Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Saturday, July 25, 2015

Tawarnya PAS masakini - 2 (Friendly Fire)

Sekarang ni, pihak yang kalah dalam pemilihan Muktamar PAS di Kuala Selangor, baru-baru ni telah membentuk entiti baru iaitu Gerakan Harapan Baru (GHB). Apabila terbentuknya entiti ni, maka bermulalah tembak menembak yang dulunya satu jemaah tanpa henti, sehnggalah ketika artikel ini ditulis.

Di mana untungnya gerakan itu ?

Baik. Setelah kalah, sudah pasti kumpulan ini masih mahu berjuang, tapi di mana ? Dahulu bila kalah tidak nampak havoc sangat kerana hanya melibatkan perseorangan sahaja, sekarang sudah berkumpulan ! Saya rasa kerana inilah entiti ini dibentuk, pasal ada team.

Pendek kata, hasil dari muktamar yang baru lalu, menampakkan PAS mahu berada di posisi sebagaimana PAS ketika sebuah badan yang tertumpu kepada batang tubuh PAS sahaja, yang hanya hiraukan kata pimpinan atasan parti sahaja tanpa mengambil pusing pendirian rakan pembangkang yang lain.

Adakah PAS sekarang ini menyesal kerana terlalu memberi role bebas kepada pimpinannya rapat dengan rakan pembangkang yang lain ?

Itulah yang saya rasa, kerana selepas sekian lama, mungkin PAS sedar apa yang diputuskan oleh pimpinan atas tidak lagi mengiyakan 100% tetapi ada cakap-cakap dan pandangan sendiri dan banyak yang mahu seragamkan dengan rakan pembangkang yang lain.

Suasana yang ada sekarang dalam PAS tidak ubah seperti masa PAS tanpa wujudnya tali Pakatan Rakyat. Namun tidak mustahil kalau jika pilihanraya akan datang, apabila bertanding mahu berunding pembahagian kerusi seperti biasa.

Friendly Fire GHB - PAS

Inilah yang merugikan sekarang ni, macam budak-budak. Sekarang ni, zaman tengah meleset dengan ekonomi, saya rasa golongan muda sudah tak ambil kisah pasal gaduh-gaduh antara dalaman parti ni, apa yang sedang fokus adalah untuk meruntuhkan BN dan melegakan kembali kos sara hidup yang sedang dialami.

Jangan buatkan golongan ini bosan sudah lah. Walau apa yang berlaku, saya berpendirian tidak setuju dengan pertengkaran kebudak budakan ini, hentikanlah dan fokus nak jatuhkan BN dan melegakan kemelesetan ekonomi ni.


Monday, February 09, 2015

Tawarnya PAS Masakini - 1

Bismillahirrahmanirrahim....

Apa yang nak aku tulis ini adalah luahan dari persepsi aku semata-mata dan rasanya jika mahu bersetuju supaya tidak bersetuju dengan penulisan ini, aku tidak akan ambil hati. Pada mulanya aku ingatkan selepas pemilihan kepimpinan terbaru PAS, maka susur galur agenda untuk rakyat tersusun rapi, tapi sangkaan aku meleset.

Dulu aku ingatkan debu yang ada dalam PAS akan pergi begitu sahaja, tapi debu-debu itu melekat dan terus menebal sehinggakan gear yang lancar dahulunya makin bergerigi dan kemungkinan gear itu akan 'jem'.

Baru-baru ini, secara tak sedar aku bergerak menyelusuri suara rakyat atas pagar dan rakyat yang sudah lama terdedah dengan gerakan PAS, rata-ratanya respon yang aku dapati, makin ramai yang sudah 'tawar' dan tidak mahu mengambil kisah sangat dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan PAS.

Disudut media PAS pula, semangat juang penulis makin lama makin menunjukkan keletihan dan tidak tahu 'gerakan' yang harus disusun. Ke kiri salah, ke kanan pun salah. Apa sebenarnya yang terjadi sebenarnya ? 

Adakah tiada lagi haluan untuk ke hadapan, atau sudah mula munculnya bibit ego dalam diri ? Maka tidak hairanlah bila ada kelompok yang membuat kumpulan sendiri dan keadaan ini membuatkan persepsi negatif rakyat yang menyokong PAS makin menebal. 

Dahulunya, perbezaan pendapat boleh dilurutkan menjadi selari apabila ketua yang berpengaruh mengeluarkan suara, tapi sekarang aku nampak suara itu tidak ada lagi dalam kempimpinan yang ada sekarang. Ya, label melabel makin hari makin berani tapi sampai bila mahu sebegini....

.. bersambung

Sunday, September 19, 2010

Bila Kelantan Naik Minyak..!!!

"Doa adalah senjata ampuh orang mukmin."

Yup, itu adalah semestinya dan doa oarang yang dizalimi jangan dipandang rendah. Sampai bila kerajaan pusat nak bongkak itu dia punya pasal, hidup mati bukan dia empunya. (Mati kangg.. ada pilihanraya pulak). Apapun, isu ni dah dimainkan sampai peringkat dunia dah. Al-Jazeera pun dah pick-up isu ni. Maka makin 'merudum'-lah FDI Malaysia kan..?? Itu Mukhriz cakap la.

Ni petikan video yang telah dimainkan di Al-Jazeera.

Thursday, September 02, 2010

Nampaknya Jalanraya KL ke Kelantan tak besar-besarlah... dendam??




Tadi aku tengok VOD Buletin Utama, dapatlah tengok berita apa yang bermain di Malaysia 'Perdana' ni. Salah satu berita yang aku rasa tercabar adalah pasal berita ni, bendanya simple je, pasal tak puas hati kondisi pihak atasan (EPU & JKR) berkenaan pembaikpulihan jalan dengan Kerajaan Pahang, inilah natijahnya bila lalu jalan orang nak ke Kelantan. Pada padangan aku, mungkin MB Pahang fikir, tak ada mileage yang besar untuk teruskan projek, kalau dia fikir orang lain, mungkin dia akan gunakan politik untuk selesaikan masalah ni.

Dipendekkan cerita, mungkin lebuhraya ni akan bertukar wajah bila Pakatan Rakyat control Pahang. Tapi mungkin orang lain akan fikir, serahlah kepada BN negeri pantai timur (Kelantan), nanti akan berubah wajahlah. Bagi aku, kalau BN control Kelantan, keadaan ni akan jadi kompleks, pasal masing-masing akan dapatkan share masing-masing untuk bina jalan tu. Tol semestinya akan ada. Jangan jadi macam PLUS sudah lah.. mahal tol berbanding minyak...

:)