Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, May 06, 2012

Ooo... Baru tahu (Pangsapuri Mutiara Subang, Seksyen U5)..

Alhamdulillah,.. Mesyuarat Agung Persatuan Pangsapuri Mutiara Subang, Seksyen U5, Shah Alam kali ke-6 berlangsung juga. Barulah aku faham apa yang berlaku dalam pangsapuri ni setelah aku hadirinya. Rupanya banyak benda yang berlaku dalam komuniti disini menyebabkan kawasan ini walaupun sudah lama wujud tapi tidak terurus dengan baik seperti kawasan-kawasan lain.

Apapun, usaha penduduk untuk menaikkan semula persatuan amat aku hargai kerana tanpa langkah pertama, tiada lagi sinar untuk menjamin komuniti disini terbela. Sebenarnya tiada apa yang teruk berlaku, cuma kerjasama antara penduduk nampak sangat hambar, tidak seperti kawasan lain. Bayangkan hanya sekitar 24 orang sahaja yang 'involve' untuk turun padang walaupun ada lebih 500 orang yang tinggal kawasan pangsapuri ni.

Berikut organisasi baru yang dilantik untuk penggal 2012-2013

Pengerusi: En Zaidi
Timb. Pengerusi: En Ilyas
Setiausaha: En Faizal
Naib Setiausaha: En Wan
Bendahari: En Sepini
AJK: 1) En Nordin
         2) En Edi
         3) En Raja
         4) En Hafiz
         5) En Shamsul Nizam
         6) Pn Sin
         7) Pn Mona
         8) Pn Nor
         9) Pn Ana

Tugas-tugas untuk 'reshape' balik organisasi akan digembling oleh nama-nama ni dan untuk memantapkan persatuan, adalah ahli-ahlinya sendiri kerana nama-nama ini memang ada tugas berat yang bakal menanti.

Ramai 'O-tai' yang ada tapi tak ramai yang nak turun,..huhu.. Apapun aku dah bagitahu pengerusi aku akan bantu mana yang boleh, aku nak 'commit' pun bukannya aku ada masa sangat,.. huhu...

Moga terus ke hadapan semuanya,.. Amin...



1 comments:

Malaysiaku said...

Maaf berbanyak maaf, kerana terpaksa mengundurkan diri atas perkara yang tidak dapat dielakkan