Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday, October 08, 2008

MEMANG ADA UNSUR LUMPUHKAN IT PAS

Saya tertarik dengan artikel Songkok Putih di tranungkite yang bertajuk "Usaha melupuhkan Jabatan IT PAS Pusat". Memang saya akui unsur luaran yang wujud untuk kerja-kerja melumpuhkan IT PAS kerana IT PAS terbukti berkesan dalam PRU-12 baru-baru ini.

Yang pasti, teknologi IT PAS kini sudah pun diikuti oleh BN untuk mendepani masa depan mereka dalam politik Malaysia sekarang ini. Namun secara peribadi saya juga ingin mengajak semua meneliti kembali sikap kita sendiri dalam 'team IT' jemaah itu sendiri.

Adakah kita bersikap terbuka ataupun rigid dengan kepompong kita sendiri ? Selama ini saya kuat memendam rasa dan hanya mampu mengerling diatas apa yang berlaku. Sebenarnya dari akar umbi team IT memang OK, boleh berkerjasama namun dari peringkat atasan dalam sesebuah team, memang ada konfliknya. IT Kelantan dengan teamnya, IT Terengganu dengan teamnya. Di Pusat pula lain pula kisahnya.

Akhirnya, team yang buat kerja diketepikan dan team yang kurang hasil dimanjakan. Inilah yang terjadi. Itulah dalam posting sebelum ini, saya cukup muak dengan 'benda' ni. Cukuplah.

Malah, akibat banyak team ini, ada yang team terasa dan tidak menyokong team lain. Kita sebenarnya untuk memartabatkan PAS dan PR bukannya mahu menonjolkan diri!

Saya kira tulisan saya ini tidak menonjol sangat kerana masih ramai tidak tahu bahawa saya sudah pindah ke blogspot, bukan blogdrive lagi. Tapi tak apalah, lagi pun misi saya untuk PRU-12 sudah tercapai dan tiba masanya saya berundur ke medium lain pula.

Monday, October 06, 2008

LEBARAN YANG MENJANJIKAN 'SINAR PENGHARAPAN'

Akhirnya Ramadhan 1429H pergi jua meninggkalkan kita dan Syawal muncul kembali, tapi kali ini ia datang dengan penuh sinar pengharapan bagi aku dan keluargaku seluruhnya. Sedar atau tidak aku menjadi 'pekerja parti' sudah 3 tahun dan aku rasanya sudah faham dan muak dengan segala manusia yang berpura-pura untuk dapatkan keduniaan. Cukuplah!

Aku sememangnya suka diam dan memerhatikan gelagat golongan ini walaupun mereka ini menganggap aku ini bawahan. Apa yang aku suka adalah senyum dan berlalu. Namun aku bukannya titik kosong. Aku sudah menyaksikan kejatuhan dan kebangkitan karekter seseorang dan aku juga faham apa yang berlaku disebalik sesuatu yang berlaku. Inilah kurniaan Allah yang aku cukup bersyukur dan ia memandu aku supaya aku terus istiqamah walau apa jua yang berlaku.

Sudah jadi lumrah manusia, hasad-dengki akan menguasai diri apabila mementingkan ego sendiri. Ini yang aku telah temui disini dan aku cuba membaiki keadaan, tapi sekarang masih tidak berubah... Malah, dek kerana mahukan diri menonjol ada hati mahu cantas tunas yang mula bercambah.

Yang pasti manusia ini aku rasa tidak kemana, kerana dunia ini bukan mak-bapak mereka yang cipta.

Selamat menempuh alam baru untuk semua. Salam Lebaran