Sejak beberapa bulan lalu, aku dapat sms dari broker-broker rumah yang offer andainya nak jual rumah. Ada ready buyer katanya. Aku dah lama tak tengok pasaran semasa rumah di kawasan aku ni, jadi nak tahu sangat apa yang berlaku, aku ke page jualan rumah seperti iproperty atau paling tidak pun mudah.my.
Ini contohnya, takpelah nombor phone broker tu tersiar pun, tapi bukan broker ni yang call yer,.. ini contoh saaja yang dikutip dari iproperty. Di mudah.my atau web yang seangkatan dengannya pun lebih kurang jer harganya.
Hasilnya aku tengok harganya Apartment Mutiara Subang, Seksyen U5 ni dah mencecah RM 200K, setahun dulu pun hampir cecah RM 160K. Kenapa mendadak sangat ni, apa sebenarnya berlaku. OK, andaian aku, jalan short-cut yang menghubungkan ke perumahan Elmina sudah pun siap dibina, begitu juga dengan projek MRT yang sudah nampak bentuknya. Projek Mahsing yang dipanggil Dsara Sentral pun dah nampak bentuknya.
Ermm,.. apa keputusan aku, semuanya kuasa Allah, dulu kawasan ini yang tak berapa ramai yang pandang sekarang dah jadi hotspot.
OK, pasal sewa pulak, kalau rujuk web ibilik.my boleh cecah RM 900 sebulan, itupun kalau ada perabut dan perkakas lain. Ermm,..
Sedar-sedar dah 3 tahun lebih aku berada di Apartment Mutiara Subang, Seksyen U5, Shah Alam ni. Bermula dengan kawasan yang 'rare', berubah kepada kawasan yang makin meriah dengan orang ramai. Dulu masa aku lihat sekeliling penempatan ni, keyakinan diri untuk tinggal agak 'sederhana'. Faktor nyaman punya pasal, aku pilih untuk menetap di kawasan ni.
Sekarang, bermacam kemudahan dah ada dikawasan ni. Satu lagi yang best kawasan ini adalah kampung yang berdekatan dengan tempat aku tinggal iaitu Kampung Paya Jaras, Kg Kubu Gajah, dan beberapa kampung lain. Kalau nak cari barang yang berkait dengan kampung, boleh cari kawasan tu dan jika pandai cari boleh yang harga murah, maklumlah 'direct supplier'.
Kampus Help University yang baru dan MRT baru tengah rancak dalam pembinaan, memang aku tak sangka kawasan ni akan berubah jadi macam ni. Kepada yang melawat blog ni dan ingin tahu pasal kawasan ni pasal rumah kediaman, eloklah cari cepat pasal kalau ikut harga rumah berbanding 3 tahun lalu, dah naik harga beberapa puluh ribu. Dengan inflasi yang dijangka naik bermula tahun depan dan seterusnya, lagi mendadaklah naik.
Spekulasi ni, bila dah bermain-main di media perdana, memang sakitlah jawabnya. Ditambah pulak dengan harga barang asas yang makin meningkat, tarif elektrik dan sebagainya yang bakal 'distrukturkan semula', hrmmm.. paham-paham ajelah.
Secara tidak dirancangnya, aku perlu menghantar kereta Myvi aku ke bengkel Perodua USJ pasal nak baiki kerosakan akibat kemalangan 31/7/2013 yang lalu, sekarang dah 7/10/2013 punyalah lama kan nak baiki, banyak cerita disebaliknya yang aku terangkan melalui posting aku yang akan datang.
Fokus aku kali ini mengenai Apps MyTeksi yang mengagumkan aku ! Aku 'risik' juga melalui PakCik Google ni siapa disebalik MyTeksi ni, maka keluarlah cerita bahawa:
MyTeksi yang dimiliki oleh Anthony Tan (gambar) cucu pengasas Tan Chong Motors iaitu keluarga ke-11 terkaya di Malaysia khabarnya mendapat sokongan penuh PEMANDU malah PM sendiri ghairah mempromosikan MyTeksi di laman Twitternya sekaligus memberikan promosi secara percuma kepada syarikat tersebut.
Menurut sumber dalaman MyTeksi sendiri, Ketua Jurutera syarikat tersebut yang bernama Fadrizul merupakan penyokong tegar 505 yang sering memburuk-burukkan UMNO termasuk DS Najib Tun Razak.
Aku secara jujurnya tak kesah samaada syarikat yang mencipta MyTeksi ni adalah cina atau melayu, yang pentingnya disini, idea yang bernas ini perlu dipuji jika ia membantu orang ramai. Aku sebenarnya sudah lama pesimis mengenai teksi ni, dan jika aku guna pun jika terdesak. Tetapi melalui apps ini aku lebih yakin dengan teksi berbanding dahulu.
Semuanya bermula macam ni, lepas aku hantar kereta aku ke bengkel di Perodua USJ, aku perlu balik rumah, bayangkan aku perlu bawa isteri, anak-anak aku. Rasanya guna bas atau LRT tak sesuai dengan orang ramai yang berasak-asak dan jarang kalau ada orang yang simpati dengan orang yang mendokong anak kecil untuk diberi tempat duduk, maka kebarangkalian aku untuk berdiri tu agak lama.
Jadi aku pun pergi ke Mydin (dekat Summit USJ) untuk cari teksi untuk balik. Maka adalah sederet geng teksi kawasan perkarangan Mydin tu. Aku pun bertanyalah kepada geng tu boleh hantar ke Subang Bestari tak ? Hrrmm.. dengan geleng kepala sambil baca surat khabar, menunjukkan tak mahu, member teksi sebelah pula bagitahu, pukul 12 tengahari mereka nak ambil anak sekolah, Wow... !!! Yang aku tak tahan ketua mereka tu tak pandang aku,.. kerekkk sehh...
Isteri aku pun bisik kat aku, cubalah Apps MyTeksi tu.. Aku dah Install awal Apps tu tapi tak pernah pakai. Jadi aku berlalu dari kawasan 'Kerekkk' tuh dan pergi ke perhentian bas. Kebetulan ada teksi berhenti turunkan penumpang, aku terus tanya kalau boleh hantar aku balik, hrrmm.. katanya tunggu penumpang. Nampaknya aku kena cuba jugak MyTeksi ni, buka Apps isi maklumat apa yang patut dan beberapa saat sahaja, aku dapat 'trace' teksi yang ada dikawasan sekitar dan dapat nama, nombor teksi yang akan ambil aku di perhentian bas tu.
Malah, MyTeksi juga emel kat aku detail mengenai Teksi yang akan pick-up aku..
Aku rasa, mana idea yang bagus baik kita gunakan, seandainya ia membantu orang ramai. Cubalah, kalau tak elok atau elok sekalipun, jom kita kongsi. Terima Kasih.
Aii bosan betul bila 'membujang sementara' ni, balik kerja makan luar, balik tidur je.
Bosan punya pasal mula la aku jalan-jalan kawasan perumahan aku ni. Terjumpa cerita yang best nak dikongsi. Ceritanya pasal 'polis yang kerek'.
Kawasan aku ni ada juga anggota polis, nak dijadikan cerita polis tu nak buat garaj sendiri tanpa pengetahuan pengurusan. Kebetulan pulak tempat parking Mr Polis ni dekat pulak dengan pejabat pengurusan.
Masa dipasang tiang tu, siap diparking kan kereta polis dekat orang buat kerja tu. Memang power betul kuasa dia yer, menjatuhkan imej polis betul la. Baru je RTM buat video propaganda polis ni baik, orang ramai yang pakai baju kuning tu jahat, huhuhu...
Berbalik kepada cerita tadi, pihak pengurusan siap bagi notis lagi supaya robohkan balik garaj yang mereka bina. Tapi yang best tu, buat tak endah je. Uihhh...
Last-last pengurusan sendiri yang robohkan. Adakah lepas ni akan ada episod Pengurusan VS Polis, ermmm entah lah, tunggu dan lihat je lah.
Alhamdulillah,.. Mesyuarat Agung Persatuan Pangsapuri Mutiara Subang, Seksyen U5, Shah Alam kali ke-6 berlangsung juga. Barulah aku faham apa yang berlaku dalam pangsapuri ni setelah aku hadirinya. Rupanya banyak benda yang berlaku dalam komuniti disini menyebabkan kawasan ini walaupun sudah lama wujud tapi tidak terurus dengan baik seperti kawasan-kawasan lain.
Apapun, usaha penduduk untuk menaikkan semula persatuan amat aku hargai kerana tanpa langkah pertama, tiada lagi sinar untuk menjamin komuniti disini terbela. Sebenarnya tiada apa yang teruk berlaku, cuma kerjasama antara penduduk nampak sangat hambar, tidak seperti kawasan lain. Bayangkan hanya sekitar 24 orang sahaja yang 'involve' untuk turun padang walaupun ada lebih 500 orang yang tinggal kawasan pangsapuri ni.
Berikut organisasi baru yang dilantik untuk penggal 2012-2013
Pengerusi: En Zaidi
Timb. Pengerusi: En Ilyas
Setiausaha: En Faizal
Naib Setiausaha: En Wan
Bendahari: En Sepini
AJK: 1) En Nordin
2) En Edi
3) En Raja
4) En Hafiz
5) En Shamsul Nizam
6) Pn Sin
7) Pn Mona
8) Pn Nor
9) Pn Ana
Tugas-tugas untuk 'reshape' balik organisasi akan digembling oleh nama-nama ni dan untuk memantapkan persatuan, adalah ahli-ahlinya sendiri kerana nama-nama ini memang ada tugas berat yang bakal menanti.
Ramai 'O-tai' yang ada tapi tak ramai yang nak turun,..huhu.. Apapun aku dah bagitahu pengerusi aku akan bantu mana yang boleh, aku nak 'commit' pun bukannya aku ada masa sangat,.. huhu...
Sebenarnya dah lama aku nak tahu indeks jenayah di kawasan aku ni, ataupun di Shah Alam secara amnya, akhirnya aku jumpa juga. Tetapi sedihnya, tak berapa nak 'update'. Berikut adalah hotspot jenayah setakat tahun 2007. Lepas tu aku cuba tengok statistik kawasan Petaling Jaya pula,.. dia update jugak tapi setakat 2009.
Ini pula kalau ikut data yang ada pada 2009 di kawasan Petaling Jaya pulak, atau lebih tepatnya Kota Damansara yang berdekatan je dengan Subang Bestari atau Mutiara Subang. Harap-harapnya statistik dapatlah dikemaskini sebagai panduan awam untuk langkah-langkah susulan macam peringkat Rukun Tetangga ke, peringkat masjid dan surau ke, bolehlah buat jawatankuasa untuk Cakna Rakyat.
Kalau dibandingkan meningkat tu kadar jenayah, faktor utama meningkat ni aku rasa banyak kawasan dah makin berpenghuni tak macam dulu kawasan pembinaan je,..
Sweet.. | Banyak benda yang kena kat aku hari ni, dengan lencun kena hujan nyer masa pegi keje petang tadi, MacBook aku tak hidup lepas kena hujan teruk, dengan tak sempat makan Nasi sebelah lewat petangnya... Macam-macam lagi.
Namun, ending-nya dengan Ikan Kembung 3 rasa yang cukup kecil (harga tak sampai 6 ringgit pun) dan se-plastik Teh Ais. Bawa balik ke rumah @ Apartment Mutiara Subang dan Santap dengan hidangan Nasi yang suam-suam kuku yang tersedia di dapur.
Ditontonkan pula dengan cerita 'Engkau Laksana Bulan' cerita yang diadaptasi dari novel. Hrmmm... Memang sweet. Walau simple tapi cukup bermakna..
Kurniaan Allah... Moga rezeki hari esok lebih murah berbanding hari ni.
Hari ni.... Besday aku,.. hehehe,.. tapi bukan pasal besday yang aku nak celotehkan, tapi pasal benda lain. Aku baru-baru ni ada complain pasal kawasan sekitar aku yang baru ni. Ini ada 2 status aduan aku melalui MBSA dan ini 'gambarannya' ... (Klik gambar nak tengok dgn lebih terangg..) Aduan terbaru, adalah pasal posting aku yang terdahulu, iaitu pasal kawasan kawasan ni (Seksyen U5) banyak landskapnya tidak terurus, bila malam menjelang,.. hrrmm.. gelap gulita ditempat-tempat tertentu (ke Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5, 40150 Shah Alam)
Status hari ni.. Respon dari unit ADUAN laju setakat ni,.. sekarang dari segi tindakan pulak.. :) Rasanya kawasan-kawasan lain perlu ada sistem macam ni di mana-mana negeri Pakatan Rakyat yang lain. Macam di Kelantan ke,.. hehehe..
Sekitar jam 10:30pagi, aku meniti perjalanan ke Ar Rahn Bank Rakyat Kota Damansara. Tidak lain dan tidak bukan, pasal aku nak 'cash' kan apa yang ada untuk menyelesaikan baki yang belum dilangsaikan dengan 'owner' asal rumah yang aku dah beli @ Pangsapuri Mutiara Subang, Seksyen U5, Shah Alam.
Ini peta aku ke Ar Rahn Bank Rakyat tu,.. Lepas ni aku nak explore kawasan lain pula di kawasan Kota Damansara ni. Sebenarnya banyak kemudahan yang ada di kawasan ni, cuma kena rajin je,.. Uhukk.. !!!
Tapi.. ada juga tapinya, kawasan ni banyak landskapnya tidak terurus, bila malam menjelang,.. hrrmm.. gelap gulita ditempat-tempat tertentu. Nanti aku akan siarkan dalam blog aku ni. Paling kritikal kawasan menuju ke Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.
Jika dari Bandar Shah Alam, menuju ke kompleks tu ikut jalan dekat, aduii.. lampu jalannya yang tak terjaga, rumputnya, sampah tepi jalan,.. macam-macamlah. Memang tak sedap mata memandanglah.. memanglah kawasan ini dalam perancangan nak di 'upgrade' kan tapi janganlah macam tak prepare langsung untuk upgrade kemudahan asas ataupun keselesaannya.. (Mana Ahli Majlis Zon 18 ni..)
Kompleks tu sebenarnya duduk belakang je pangsapuri yang aku tinggal sekarang. Keadaan tak ubah macam keadaan awal aku berada di Taman Batu 3, Shah Alam sebelum ni. Nanti aku papar sikit demi sedikit ye.. :)
1/12/2011 menjadi tarikh rasmi aku sekeluarga ke rumah baru. Dulu di Taman Batu 3, Shah Alam,.. Sekarang di Mutiara Subang, Seksyen U5. Hari pertama aku memang tidak 'menggembirakan' aku dengan rumahnya yang tak bercuci, dengan saluran perpaipan yang bersumbat, setengah hari aku dan bapa mertua aku jolok saluran tersumbat tu sampai dia ok.
Tapi tak perfect sangat kerana masih lagi tersumbat, tapi tak berat mana. Mujurlah kawasan ni ada jiran yang membantu, siap suruh masuk rumah untuk tengok cara / trick yang mereka buat untuk atasi masalah tersumbat tu.
Dengan source yang ada disekeliling, aku dapat seorang contractor atasi masalah tu, juga merangkap buat renovation dapur aku.Dipendekkan cerita, mereka mula lakukan kerja pada 3/12/2011. Tapi kerja merek ni berselang seli tarikhnya kerana peraturan kawasan ni, renovation kena buat pada hari bekerja, bukan hari minggu.
Upahnya, berpatutan dan setakat ni bapa mertua aku pun suka dengan hasil kerja mereka ni. Memang boleh diharap !!! Tukangnya.. Toyyib (Indonesian) :)
Hari ni 10/12/2011 kerja pasang kayu sedang dilakukan, fasa akhir sebelum sesi pasang cermin sliding, Isnin nanti (InsyaAllah)
Masih aku mahu sesuaikan diri dengan kawasan baru ni... :)