Saya tertarik dengan artikel Songkok Putih di tranungkite yang bertajuk "Usaha melupuhkan Jabatan IT PAS Pusat". Memang saya akui unsur luaran yang wujud untuk kerja-kerja melumpuhkan IT PAS kerana IT PAS terbukti berkesan dalam PRU-12 baru-baru ini.
Yang pasti, teknologi IT PAS kini sudah pun diikuti oleh BN untuk mendepani masa depan mereka dalam politik Malaysia sekarang ini. Namun secara peribadi saya juga ingin mengajak semua meneliti kembali sikap kita sendiri dalam 'team IT' jemaah itu sendiri.
Adakah kita bersikap terbuka ataupun rigid dengan kepompong kita sendiri ? Selama ini saya kuat memendam rasa dan hanya mampu mengerling diatas apa yang berlaku. Sebenarnya dari akar umbi team IT memang OK, boleh berkerjasama namun dari peringkat atasan dalam sesebuah team, memang ada konfliknya. IT Kelantan dengan teamnya, IT Terengganu dengan teamnya. Di Pusat pula lain pula kisahnya.
Akhirnya, team yang buat kerja diketepikan dan team yang kurang hasil dimanjakan. Inilah yang terjadi. Itulah dalam posting sebelum ini, saya cukup muak dengan 'benda' ni. Cukuplah.
Malah, akibat banyak team ini, ada yang team terasa dan tidak menyokong team lain. Kita sebenarnya untuk memartabatkan PAS dan PR bukannya mahu menonjolkan diri!
Saya kira tulisan saya ini tidak menonjol sangat kerana masih ramai tidak tahu bahawa saya sudah pindah ke blogspot, bukan blogdrive lagi. Tapi tak apalah, lagi pun misi saya untuk PRU-12 sudah tercapai dan tiba masanya saya berundur ke medium lain pula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam'alaik wahai senior yang dihormati... misi PR12 sudah selesai??... erm mengapa tidak disambung untuk misi PR13??... oh org mcm akh jangan cuba sekali2 mengalah dengan mainan atasan.. kerana yang bergerak itu sebenarnya yang berada di bawah... jika bukan akh dan yang lain... siapa lagi??..
mudah2an medium lain itu juga mampu memberi sumbangan besar untuk jemaah
Post a Comment