Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday, May 15, 2012

Mentang-mentanglah ada kuasa.. Huhh

Aii bosan betul bila 'membujang sementara' ni, balik kerja makan luar, balik tidur je.

Bosan punya pasal mula la aku jalan-jalan kawasan perumahan aku ni. Terjumpa cerita yang best nak dikongsi. Ceritanya pasal 'polis yang kerek'.

Kawasan aku ni ada juga anggota polis, nak dijadikan cerita polis tu nak buat garaj sendiri tanpa pengetahuan pengurusan. Kebetulan pulak tempat parking Mr Polis ni dekat pulak dengan pejabat pengurusan.

Masa dipasang tiang tu, siap diparking kan kereta polis dekat orang buat kerja tu. Memang power betul kuasa dia yer, menjatuhkan imej polis betul la. Baru je RTM buat video propaganda polis ni baik, orang ramai yang pakai baju kuning tu jahat, huhuhu...

Berbalik kepada cerita tadi, pihak pengurusan siap bagi notis lagi supaya robohkan balik garaj yang mereka bina. Tapi yang best tu, buat tak endah je. Uihhh...

Last-last pengurusan sendiri yang robohkan. Adakah lepas ni akan ada episod Pengurusan VS Polis, ermmm entah lah, tunggu dan lihat je lah.

0 comments: