeera pun dah pick-up isu ni. Maka makin 'merudum'-lah FDI Malaysia kan..?? Itu Mukhriz cakap la.

Ni petikan video yang telah dimainkan di Al-Jazeera.

Friday, September 17, 2010

Bila Kelompok Tak Mau Keluar Dari Kepompongnya...

"Terlajak Perahu Boleh Gostan, Terlajak Facebook Boleh Delete, Terlajak Kata... Gaduh Sedunia".

Pasal tak nak gaduh-gaduhlah maka aku selalu berkias dalam berkata-kata mahupun ketika menulis dimana-mana sahaja. Pasal tak ramai yang open-minded dan boleh terima kata-kata yang straight-forward. Tapi kalau ditegur, perlahan-lahan, InsyaAllah akan dengar juga. Batu yang kena titisan air pun lama-lama boleh lekuk, inikan pula hati manusia.

Sabar itu penting walaupun ia sukar ditafsirkan dengan kata-kata betapa geramnya kita, tapi... bersabarlah. Manusia sejak zaman Nabi Adam A.S lagi telah dijadikan Allah berbeza-beza, supaya kita saling berkenalan. Kita sekarang di Malaysia pun macam tu, BN 'tak ngam' dengan PR, UMNO 'tak ngam' dengan PAS. Dalam parti komponen pun macam tu juga, sama saja.

UMNO, MCA, MIC pun dah setengah abad bersama dalam BN (dulunya Perikatan), pun masih bertelagah antara satu sama lain untuk buat kerja, inikan pula Pakatan Rakyat, muda sangat. Tapi, belajarlah terbuka sikit, jangan duduk terperuk sangat dalam kepompong tu. Mana boleh tegur, tegurlah, apa salahnya.


Jadi, apa yang aku nak cakap ni, bacalah dengan hati yang terbuka;

Dulu aku pernah emailkan permintaan kepada webmaster tranungkite.net, supaya meletakkan dan menguar-uarkan link tvselangor.com. Mungkin pasal web ni nampak PKR, maka tak endah sangat, web lain yang pro-PAS letak pula link dia. Mana boleh promo tu promolah, bukan agenda nak porak perandakan PR pun, tujuannya untuk kita bersama.

Entahlah,... kalau webmaster tu tersilap pandang atau lupa tak apalah, nanti letaklah link tu nanti, ataupun 'pakai tangan-tangan ghaib' juga untuk buat keputusan. Adoi.. letih-letih...

Monday, September 06, 2010

Isu Iklan Raya 'Santa Clause': Akhirnya TV3 mohon maaf..

Gara-gara iklan sebegini (letak gambar jelah nanti akupun dapat saham jadi penyebar video ni pulak)..



Maka, TV3 malam tadi mohon maaf mengenai promo raya sebegitu. Siap ada Group di Facebook lagi yang menentang iklan ni. Jadi ini, petikan kenyataan rasmi tv3 mengenai video berkenaan.



Tapi aku, senada dengan ahli-ahli group protes tu, aku juga nak tahu;
a) KAMI MAHU TAHU SIAPA DIRECTOR IKLAN INI
b) KAMI MAHU TAHU SIAPA YANG MERANGKA STORYBOARD IKLAN INI
c) KAMI MAHU TAHU ADAKAH IKLAN INI DISENGAJA ADAKAN SEDEMIKIAN RUPA ATAU TIDAK DISENGAJAKAN
d) APA JAMINAN TV3 YANG PERKARA INI TIDAK AKAN BERULANG?

(Senada dengan FB Akhi Fairuz Al-Jengkari)

Betul ke ni 'TimeTable' Mr Imegresen... ?

Salah siapa.. salah website Imegresen kee atau memang mereka ni kerja ada jadual tapi tak ikut waktu piawai..?? Pagi tadi aku ke Imegresen Shah Alam, khabarnya dari mulut kawan aku (En Nahar) & website Imegresen 'kata' Sabtu-Ahad mereka kerja tapi separuh hari. Jadi aku pun ke pejabat Imegresen laa.. walaupun ikut plan aku, nak pegi hari Isnin. Ini laman web Imegresen tu punya info..




Haa.. Inilah kesahnya.. tapi takpelah, janji aku pergi dan tau situasi sebenar. Dan aku siap telepon Imegresen di Terminal 3 Lapangan Terbang Subang lagi pasal masa urusan pejabat imegresen tu. Hasilnya, tukang jawab telefon pun kata, yang buka ofis hari tu untuk urusan imegresen adalah di Shah Alam & Damansara.. haa.. apa dah jadi...

Hu Hu Hu...

Saturday, September 04, 2010

Apa aku pilih... ??

Sepanjang hidup aku ni, banyak barang MLM datang depan mata aku, semuanya masa aku duk dalam Universitu. Omegatrend, Unilever (ada jugak tapi aku tak tahu benda MLM ni wujud atau tak), dan beberapa lagi MLM yang aku dah lupa namanya. Kebanyakannya aku masuk dengar taklimat dan jarang aku nak active.

Lepas tu masa aku kerja, aku di datangi kawan yang perkenalkan HPA. Aku daftar tapi aku tak aktif. Barang-barang HPA aku akui memang bagus, tapi masa tu yang paling terkenal produknya, Kopi Radix. Aduii.. memang ramai suka kopi ni, tapi aku ni jenis sejak azali pening kalau biasakan diri dengan kopi ni. Lastly aku balik kepada 'produk' kesukaan aku tapi bukannya MLM, iaitu jus buah macam twister, dan Peel Fresh. Produk ni berkhasiat tapi aku kadang-kadang terfikir, kalau ada benefit bagus jugak ni.

Dipendekkan cerita, pada pandangan aku, lepas aku belek2 produk hpa dan yang terbaru Monavie. Aku akan gunakan keahlian HPA aku untuk beli barang-barang seperti ayam atau makanan segera seperti RFC (Radix Fried Chicken). Dan untuk kesihatan seperti masalah gaout ke, resdung ke, dan macam2 masalah kesihatan aku akan aktif dengan Monavie.

Thursday, September 02, 2010

Nampaknya Jalanraya KL ke Kelantan tak besar-besarlah... dendam??




Tadi aku tengok VOD Buletin Utama, dapatlah tengok berita apa yang bermain di Malaysia 'Perdana' ni. Salah satu berita yang aku rasa tercabar adalah pasal berita ni, bendanya simple je, pasal tak puas hati kondisi pihak atasan (EPU & JKR) berkenaan pembaikpulihan jalan dengan Kerajaan Pahang, inilah natijahnya bila lalu jalan orang nak ke Kelantan. Pada padangan aku, mungkin MB Pahang fikir, tak ada mileage yang besar untuk teruskan projek, kalau dia fikir orang lain, mungkin dia akan gunakan politik untuk selesaikan masalah ni.

Dipendekkan cerita, mungkin lebuhraya ni akan bertukar wajah bila Pakatan Rakyat control Pahang. Tapi mungkin orang lain akan fikir, serahlah kepada BN negeri pantai timur (Kelantan), nanti akan berubah wajahlah. Bagi aku, kalau BN control Kelantan, keadaan ni akan jadi kompleks, pasal masing-masing akan dapatkan share masing-masing untuk bina jalan tu. Tol semestinya akan ada. Jangan jadi macam PLUS sudah lah.. mahal tol berbanding minyak...

:)

Wednesday, September 01, 2010

Kan best kalau ada mesin boleh balik zaman kecik2..




Seingat aku, time-time aku masih dibangku sekolah dulu, bila tengok tv (masa tu tv1, tv2, dan tv3 je), rasa releks je, semua masuk je dalam minda aku tanpa banyak soal. Tengok berita rasa ok lah tak pening-pening, sampai dalam satu tahap, segala berita aku nampak semuanya baik sebelah kerajaan pusat ni, semua puji je, takkan kerajaan maksum ? Lepas tu aku mula pening kalau tengok berita kat tv ni.

Aku rasa kalau aku tak banyak bangkang, aku mungkin jadi rakan sekuliah aku masa universiti dulu, kerja je, politik dunia takde, hanya duit je 24/7. Jadi Engineer yang materalistik je.. Huhu..

Apapun aku rindu dengan suasana puasa di kampung aku masa aku kecik-kecik dulu, main kejar-kejar masa malam tiba, main mercun beli (bukan buatan sendiri tau..) dan makan jeruk sampai aku batuk takleh keluar suara. Tapi itu dulu, ada orang tua di kampung aku yang boleh menjadi ketua. Sekarang semua takde dah, malah Ustaz yang aku segani pun dah tak ada, yang tinggal golongan muda yang tak ada pengalaman dan bebas, maksudnya takda pemantau faktor sosial dalam kampung aku. Maka adalah kejadian, kahwin free, anak lahir 'tak cukup bulan', Mat Pet dan macam-macam lagi.

Rinduuu....

Sunday, August 29, 2010

Portable Satellite Internet Provider... tak ada kat Malaysia ye...?

Pagi-pagi tadi aku dah 'merisik' provider di Malaysia yang boleh bekalkan kemudahan tu di luar negara, Telekom Malaysia (TM) dah tanya.. email balas dia, bunyi ye macam ni..

"Kepada En. Nazran,

Terima kasih diatas e-mel anda kepada TM.

Merujuk kepada e-mel anda bertarikh 28 Ogos 2010 berhubung pakej Internet secara satelit, kami memohon maaf kerana TM tidak menyediakan perkhidmatan Internet sedemikian. Sila maklum untuk merujuk dengan 'Internet Service Provider' di Mekah bagi tujuan program tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas, sila e-mel kami di help@tm.com.my. Anda juga boleh menghubungi TM di talian 100, pilih bahasa dan "Produk dan Perkhidmatan" untuk bantuan lanjut.


Yang benar,

Customer Service Support,
Telekom Malaysia.

www.tm.com.my"


OK, aku juga try TIME untuk perkara yang sama dan ini jawapannya,

"Salam Sejahtera, Encik Nazran Fahmi Nawang,

Terima kasih di atas emel yang telah kami terima pada jam 0640, Jumaat, 28 Ogos, 2010.

Kami ingin melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak En. Nazran yang berminat terhadap produk TIME. Walaubagaimanapun, dukacita kami memaklumkan bahawa pihak TIME tidak mempunyai produk “Portable Satellite Broadband”.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk & perkhidmatan TIME, sila lawati www.time.com.my.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami ditalian +603 5021 2122 atau emel ke customerservice@time.com.my .

Yang benar,

Perunding Khidmat Pelanggan
Pusat Khidmat Pelanggan TIME"


Tak cukup dengan itu, pihak 'jaring' juga aku ada contact, namun masih belum dapat apa-apa balasan dan aku kira, TM & TIME mempunyai kumpulan khidmat pelanggan yang cepat bertindak berbanding 'jaring'.. adus.

Aku masih menunggu dan mencari solution untuk membolehkan aku buat liputan diluar Malaysia, kalau sesiapa terbaca posting aku ni dan ada idea penyelesaian, tolong contact aku yee.. Terima kasih.



"

Saturday, August 28, 2010

Bukan benda pelik jika website sehebat tv3 pun kena 'malware'...




Dulu TVAntara.com pun kena, laman marhaen pun kena, dan beberapa website lain juga kena dengan benda 'malware' ni. Biasanya pelayar internet yang menggunakan 'Firefox' selalu kena dan rupa-rupanya guna 'Safari' juga akan dapat detect benda yang sama. Tapi aku percaya TV3 ada team yang hebat untuk selesaikan masalah ni, tunggu dan lihat je lah..

Thursday, August 26, 2010

MacBook Pro 13" ... lama mengidam ni

Pertama kali aku dengar dan tahu pasal macintosh (Mac) masa aku matrikulasi di PTPL (Kini MSU) tahun 2000. Masa tu semua biasa dengan Windows sahaja sampai tak tahu benda lain selain Windows. Sampai aku letak 'Macintosh' dalam diari aku, nama kumpulan aku, dan macam-macam lagi. Itu dulu, namun bila ramai bagitahu, aplikasi dia lain dari yang lain dan harganya mahal, aku biarkan sahaja impian itu sekadar impian.

Namun, bila bekerja aku pasang lagi impian tu sehinggalah aku dapat peluang 'pegang' Iphone yang juga sepupu sepapat Apple. kiranya tak ada rotan akar pun jadilah. Dan beberapa hari lalu, impian aku tercapai untuk memilikinya. Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah. :)

Namun seperti yang kita tahu, Macbook ni cara penggunaan dia lain, sampai bila dah leka dengan benda ni bila guna laptop biasa, aku merenung kejap macam mana nak guna laptop biasa. Pasal cara nak buat kerja dengan benda ni lainlah.. (pakai nanti baru korang tahu apa yang aku rasa)

Namun ada kelemahan, aku masih lagi tak Install aplikasi untuk buat kerja semacam aplikasi Microsoft Office yang ada Word, Excell dan smeua-semua tu. Nanti bila 'jumpa' murah2 aku akan install, hehe.

.......... sambung.

Sunday, August 08, 2010

Kehidupan Blogger politik & Aku...

AKU,AmirulReza & Nazran Fahmi, 3 identiti yang berbeza. AmirulReza, nama yang aku create ketika aku menjadi blogger di universiti dulu. Aku lebih minat menggunakan blogdrive.com masa tu.

Aku terpanggil untuk menulis kerana ramai blogger diluar sana mendabik dada hebat, apabila PRU-12 dulu. Semua rasa hero. Aku tahu blogger menulis kerana memang tak puas hati dengan apa yang berlaku menjelangnya PRU-12. Masa itu, Harakahdaily, Malaysiakini, Marhaen, Tranungkite menjadi medan untuk mendapatkan berita sesama penulis & blogger dan medan untuk menulis untuk tatapan umum.

Masa itu, video secara tersusun ikut etika penulisan sebenar masih tak ada lagi dalam team PAS,DAP & PKR melainkan pada masa itu TVPAS muncul. Malangnya masa itu, kewujudan media macam itu tidak berapa dipandang sangat pasal bagi blogger, mereka juga boleh buat video masuk dalam Youtube. Tapi kalau cara itu terus digunakan tanpa etika penulisan yang betul, apabila Allah takdirkan BN tumbang, adakah kita sudah bersedia ambil alih media TV di negara ini, jadi jangan sesekali pandang sebelah mata, Allah tidak suka orang yang bongkak.

Aku juga ingin nyatakan pengalaman terbaru aku di Pilihanraya Hulu Selangor tempoh hari, dengan blogger nya, laptopnya. Memang aku akui ada yang buat kerja, tapi ada juga aku tak nampak kesan. Sebulan sebelum umum pilihanraya aku ke 'base'. Sekali aku masuk aku rasa lain macam, tapi aku gagahkan juga, pasal bagi aku, menginap diluar lebih aman berbanding berkumpul di base. Aku 'kautim' dengan pengurus di base tu, minta kebenaran dan sebagainya termasuklah penggunaan internet, alih-alih dalam masa seminggu dua, blogger datang serang, 'hijack' internet. Amboi! Jadi line jem. Ini namanya cara nak rosakkan 'kaum' sendiri.

Kebanyakkan kita kurang arif apa itu 'makanan' video, ingat video ni kapasiti rendah ke ? setakat text baik pakai broadband sendiri. Banyak lagi yang aku ingin nyatakan disini namun cukuplah.Nampaknya semua pihak tak payah lagi dabik dada. Kemenangan & Kekalahan Allah yang tentukan.

Monday, July 26, 2010

Prestasi UniFi TM... whoa !!!

video


Tulah yang aku boleh bagitahu pasal prestasi dia, tak banyak sakit kepala. Plug dan buka internet tgk youtube pon tak banyak songeh, last2 sampai aku tak tahu lagi apa yang nak di access dengan internet.

Downloading, uploading... semuanya boleh tahan. Tapi.. ada tapimya juga, pasal wireless, kadang2 pun hal jugak. Tapi bila wired, OK.

Sunday, July 11, 2010

Rupa2nya betul, email tipu... (maybank2u)

Kepada sesiapa yang tak dapat lagi mesej ni, dan tak pernah terima lagi email yg semacam maybank2u, tapi tipu2.. Sila baca.

RM0.00 M2U ALERT: BEWARE!!! Protect yourself! DO NOT click on website links contained in emails leading to Maybank2u login page. Don't be a victim. TQ.

Email aku dapat macam ni:


Dear valued customers,

Please be cautious and more aware of your surroundings when you are at the ATM. Do not respond to any attempt by strangers to interrupt your transactions.

Also we need to confirm your online banking protection to keep the validity of your TAC Receivers Phone, We introduce this to ensure the protection of your account and transactions,

Follow our link below and get protected Themes

https://www.onlinemaybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do? action=Login

Thanks for banking with us

**Email ni dari: protectionaccess@maybank2u.com.my


Jadi hati2 lah semua yang membaca mesej ni.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, July 09, 2010

Insurance punya cerita...

Aku sebelum ni subscribe dengan AIA, lama jugak la, start ketika 2008. Setakat tu ok, aku bayar sahaja, asalnya jenis PA je, pasal murah tapi tak ada simpanan, lepas tu ia membiak kepada satu lagi polisi yang call aku untuk subscribe, katanya yang tu mahal sikit dlm RM 90, tapi ada simpanan la...

Tapi itulah, kau dah ambik duit aku, lepas tu potong bulan2 tapi tak pernah bertanya khabar, Allah setakat sms pun dah OK, bukan nak sembang.

Last2 aku test, aku kurangkan duit bank yang aku biasa pakai dan letakkan dalam bank lain, akhirnya aku dapat dengar suara AIA punya orang. Kalau aku tak buat macam tu aku rasa jangan harap korang nak tanya khabar.

Aku sekarang beralih kepada islamik pulak, Takaful Ikhlas, budak yang approach aku nampak bagus setakat ni dan selalu tanya khabar, melalui SMS ataupun FB. Cukup dah tu, janji aku kenal siapa dia.

Aku beli untuk aku, medical card aku & anak aku ( yang jenis matang 23 tahun) cukup masa boleh aku ambik untuk perbelanjaan universiti Aiman.

Yanh jenis aku punya pulak, harap2 cukup masa nanti boleh aku ambil duit tu dan gunakan di tempat yang patut, untuk aset masa depan.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, July 07, 2010

Unifi bakal tiba jua kat rumah aku...

Last posting aku pasal unifi, 19 June lalu, yang aku cakap promote di Alam Sentral tu.

Tadi dia call aku, katanya nak pasang dalam masa terdekat ni. Apa pun aku tunggu benda tu tiba. Nanti...

:)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, June 20, 2010

Apa rahsia korang...??

Uihh.. susah aku nak jawap soalan ni. Ini berkaitan dengan live streaming 24 jam TVS. Hrrmm... Soalan ni ditanya salah seorang petugas semasa muktamar hari tu.

Uihh... Apa boleh dijawap, itu rahsia syarikat. Hehe. Sebenarnya itu adalah hasil R&D yang ambil masa yang agak lama. Dari sistem konvensional sampailah sekarang.

Apapun Selangor Boleh! Malaysia Boleh! Ambo buleh! Hehe. Alhamdulillah.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, June 19, 2010

Zone Tepu...

Huhhh... improve, improve.. kalau boleh aku nak jadikan 'ia' terbaik, tapi itu yang aku termampu setakat ni, last2 aku off day, legakan sikit otak aku. Nak pelahan2, boleh, tapi darah muda nak buat macam mana.

Tadi, aku ke Tasik Shah Alam, .. lepas tu pergi kejap ke Alam Sentral.Sambil nak ke The Store tingkat LG, ada la ada org promote celcom broadband, aku senyum je, pasal aku ada maxis broadband, bila broadband paham2 la ada 'cap' dia. maxis aku cap dia 3 Gb, bayangkan.

Masa balik, ada TM Unifi datang promote, aku yang dah plan dalam otak aku nak try tu terus layan.Mula2 aku tanya, ada limit downloading tak, terus dia cakap untuk sekarang ni takde limit, apa tidaknya ramai komplen tak padan limitnya 60 Gb, bagi aku dah cukup dah, tapi kalau dia buat macam streamyx alangkah baiknya, bagusss...

Promoter tu pulak tanya aku, duk kawasan mana, aku cakap Batu 3, hrmm.. terkedu nak jawap dia pasal tak activate lagi kawasan tu, tapi prasarana dia katanya dah ada, dia suruh aku isi pendaftaran dulu nanti bila dah ready dia akan call aku, baik aku isi. Hehe, aku nak tengok sampai bila prasarana tu nak ready...

I'm Waitingg....

Saturday, June 12, 2010

Power sungguh wartawan aku nii...!!!

Fuhhh... Memang power, wartawan lain duduk di meja yang disediakan di Muktamar Pas (ke-56) kat belakang, wartawan aku tak kesah semua tu, maklumlah dah ada orang cover dia, dah ada dlm 'record'. Lepas habis event 2-3 minit baru revise rakaman tu. Tak perlu pen nak catit, maklumlah berita 'media baru'.

Heeiii... Banyakkk lah attitude macam tu, aku yang dulu pernah turun buat liputan ni.. Rasa berbulu tengok cara macam ni. Lepas tu siap bagi story sejam sebelum deadline. Bukan 1 story, 5 story sekaligus. Tukang edit video ni terkial2 edit nak kejar masa. Sesiapa nak salahkan video editor, salahkan dulu diri sendiri.

Huhhh... Full stop (.)

Wednesday, June 09, 2010

Betol oghak...

Sampai2 je Kelantan, rest sampai pkl 3 ptg (pengsan lah tu), tidur atas kereta mana laa selesa. Sedar2 je, kejutkan team aku ke sekretariat media hantar gambar pasport nak buat tag media. Huh.

Tak cukup lagi tu, sempat lagi usha stesen aku nak duduk (team up dgn KelantanTV). InsyaAllah, ramai dpt tgk live muktamar kali ni, hehe. InsyaAllah.







Malam, haa... Follow ceramah pulak, Mat Sabu & Nik Amar. Bard biasa aa, kena tonik kopi baru boleh buat kerja hehe. Ok, entertainment bagus malam2 ni. Skrg aku nak landing betul2 dah ni, huhu. (sambil tunggu skrip utk di edit)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, June 06, 2010

Chemical Lab & Kerja Makmal

Yup. Aku tiba2 flashback masa aku study dulu. Aku buat ujikaji pasal kimia, boiler, thermodynamic dan macam2 lagi. Aku teringat bila aku tonton cerita ni kat TV, "Minyak Kelapa Dara".

Sebenarnya bab ujikaji, kajian ni memang seronok. Pasal banyak aku tahu. Tapi itu semua berdasarkan sukatan yang ditetapkan oleh universiti. Kalau mahu buat ujikaji sendiri, kena stadi tahap 'master' mahupun 'pHD'.

Tapi tak tahulah, bila aku tahu kajian tu tinggi macam mana pun, peringkat anugerah Geneva ke, apa ke, bila nak sambung untuk tahap industri, jarang lepas, nak dapatkan 'grant' ke, brush up lebih detail ke untuk sesuaikan peringkat industri baru la inovasi kita tu boleh diaplikasikan. Wow, kalau dapat tu, memang bangga sampai anak cucu lah.

Pasal minda aku fikir macam tu, keghairahan aku nak capai impian tu jadi tawar pulak. Inilah ceritanya. Jadi apa yang aku punya misi dah bertukar. Jadilah aku seperti sekarang ni.

:)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 02, 2010

Seketika @ Kota Bharu

Last2. Aku berpeluang juga balik ke Kelantan. Pasal event Kongres Nasional PKR @ Kelantan Trade Centre. Alhamdulillah semua berjalan lancar, walaupun memang diakui ada masalah ketika event tu ke udara. Namun semua dapat di atasi hasil 'sabar'.

Dan yang paling bermakna juga, ketika Live @ Padang Perdana, KB, sabtu lalu. Kerjasama antara Kelantan TV & TVSelangor. Memang bermakna. Sebagai kawan lama, kerjasama itu sungguh berjaya. Harap-harap akan ada event bersama satu hari nanti.

Dan selang beberapa hari SELCAT ke4 menjelang tiba. Sekali lagi team production di bawah Mr Ishak bertungkus lumus pasang barang di SUK Selangor pula.

Apapun. Memang kena waspada dengan kesihatan badan. Pelahan2 jalan yerr.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 23, 2010

Kena serang... Pulakk...

Wah wah wah... Banyaknya IP 'attemp' nak jem kan website TVSelangor ni. Besar sangat ke pengaruh TVS sampai macam tu sekali. Hrrmm..

Dalam pukul 4:15 ptg tadi, website dah mula down, ingat biasa je, jadi up kan balik. Tapi berulang-ulang pulak down nya. Pertama attack, dapat kesan dari Arkansas, USA. Lepas tu Korea pulak, last2 berulang-ulang kali datang dari 6 IP berbeza.

Ntah lah apa la faedahnya dia datang serang. Apapun pengalaman ni aku alami lagi sejak kali terakhir kena serang macam ketika era PRU-12 di TVPAS dulu lagi. Down habis.

Esok aku tunggu lagi apa yang akan jadi. Hrmmm...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, May 19, 2010

Delete jee...

Lama aku tak tulis pasal kerenah cybertroopers yang merata di alam siber ni. Dulu masa muda-muda ada jugak la aku layan, tapi bila sampai satu tahap aku fikir tak guna layan mereka ni, menghabiskan bil internet dan tenaga untuk dijanakan ke jari-jemari kita untuk menaip, menjawab apa yang diserangnya, jadi merugikan masa.

Kali ini, aku perihalkan pasal mailbox website tv yang aku cakna sekarang. Punyalah banyak email dari 'mangkuk-mangkuk' tuh, tak letih ke diaorang ni, mungkin duit bertimbun menyebabkan diaorang rajin nak merapu. Hehe.

Maaf lah ye, aku delete dengan senyuman je apa yang korang hantar. Tak kesah lah. Hehhe. Apapun terima kasihlah kerana hantar email. Meriah sikit, tak boring. Tulisan dari dulu sampai sekarang takde fakta, banyak merapu. Opps. Sorry. Be gentleman la.

Tuesday, May 18, 2010

Ok. Off hujung bulan...

Semuanya spontan. Isteri aku dapat kerja bulan ni, plan off dah semua dah termeterai bulan lepas lagi.

Jadi bila dah isteri aku kerja, semestinya aku tak boleh cuti sembarangan. Arrange punya arrange, boleh la aku off hujung bulan ni.

Satu lagi, hujung bulan ni juga, Big Senior aku akan ada majlis kawin anaknya. Waduhh... Aku rasa nak datang awal ke rumah dia. Bagi hadiah siap2. Hrmm...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, May 17, 2010

Berjalan, relakskan minda...

Ok, setelah lama kempunan nak ke Petrosains di KLCC, walaupun beberapa ketika merancang, akhirnya rancangan menjadi. Tapi, tengah2 jalan nak ke sana, isteri aku pulak terlihat signboard 'Tugu Negara', adoi apa la ada kat sana, tapi aku layan jugak, tinjau ke sana.

Tugu Negara.
Sampai juga aku kat sana, tapi sebelum tu aku cari tempat parking, semua dah di monopoli van persiaran & bas persiaran. Memang ramai pelawat asing yang datang.








Petrosains @ KLCC
Lepas tinjau dan tengok apa yang ada kat situ, kami seterusnya sambung perjalanan ke Petrosains. Banyak pelajaran yang ada dalam tu walaupun aku ni pelajar sains.













Yang paling menggamit perhatian aku adalah pasal pelantar minyak. Bukan apa, aku dulu stadi pasal benda ni, kali ni aku boleh tahu apa yang ada di pelantar, kerja diaorang dan tempat duduk diorang. Ok lah, boleh jadi pelepas aku yang pada asalnya boleh sampai ke tempat macam tu.

Lepas tu, aku ke tempat lain dalam Petrosains. Macam-macam ada. Isteri aku pun ada cuba alat yang ada kat sana. Skiing laa kononnya.






Setelah hampir 2 jam lebih dalam tu, aku ke Sentul pulak ziarah abang aku. Hehe. Oklah journey kami kali ni.

:)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 16, 2010

Alert timer semula jadi...

Aku hari ni bangun dengan time clock anak aku yang bangun lebih awal sambil bermain2 atas katil, huhu, mengamuk orang rumah aku pasal anak aku tu, tapi tak boleh salahkan dia jugak, pasal malam tadi sampai la pagi ni panas jekk, dia pun mana la boleh tidur.

Jadi aku dokong anak aku tu ke tingkat bawah yang lebih sejuk, dan 5 minit kemudian selepas aku dodoi dia, Zzzz... Tidur daaa. Dan beberapa minit kemudian azan subuh, cantikk.. Tepat pada masanya.

Nak kena beli aircon portable nampaknya bilik aku kat atas tu. Hrrmm...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, May 15, 2010

Youtube kena bayar kalau exceed sesuatu storage ekk ?


Alkisahnya, aku baru-baru ni di datangi oleh team teknikal yang mahu perdagangkan kepakaran mereka. Macam-macam mahu diperkenalkan, Digital Rapids laa, penggunaan satelit laa, macam-macam. Mula-mula sekali bila dia jumpa aku, dia tanya korang pakai 'youtube' ekk ? Hrrmm, mungkin dia ingat kami kekurangan storage dan mahu guna 'youtube' sedangkan bila semua news tu dikumpul tetap kami pakai sistem yang sedia ada.



Kenapa aku guna youtube? Pasal sebelum ni, malah sebelum2 ni lagi (masa di tempat lama) ramai yang komplen pasal tak boleh tengok video, pasal? Haa... biasanya pasal komputer mereka tak ada codec aplikasi video windows media player, pasal.. kadang-kadang kalau sektor kerajaan akan ada IP tertentu yang akan di block termasuklah website kami tu.

Jadi akan guna sistem open source macam youtube nih. Jadi kalau sukar dapat internet pun diorang tidak akan komplen pasal aplikasi tu adalah youtube. Kalau kami pulak, bila tak boleh tengok, akan dipersalahkan, walaupun internet mereka perlahan dan kadang-kadang buka pelbagai windows internet di komputer mereka, kadang-kadang ada yang tengah download movie atau tengah tengok youtube lain, tapi dalam masa yang sama buka windows video kami. Aduihh... downlink (download) kat Malaysia ni bukan besar mana pun, kalau 20 Mbps ke tak apalah download apa-apa pun dalam masa serentak.

Tapi team aku sedaya upaya akan mempertingkatkan apa yang ada. Dalam masa yang sama berdoa lah internet kat Malaysia ni satu hari nanti semua nya fiber optik, barulah laju dan resolusi video kami boleh lah kami tingkatkan. Video yang ada sekarang pun NAK ikut keadaan semasa. Nanti kalau upgrade lagi kan, internet yang low tak dapat tengok pulak. HuHuHu...

Beghee....

Haa... Inilah budak yang tengah 'beghe'.





Kesian pulak aku kat Aiman Haziq ni, maklumlah bila dah lama dengan pengasuh masa hari bekerja, masa hari minggu, inilah jadinya. Mahu duduk dekat je dengan umi abah dia.

Masa ni umi dia duk kat luar rumah kejap.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thomas dah jadi apa dahh...

Biasanya masa kecik2 dulu, bila dah maghrib arwah moyang aku akan panggil nama aku dari jendela rumah supaya aku balik rumah. Biasalah, bila kecik main bola ke badminton ke... 'tak ingat' nak balik rumah.

Tapi maghrib tadi aku standby depan TV nak tengok perlawanan badminton Piala Thomas: China vs Malaysia. Dan keputusannya, pemain Malaysia di kalahkan dengan straight set dalam 3 game berkenaan.

Ada orang kata, kalah ke menang ke dalam game ni taklah seperti zaman Piala Thomas balik ke Kuala Lumpur, tahun 1992 dulu. Semangat pemain Malaysia dah hilang? Ke mana ?

P/S: mungkin pasal Rosmah hari tu peluk Chong Wei masa
menang hari tu kot.. Nanti kalau menang, 'lemas' lagi... Gurau jekkk. ;p


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, May 14, 2010

CIMB sempoi...

Lingkungan 4 petang tadi, aku start buka akaun CIMB aku. Kategori akaun aku. 'Air Asia Savers'. Hrrmm, ingatkan aku tersilap, rupanya memang betul.

Dahla ofis dia sempoi, kerja pun sama. Ada 2 kaunter tak silap aku. Cawangan CIMB ni dekat dgn Plaza Masalam, Shah Alam. Satu blok dgn Darul Ehsan Medical Centre.

Lepas tu, dia guide aku serba sedikit pasal internet banking dia dan dalam 1 jam aku dah boleh buat bayaran bil dgn CIMBclicks. Ok la tu. Selesai 'banyak' perkara.


- Posted using BlogPress from my iPhone

CIMB Bank atau tumpu Bank Islam je...

Macam biasa, off day digunakan untuk settle kan semua urusan aku yang tak dapat diselesaikan pada hari biasa. Misi utama, nak pergi Bank Islam HQ di Shah Alam ni dan nak dia tolong nasihatkan aku macam mana nak jadikan Internet Banking Bank Islam ni friendly user.

Masalah aku sekarang nak touch internet banking Bank Islam ni susah, kalaulah makcik2 atau pakcik2 nak guna. Ya, untuk security tapi kena consider pengguna lain juga. (ambil polisi pembuatan masa study dulu2).

Nanti aku blogging atau twitting apa layanan pegawai bertugas pasal masalah aku ni. Jika tak selesai jugak, aku akan ke arah CIMB pula, buat akaun baru...




Sekarang, di TV, saluran Astro Arena 801 tgh nak mula siarkan perlawanan separuh akhir China vs Indonesia (Piala Thomas). Sekali hujan laa... Paham2 la apa yg berlaku, 'services currently not available' laa.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, May 11, 2010

Kes Aminulrashid : Cerita dari Khalid Samad

Pada[Siti Hanizah Abd Hamid] ; hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam.

Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.

Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.

Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.

Saya mengambil wudu' dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato' Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato' Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, "dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri". Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan 'stay low profile'.

Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi "seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri.."

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.

Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali's corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan.

Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas.

Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.


Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.

Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.


Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD





Friday, May 07, 2010

Apabila rasa diri dah power sangat...

Apa nak kisah 'mamat' tu merapu...

Sana-sini, aku asyik baca dari jauh, apa yang Kickdafella merapu. Kisah dia dengan Husam, Tok Guru Nik Aziz, semuanya. Dua tiga kali aku nak gelak. Tak perlu tanya aku, tanya lah pekerja-pekerja PAS di luar sana, mereka tahu. Dalam benda ni, aku tak perlu ulas panjang, tanyalah pasukan Harakahdaily sekarang, mereka lebih arif dan tahu cerita sebenar. Aku sekarang sehingga takat mana 'mamat' tu boleh membebel.

Apabila rapat sangat dengan pimpinan, inilah jadinya, semua dalam kain pun tahu. Tapi tak selidik disebaliknya. Bila dah tiada apa-apa, mula cerita apa sahaja yang dia ingat untuk tundukan musuhnya.

Ini pengajaran untuk semua, bagus perkara macam ni berlaku sekarang, silap kalau berlaku dekat dengan pilihanraya, mungkin hari-hari sidang media akan difokus untuk layan cerita mamat tu sahaja, bazirkan begitu sahaja.

Kah Kah Kah... lihat diri sebelum meludah, nanti terludah muka sendiri.

Thursday, May 06, 2010

Masa lalu....

Susahnyaa nak posting...

Kali ni aku taip posting guna cara 'old-school', guna laman blogger.com. Sebenarnya banyak proses yang kita kena buat sebelum boleh taip posting kita hari-hari. Kena buka laptop, kena 'On' kan button dia, tunggu komputer 'stabil' dulu, kalau komputer yang jenis ada macam-macam aplikasi, kena tunggu Yahoo Mesengger pop-up dulu la, kena tunggu reminder keluar dulu laa.. Ingat pulak masa aku mula-mula kenal kemputer dan internet ni di Universiti (Sains Malaysia) dulu. Macam-macam aku rasa dengan dekstop aku yang banyak berjasa dengan aku tu.Lepas tu kena taip www.blogger.com dan login masuk, barulah boleh taip posting.

Pasal benda-benda macam ni lah, orang lebih senang dengan FB atau Twitter.Pasal sekarang benda-benda tu dah boleh connect dengan SMS sahaja, simple jer tapi boleh sampaikan maklumat dengan pantas. Kalau yang jenis smartphone tu faham-faham la, lagi simple boleh access web time-time tu jugak.

Pasal masa lalu..

Ok, sekarang berbalik kepada niat asal aku nak posting hari ni. Episod kali ini, 'Masa Lalu...'. Dulu masa mula-mula kerja seronok betul, pasal banyak benda baru yang aku belajar, yang jauh dari bidang asal aku. Team kerja pulak masa tu bagus, sungguh bersemangat buat kerja dan memang niat untuk sebarkan untuk pengetahuan umat di Malaysia dengan cepat dan pantas. Seronok betul. Masalahnya pulak takda pulak kerjasama 'politik' antara agensi untuk memantapkan gerak kerja ke arah tujuannya. Banyak politik dan akhirnya aku buat keputusan untuk pergi, bukan berundur tapi mencari tempat untuk aku terus berbakti tanpa mendengar 'pertengkaran' antara agensi. Aku rasa sampai sekarang fenomena itu masih berterusan.

Tapi aku juga akui, bukan semua orang ada semangat untuk berpadu secara 'Big Team' dengan mengenepikan 'amalan politik' masing-masing. Dan beberapa hari lalu, aku dapat panggilan yang tidak disangka-sangka oleh 'orang besar' yang pernah aku kenal dan bekerja bersama dulu. Ada yang call pasal nak pastikan siapa gerangan 'nama' di dalam handsetnya pasal mungkin dia dah lama tak mendengarnya. Apapun terima kasih kerana masih ingat. :)

Esok, aku off, total off aku 2 hari kali ni, jadi aku ambil kesempatan tonton bola di ESPN, ManCity Vs Totenham. Sesaje bukan minat pun diorang ni. Oklah... tidur dululah... Bye..

Tuesday, May 04, 2010

GMC... lama aku tak dengar...

Setelah lama nama tu dingin dan longlai begitu saja, perkataan... 'GMC' berkumandang sekali lagi.

Bukan kerana gahnya nama tu, tetapi kerana kokokkan Kickdafella, yang juga orang yang mewujudkan syarikat itu kononnya untuk Kerajaan Kelantan.

Sebelum aku nak ulas panjang aku nak juga dengar & baca pengakuannya mengenai sejauh mana jauh jasanya kepada kerajaan Kelantan.

Adakah kerana usahanya (yang dibayar) untuk buat live event di Kelantan?

Adakah kerana hebatnya GMC dapat projek untuk buat siaran langsung di DUN Pulau Pinang, Perak, Kelantan & Selangor dengan mendapat upah ribuan ringgit, bermakna GMC sudah berjasa besar?

Cuba tanya pihak Kelantan TV, apa bebelan mereka apabila GMC ambil alih peranan mereka?

Banyak lagi pihak yang berperanan untuk memartabatkan Kerajaan Kelantan untuk pilihanraya ke-12, beberapa tahun lalu.

Sedarlah jentera PAS cukup berpengalaman.....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 29, 2010

Releks japp....

Ramai betul pulak staff di department aku hari ni,semua tak cuti, suruh cuti pun nak kerja jugak, cari masa sesuai katanya. Tak kesah lah janji kerja in-perform. Kalau diikutkan, salah seorang kena cuti untuk naikkan performance.

2 budak praktikal pun boleh tahan dan diharap, semua buat kerja dan tahu buat kerja. Bagus, syukur ke hadrat Ilahi.

Hari ni jugak isteri aku dah diberitahu dapat kerja di kawasan ofis aku jugak. Jadi kena la cari orang untuk mengasuh anak aku tu.

Apa lagi aku nak bebel yee... Nantilahh aku bebelkan lagi, time bukak blogpress ni byk idea, bila dah tulis, lari pulak dia.. Ok byee..


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, April 18, 2010

Bila ngantuk tulis blog...

Pilihanraya kecil p94 Hulu Selangor, dah betul2 masuk mode serius punya kempen. Bagi team TVS, kameraman, reporter, kru produksi pun ditambah kekuatan dari HQ untuk mantapkan lagi team, InsyaAllah.

Serangan BN pun aku dah agak bila mana Zaid di isytihar calon di Hulu Selangor. Pasal masa dalam BN apa yang diserang dalam BN adalah rutin harian
mereka.

Apapun apa yang diserang kpd peribadi Zaid adalah contengan arang ke muka BN sendiri.

:)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 15, 2010

Balik Markas... Hulu Selangor

Sampai kat sini je dah rasa mengantuk balik, aku pun tak tahu. Mungkin kena berjalan menikmati suasana berkempen untuk Pilihanraya P94 Hulu Selangor ni baru rasa sedap kot.

Nak dijadikan cerita, aku hari ni teruskan tuntutan aku dengan Telekom Malaysia yang berjanji mahu pasang streamyx di kawasan kerja aku. Punyalah liat, apply mula 5.4.2010 sampai sekarang masih tak dapat, bukan itu sahaja, aku yang mahu streamyx ni dah jadi macam bola. Mungkin dia tak nak layan aku yang berkerajaankan Selangor yang Pakatan Rakyat kot...

Aku apply line tu untuk sebulan sahaja, takkan aku nak tunggu sampai keluar keputusan pilihanraya P94 ni baru nak pasang kot. Duit dah habis beratus dah untuk pasang barang TM ni.

Call talian 100, untuk bantuan pun sudah, ada ke patut permohonan aku masih tak ada dalam database, setelah hampir 2 minggu permohonan masih tak ada dalam database lagi ? Nak kata pakai surat untuk inform HQ TMCorp rasanya semua dah email, malah staff TM Point KKB email depan-depan aku dan kawan aku.

Apapun aku yg geram sudah mintak pertolongan SU Agong Fomca, Md Shaarani utk war-warkan masalah ini di pihak atasan TM. Lega aku, namun TM semalam janji untuk pasang jumaat ini.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, March 27, 2010

Wahh... Popularnya diaa....

Popular rupanya Zulfaqar ni... Task Force 13. Huhuhu... Nama kumpulan macam ganahh jee. Sekarang dia adalah keluarga Harakahdaily, yang pada asalnya adalah dari keluarga tvpas.com atau lebih tepat lagi, Produser Tvpas.com.

Itu jawatan yang aku tahu sebelum aku meninggalkan tvpas.com. Orang yang dilerkenalkan (rasanya lahh) oleh Nazri Abdullah.

Lama aku tak bercerita mengenai keluarga asal tvpas ni. Benarkan 'dia' adalah 'something' dalam Pas ? Kali terakhir aku jumpa dia adalah ketika di parlimen tempoh hari, bersama seorang lagi wartawan Harakahdaily yang juga asalnya dari tvpas.com, Hazayani Zakaria.

Bagi aku memang ada beza, seorang buka blog untuk update berita dan seorang lagi tulis berita dalam email untuk dihantar ke editor harakahdaily....

Hrrmmm....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, March 21, 2010

Letihh....???

Nak merapu... Bukan cara kita, bukan apa, segala kejadian adalah ujian yang diturunkan oleh Allah kepada kita.

Begitulah juga dalam pekerjaan. Setiap kerja ada ilmunya, jadi kena belajar dari gurunya. Selain ilmu, pengalaman juga banyak hikmahnya. Kepayahan dan rintangan itulah sumber datangnya pengalaman kepada kita.

Dalam silat umpamanya, ada jurusan yang diajar oleh gurunya kepada anak buahnya, yang membezakan keduanya adalah pengalamannya.

Bagi aku pula, aku biasanya akan ajar sesiapa sahaja yang berminat dengan apa yang aku ada dari A-Z. Troubleshootingnya pula kalau aku tahu aku akan bagi guideline dia juga. Namun apapun dalam pekerjaan, uji dulu sesuatu gerak sebelum kita teruskan.... Atas individu tu sendirilah antara rajin atau tidak untuk melakukannya.

Tak ada checking, maka apa yang berlaku di ground, susah untuk diatasi. Kadang2 perlu balik ke ofis utk tukar barang. Standard lah tu....

Susah atau payah terletak di dirinya sendiri...


Apapun bagi Aku yang dah mula menjengah umur 30-an ni, cukuplah..... Cukuplahh....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 17, 2010

Apa itu D. R...

Mula aku kenal 3 tahun dulu rasanya, masa tu, Wan Jo yang perkenalkan aku dgn dunia parlimen ni. Masa tu, ingat lagi, tempay Wan Jo buat rakaman di bilik Presiden PAS sekarang. Masa tu MP Pas seingat aku, sikit sangat, dalam 6 org rasanya. Ketua Pembangkang masa tu Lim KIt Siang. DS Wan Azizah datang ke tingkat tu bila perlu je pasal dia sorang je PKR.

Zaman kini dah berubah. PKR dah bertambah, PAS masih 'wing' sama, tak berubah. Sekarang ada pulak blok Bebas, memang MP tak tahu malu, MP yg keluar seingat aku tak aktif sangat pun.

Aku datang macam dulu lagi, seronok tgk masa dan keadaan berubah di 'wing' tu.

:)




- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, March 14, 2010

Heeiii... org yang berselimut...

Selimut... kotak tisu... remote TV... air nescafe suam...

Ya Allah... moga aku kebah dari demam/selesema ni...

Amin...

Demam kee selsema nih..??

Aku pun tak tahu apa keadaan aku sekarang, panadol dah jalan dah... Dari pil sampai ke soluble aku dah rasa dah...

Degil sikit demam kali ni, tak macam biasa. Aku rest awal jugak laa hari nih...

Wassalam...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, March 13, 2010

Sekali bah... Semua naik gelabah..

Iklim pejabat aku berubah beberapa hari yang lalu, ada dipindahkan ke unit lain ada yg dinaikkan pangkat, terbaru dapat tempat baru di pejabat baru. Makin besar pejabat ni siap ada cawangan lagi.

Tapi, sedar tak sedar masih ada lagi yang masih menyesuaikan diri, biasalah bila pejabat besar... Bagi aku, fikir tujuan asal kita kerja... Pasti anda akan jumpa jawapannya.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Apa ada pada kita...???

Bayangkan kalau kita diserang dari semua sudut, segala penjelasan tidak dipeduli, maka perlulah kita masa ni diam. Bukan takut tapi ingat Allah banyak-banyak.

Adakalanya tak perlu kita terus melatah, tapi dengar dan cuba baiki kalau kita lakukan kesilapan. Yang pasti segala teguran dari musuh atau kawan semuanya untuk muhasabah diri kita supaya perbaiki diri.

Banyak yang berlaku pada diri dan minda aku sejak kebelakangan ini, begitu juga kawan-kawan aku. Tapi ingatlah "Allah sentiasa bersama kita" jika kita adalah orang yang benar.