Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday, February 09, 2015

Tawarnya PAS Masakini - 1

Bismillahirrahmanirrahim....

Apa yang nak aku tulis ini adalah luahan dari persepsi aku semata-mata dan rasanya jika mahu bersetuju supaya tidak bersetuju dengan penulisan ini, aku tidak akan ambil hati. Pada mulanya aku ingatkan selepas pemilihan kepimpinan terbaru PAS, maka susur galur agenda untuk rakyat tersusun rapi, tapi sangkaan aku meleset.

Dulu aku ingatkan debu yang ada dalam PAS akan pergi begitu sahaja, tapi debu-debu itu melekat dan terus menebal sehinggakan gear yang lancar dahulunya makin bergerigi dan kemungkinan gear itu akan 'jem'.

Baru-baru ini, secara tak sedar aku bergerak menyelusuri suara rakyat atas pagar dan rakyat yang sudah lama terdedah dengan gerakan PAS, rata-ratanya respon yang aku dapati, makin ramai yang sudah 'tawar' dan tidak mahu mengambil kisah sangat dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan PAS.

Disudut media PAS pula, semangat juang penulis makin lama makin menunjukkan keletihan dan tidak tahu 'gerakan' yang harus disusun. Ke kiri salah, ke kanan pun salah. Apa sebenarnya yang terjadi sebenarnya ? 

Adakah tiada lagi haluan untuk ke hadapan, atau sudah mula munculnya bibit ego dalam diri ? Maka tidak hairanlah bila ada kelompok yang membuat kumpulan sendiri dan keadaan ini membuatkan persepsi negatif rakyat yang menyokong PAS makin menebal. 

Dahulunya, perbezaan pendapat boleh dilurutkan menjadi selari apabila ketua yang berpengaruh mengeluarkan suara, tapi sekarang aku nampak suara itu tidak ada lagi dalam kempimpinan yang ada sekarang. Ya, label melabel makin hari makin berani tapi sampai bila mahu sebegini....

.. bersambung

0 comments: