Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday, December 29, 2011

Nak tahu Indeks Jenayah Kawasan Seksyen U5 (Mutiara Subang),.. Jom Tengok


Sebenarnya dah lama aku nak tahu indeks jenayah di kawasan aku ni, ataupun di Shah Alam secara amnya, akhirnya aku jumpa juga. Tetapi sedihnya, tak berapa nak 'update'. Berikut adalah hotspot jenayah setakat tahun 2007. Lepas tu aku cuba tengok statistik kawasan Petaling Jaya pula,.. dia update jugak tapi setakat 2009.

Ini pula kalau ikut data yang ada pada 2009 di kawasan Petaling Jaya pulak, atau lebih tepatnya Kota Damansara yang berdekatan je dengan Subang Bestari atau Mutiara Subang.
Harap-harapnya statistik dapatlah dikemaskini sebagai panduan awam untuk langkah-langkah susulan macam peringkat Rukun Tetangga ke, peringkat masjid dan surau ke, bolehlah buat jawatankuasa untuk Cakna Rakyat.

Kalau dibandingkan meningkat tu kadar jenayah, faktor utama meningkat ni aku rasa banyak kawasan dah makin berpenghuni tak macam dulu kawasan pembinaan je,..

Sunday, December 25, 2011

Angin @ Zoo Negara...

Datang lagi aku ke zoo ni, hanya untuk rehatkan minda bersama keluarga w/ isteriku (Nik Qistina), Aiman (Anak sulongku in the making) Dan Fâtín (Adik Iparku).

Sehebat angin di zoo ni, aku terus layan mindaku yang entah ke mana.. Best sekali sekala macam ni.

Friday, December 23, 2011

Rezeki Ada lagi nampaknya ... Alhamdulillah

Almaklum... MacBook aku tak hidup lepas hujan lebat beberapa yang lalu. Semalam, komputer aku tu 'hidup' balik. Sebab tak hidup, dia 'blow' bila kena jumlah air hujan yang banyak.

Inilah akibatnya bila laptop tak shutdown sebelum bergerak. Memang bateri Mac ni tahan, tapi bila dia masih hidup ketika kena air, abess..!!!

Kos 'rawatan'... Ermmm RM50. Nasib baik Ada kawan yang tahu pasal Mac dialah yang baiki, siapa ? Yazid :) kalau tak, memang kena 'makan' la bila hantar kat 'machine @ midvalley'

Syukur,... Rezeki masih murah.

Thursday, December 22, 2011

Sama tapi tak serupa...

Nasi Kerabu + Daging Bakar... pengubat rindu masakan kampung aku. Rupanya di pasar malam Kg Melayu Subang jer. Memang tak sama macam yang aku biasa rasa tapi dah cukup. Sekarang nak usha lagi makanan kelantan yang susah nak jumpa.

Isteri aku pulak, mengidam burger pulak, tapi.. Sampai-sampai je kat Rumah, dia dah tidur. Adoi.. Maklumlah dah pukul 1230 pagi. Huh..

Sambil-sambil tu, aku tonton rancangan 'Tanyalah Ustaz'. Ermmm...

Tuesday, December 20, 2011

Ikan Kembung 3 Rasa (Kecil) + Teh Ais = Simple & Sweet

Sweet.. | Banyak benda yang kena kat aku hari ni, dengan lencun kena hujan nyer masa pegi keje petang tadi, MacBook aku tak hidup lepas kena hujan teruk, dengan tak sempat makan Nasi sebelah lewat petangnya... Macam-macam lagi.

Namun, ending-nya dengan Ikan Kembung 3 rasa yang cukup kecil (harga tak sampai 6 ringgit pun) dan se-plastik Teh Ais. Bawa balik ke rumah @ Apartment Mutiara Subang dan Santap dengan hidangan Nasi yang suam-suam kuku yang tersedia di dapur.

Ditontonkan pula dengan cerita 'Engkau Laksana Bulan' cerita yang diadaptasi dari novel. Hrmmm... Memang sweet. Walau simple tapi cukup bermakna..

Kurniaan Allah... Moga rezeki hari esok lebih murah berbanding hari ni.

Sunday, December 18, 2011

Suka Anak aku dengan Show Upin & Ipin

Semalam, aku pergi ke Taman Wilayah Selayang pasal nak hadiri jemputan kahwin saudara aku. Hari tu aku sekeluarga pergi satu 'troop' bersekali dengan ayah dan ibu mertua aku lagi. Tidak ketinggalan adik beradik ipar aku, Fatin,Epi,Ayuni.

Alang-alang dah sampai kawasan KL, terus aku layan permintaan ke Muzium Negara, pasal nak tengok show Upin dan Ipin. Pastinya yang paling excited, anak aku la..

Sempat juga masuk ke pameran rumah Upin dan Ipin. Sayangnya tak boleh ambil gambar banyak sangat pasal semua bateri phone dah 'habis'.. Sempat ambil 1 Gambar je untuk Aiman Haziq.. :)

Thursday, December 15, 2011

MBSA moga efektif responnya... sesapa nak complain ..jom !!

Hari ni.... Besday aku,.. hehehe,.. tapi bukan pasal besday yang aku nak celotehkan, tapi pasal benda lain. Aku baru-baru ni ada complain pasal kawasan sekitar aku yang baru ni. Ini ada 2 status aduan aku melalui MBSA dan ini 'gambarannya' ... (Klik gambar nak tengok dgn lebih terangg..)
Aduan terbaru, adalah pasal posting aku yang terdahulu, iaitu pasal kawasan kawasan ni (Seksyen U5) banyak landskapnya tidak terurus, bila malam menjelang,.. hrrmm.. gelap gulita ditempat-tempat tertentu (ke Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5, 40150 Shah Alam)

Status hari ni..
Respon dari unit ADUAN laju setakat ni,.. sekarang dari segi tindakan pulak.. :) Rasanya kawasan-kawasan lain perlu ada sistem macam ni di mana-mana negeri Pakatan Rakyat yang lain. Macam di Kelantan ke,.. hehehe..

Wednesday, December 14, 2011

Pot..Pet..Pot ..Pet mengenai kawasan baru aku @ Pangsapuri Mutiara Subang U5

Sekitar jam 10:30pagi, aku meniti perjalanan ke Ar Rahn Bank Rakyat Kota Damansara. Tidak lain dan tidak bukan, pasal aku nak 'cash' kan apa yang ada untuk menyelesaikan baki yang belum dilangsaikan dengan 'owner' asal rumah yang aku dah beli @ Pangsapuri Mutiara Subang, Seksyen U5, Shah Alam.

Ini peta aku ke Ar Rahn Bank Rakyat tu,..
Lepas ni aku nak explore kawasan lain pula di kawasan Kota Damansara ni. Sebenarnya banyak kemudahan yang ada di kawasan ni, cuma kena rajin je,.. Uhukk.. !!!

Tapi.. ada juga tapinya, kawasan ni banyak landskapnya tidak terurus, bila malam menjelang,.. hrrmm.. gelap gulita ditempat-tempat tertentu. Nanti aku akan siarkan dalam blog aku ni. Paling kritikal kawasan menuju ke Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.

Jika dari Bandar Shah Alam, menuju ke kompleks tu ikut jalan dekat, aduii.. lampu jalannya yang tak terjaga, rumputnya, sampah tepi jalan,.. macam-macamlah. Memang tak sedap mata memandanglah.. memanglah kawasan ini dalam perancangan nak di 'upgrade' kan tapi janganlah macam tak prepare langsung untuk upgrade kemudahan asas ataupun keselesaannya.. (Mana Ahli Majlis Zon 18 ni..)

Kompleks tu sebenarnya duduk belakang je pangsapuri yang aku tinggal sekarang. Keadaan tak ubah macam keadaan awal aku berada di Taman Batu 3, Shah Alam sebelum ni. Nanti aku papar sikit demi sedikit ye.. :)

Sunday, December 11, 2011

Bertenang-tenang di Tasik Shah Alam..

Lepas rehat di Masjid Negeri, aku makan di Antan Bantura, sebelum tu, aku terserempak dgn YB Nik Amar (Exco Kerajaan Kelantan) kat masjid, sempat juga bersalam dan bertanya khabar,.. Baru aku teringat ada pelancaran Buku Negara Berkebajikan di Kompleks PKNS, patutla beliau ada kat sini.

Ok, makan pun sudah sekarang nak lihat apa yang patut di Shah Alam.

Sakit kepala... Apa nak buat ?

Sejak kebelakangan ni, aku sakit kepala je, lebih-lebih lagi sebelah kanan, masa dia berdenyut, hanya Allah sahaja yang tahu.

Minyak angin cap kapak, aku capai untuk dilumurkan sikit demi sedikit tempat aku sakit. Tapi kadang-kadang aku terfikir, adakah sakit ni datang nak bagi signal kepada aku, jangan solat mengadap jamban/bilik air, di rumah baru aku ni, aku pun rasa tak sedap jugak untuk buat macam tu, walaupun berada dalam posisi darurat. Aku ada alih posisi lain, lega la sikit sakit kepala aku.

Aku nak 'search' dalam internet salahkah aku buat macam tu. Isteri aku pun alami sakit yang sama, tapi logik sikit la pasal dia mengandung, 'bawaan budak'..

Hrrmmm.. Bersambung... 11/12/2011, 2:27ptg

Saturday, December 10, 2011

Kehidupan baru dirumah baru... @ Apartment Mutiara Subang (U5)

1/12/2011 menjadi tarikh rasmi aku sekeluarga ke rumah baru. Dulu di Taman Batu 3, Shah Alam,.. Sekarang di Mutiara Subang, Seksyen U5. Hari pertama aku memang tidak 'menggembirakan' aku dengan rumahnya yang tak bercuci, dengan saluran perpaipan yang bersumbat, setengah hari aku dan bapa mertua aku jolok saluran tersumbat tu sampai dia ok.

Tapi tak perfect sangat kerana masih lagi tersumbat, tapi tak berat mana. Mujurlah kawasan ni ada jiran yang membantu, siap suruh masuk rumah untuk tengok cara / trick yang mereka buat untuk atasi masalah tersumbat tu.

Dengan source yang ada disekeliling, aku dapat seorang contractor atasi masalah tu, juga merangkap buat renovation dapur aku.Dipendekkan cerita, mereka mula lakukan kerja pada 3/12/2011. Tapi kerja merek ni berselang seli tarikhnya kerana peraturan kawasan ni, renovation kena buat pada hari bekerja, bukan hari minggu.

Upahnya, berpatutan dan setakat ni bapa mertua aku pun suka dengan hasil kerja mereka ni. Memang boleh diharap !!! Tukangnya.. Toyyib (Indonesian) :)

Hari ni 10/12/2011 kerja pasang kayu sedang dilakukan, fasa akhir sebelum sesi pasang cermin sliding, Isnin nanti (InsyaAllah)

Masih aku mahu sesuaikan diri dengan kawasan baru ni... :)