Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, December 07, 2013

Bila Bosan Melanda....

Sedar-sedar dah 3 tahun lebih aku berada di Apartment Mutiara Subang, Seksyen U5, Shah Alam ni. Bermula dengan kawasan yang 'rare', berubah kepada kawasan yang makin meriah dengan orang ramai. Dulu masa aku lihat sekeliling penempatan ni, keyakinan diri untuk tinggal agak 'sederhana'. Faktor nyaman punya pasal, aku pilih untuk menetap di kawasan ni.

Sekarang, bermacam kemudahan dah ada dikawasan ni. Satu lagi yang best kawasan ini adalah kampung yang berdekatan dengan tempat aku tinggal iaitu Kampung Paya Jaras, Kg Kubu Gajah, dan beberapa kampung lain. Kalau nak cari barang yang berkait dengan kampung, boleh cari kawasan tu dan jika pandai cari boleh yang harga murah, maklumlah 'direct supplier'.

Kampus Help University yang baru dan MRT baru tengah rancak dalam pembinaan, memang aku tak sangka kawasan ni akan berubah jadi macam ni. Kepada yang melawat blog ni dan ingin tahu pasal kawasan ni pasal rumah kediaman, eloklah cari cepat pasal kalau ikut harga rumah berbanding 3 tahun lalu, dah naik harga beberapa puluh ribu. Dengan inflasi yang dijangka naik bermula tahun depan dan seterusnya, lagi mendadaklah naik.

Spekulasi ni, bila dah bermain-main di media perdana, memang sakitlah jawabnya. Ditambah pulak dengan harga barang asas yang makin meningkat, tarif elektrik dan sebagainya yang bakal 'distrukturkan semula', hrmmm.. paham-paham ajelah.

Inilah posting aku bila dah bosan....

Monday, October 07, 2013

Keberkesanan Apps MyTeksi

Assalamualaikum,

Secara tidak dirancangnya, aku perlu menghantar kereta Myvi aku ke bengkel Perodua USJ pasal nak baiki kerosakan akibat kemalangan 31/7/2013 yang lalu, sekarang dah 7/10/2013 punyalah lama kan nak baiki, banyak cerita disebaliknya yang aku terangkan melalui posting aku yang akan datang.



Fokus aku kali ini mengenai Apps MyTeksi yang mengagumkan aku ! Aku 'risik' juga melalui PakCik Google ni siapa disebalik MyTeksi ni, maka keluarlah cerita bahawa:

MyTeksi yang dimiliki oleh Anthony Tan (gambar) cucu pengasas Tan Chong Motors iaitu keluarga ke-11 terkaya di Malaysia khabarnya mendapat sokongan penuh PEMANDU malah PM sendiri ghairah mempromosikan MyTeksi di laman Twitternya sekaligus memberikan promosi secara percuma kepada syarikat tersebut. 

Menurut sumber dalaman MyTeksi sendiri, Ketua Jurutera syarikat tersebut yang bernama Fadrizul merupakan penyokong tegar 505 yang sering memburuk-burukkan UMNO termasuk DS Najib Tun Razak.

 Aku secara jujurnya tak kesah samaada syarikat yang mencipta MyTeksi ni adalah cina atau melayu, yang pentingnya disini, idea yang bernas ini perlu dipuji jika ia membantu orang ramai. Aku sebenarnya sudah lama pesimis mengenai teksi ni, dan jika aku guna pun jika terdesak. Tetapi melalui apps ini aku lebih yakin dengan teksi berbanding dahulu.


Semuanya bermula macam ni, lepas aku hantar kereta aku ke bengkel di Perodua USJ, aku perlu balik rumah, bayangkan aku perlu bawa isteri, anak-anak aku. Rasanya guna bas atau LRT tak sesuai dengan orang ramai yang berasak-asak dan jarang kalau ada orang yang simpati dengan orang yang mendokong anak kecil untuk diberi tempat duduk, maka kebarangkalian aku untuk berdiri tu agak lama.

Jadi aku pun pergi ke Mydin (dekat Summit USJ) untuk cari teksi untuk balik. Maka adalah sederet geng teksi kawasan perkarangan Mydin tu. Aku pun bertanyalah kepada geng tu boleh hantar ke Subang Bestari tak ? Hrrmm.. dengan geleng kepala sambil baca surat khabar, menunjukkan tak mahu, member teksi sebelah pula bagitahu, pukul 12 tengahari mereka nak ambil anak sekolah, Wow... !!! Yang aku tak tahan ketua mereka tu tak pandang aku,.. kerekkk sehh...

Isteri aku pun bisik kat aku, cubalah Apps MyTeksi tu.. Aku dah Install awal Apps tu tapi tak pernah pakai. Jadi aku berlalu dari kawasan 'Kerekkk' tuh dan pergi ke perhentian bas. Kebetulan ada teksi berhenti turunkan penumpang, aku terus tanya kalau boleh hantar aku balik, hrrmm.. katanya tunggu penumpang. Nampaknya aku kena cuba jugak MyTeksi ni, buka Apps isi maklumat apa yang patut dan beberapa saat sahaja, aku dapat 'trace' teksi yang ada dikawasan sekitar dan dapat nama, nombor teksi yang akan ambil aku di perhentian bas tu.




Malah, MyTeksi juga emel kat aku detail mengenai Teksi yang akan pick-up aku..

Aku rasa, mana idea yang bagus baik kita gunakan, seandainya ia membantu orang ramai. Cubalah, kalau tak elok atau elok sekalipun, jom kita kongsi. Terima Kasih.


Saturday, March 23, 2013

Allah Buat Yang Terbaik Untuk Kita...

"Sesungguhnya Allah buat yang terbaik untuk kita".

Ungkapan yang aku pegang dan menjadi dos penenang kepada aku untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.

Tanpa disangka-sangka bapa saudara pergi meninggalkan kami. Arwah aku anggap pakcik yang sentiasa kelakar dan penghidup suasana setiap kali pertemuan keluarga, terutama bila berkumpul musim perayaan di Kg Bukit Payung, Besut.

Sebab kematian adalah stroke. Kalau dahulunya ketika aku mula-mula berkahwin dengan isteri aku, arwah yang paling sempoi tegur aku dan menjadi titik tolak kepada aku menyesuaikan diri dengan keluarga baru aku.

Aku tak sempat tatap untuk kali terakhir wajah arwah pasal aku bertolak balik dari Shah Alam - UMP (Pahang) - Terengganu - Kelantan, agak lama dan arwah dikebumikan selepas waktu Asar hari yang sama. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada pagi hari berkenaan.

Aku sempat hadiri tahlil sebelah malamnya. Untuk meringankan memori silam, sempat ke Pantai Irama, Bachok untuk merenung sejenak ketentuan Allah.

Tanpa disangka,  umur aku yang mencecah awal 30an kini kehilangan insan tersayang agak ramai. Sesungguhnya Allah tidak akan uji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu menanggungnya.

Saturday, March 16, 2013

Deringan yang ku rindui...

"Awe, bilo nok piliherayo nih?"

Hrmm, soalan yang sering ditanya oleh Arwah Mek aku melalui panggilan telefon satu ketika dahulu.

Aku yang ada serba sedikit pengetahuan menghuraikanlah serba sedikit mengikut kemungkinan yang berlaku. Dahulunya aku banyak menganalisis dan dicurahkan ke blog, tapi sejak bekerja di Shah Alam (2009), aku hanya curahkan kepada arwah sahaja.

Kebanyakannya kena, walau bukanlah sepersis mana. Sekarang, masa hampir tiba. Dengarnya 28 Mac ini. Jika arwah masih hidup dan sihat, aku percaya, arwah ketika ini sibuk untuk menghadiri ceramah yang best-best. Jika tidak pun menelefon aku untuk bertanya mengenai peristiwa yang sedang berlaku, mungkin mengenai fenomena jeneral tentera yang kini ramai bersama Pakatan Rakyat.

Apapun kini, tugasnya di dunia telah berakhir. Kita yang masih hidup ni, jalankanlah tanggungjawab demi negara kita ke arah yang lebih dinamik. Bukan sahaja di dunia, namun juga di akhirat nanti.

Friday, March 15, 2013

Kalau Aku Tahu Awal... Tak nak aku tukar

Alkisahnya... aku tergerak hati nak kemaskini penama di bil elektrik aku kepada nama aku. Walaupun aku dah pindah ke rumah baru sejak awal tahun lalu (2012), nama di bil masih lagi tidak ditukar.

Sebelum ni aku dah diterangkan oleh otai kawasan rumah aku tu, bawa dokumen S & P (Sale & Purchase) untuk ke TNB untuk proses pertukaran nama. Memang aku bawa dokumen tu, tapi prosedurnya memang 'boleh tahan'. Aku kena isi borang beserta dengan borang angkat sumpah. Siap kena 'mati stamp' lagi.

Tanpa berlengah terus aku ke pejabat pos nak beli stamp tu.

Lepas tu aku tanya kerani pejabat pos tu, "Mana nak matikan ni?" Terus dia jawap, "Pesuruhjaya sumpah di Anggerik Mall atau Kompleks PKNS".

Ironiknya, aku ke Anggerik Mall, pesuruhjaya sumpah tak ada, jadi aku pergilah ke Kompleks PKNS,  tingkat 1 - tutup (pejabat pun macam nak pindah je). Tingkat 2 - kerani tu jawap, "Maaf Encik,  kita tak buat, cuba ke Plaza Perangsang. 

Lepas tu aku patah balik ke Anggerik Mall, pun dia jawab tak boleh buat, kena ke Plaza Perangsang. Apa lagi aku merayap pula ke plaza tu, tingkat 9. Lepas sampai, pergi kaunter 4, terus 'matikan stem'. Mati jugak akhirnya.

Patah balik ke TNB, aku kena bayar cagaran RM210 dan bayaran proses RM 3. Dah la nak beli stem pun bayar RM 20.

Hrmmm, kena bayar rupanya, ingatkan tak kena, kan elektrik rumah aku ada seperti sediakala. Tertunggak pun tak ada. Letih pun dapat, duit pun terbang. Kalau aku tahu, aku biarkan je, pakai nama dulu. Ermmm...

Tuesday, March 05, 2013

Teringat pulak Kampung halaman...

Sambil aku cari makanan nak berkudapan malam ni di ofis, singgah kejap 7 Eleven bawah ofis aku ni. Sekali terpandang keropok keping ni, buatan Sri Aman, Pasir Puteh,  Kelantan.

Aku pernah cover pembuatan keropok ni beberapa tahun lalu. Teringat pulak, rumah tinggalan arwah ibu aku di Pasir Puteh. hrrmmm...

Thursday, February 14, 2013

Bila Orang Johor 'Pakar' Bercakap Mengenai Masalah Orang Kelantan



Baru-baru ni, aku balik Kelantan melalui Kampar - Cameron Highlands - Galas (Gua Musang) - Kuala Krai - Melor. Jadi aku singgah dulu di Kampar. Dijadikan cerita, ayah jiran sebelah rumah adik ipar aku tu, orang Permas Jaya, Johor.

Jadi terlanjur bercakap, pak cik tu buka la topik pasal Kelantan, pasal aku perkenalkan diri aku orang asal Kelantan. Isu yang bermain di benaknya adalah mengenai isu air di Kelantan. Wow ! Sungguh menakjubkan, orang Johor begitu ambil berat mengenai masalah orang Kelantan.

Bunyi seperti ini,
"Pak Cik nak tanya mana perginya peruntukkan beratus juta ringgit yang kerajaan persekutuan bagi kat Kelantan?"

Aku hanya tersengih dan aku uji kecekapan pak cik ni mendapat info mengenai isu itu. Hehe, merujuk kepada kepakaran beliau mendapat berita itu. Aku tidak mahu berbahas, memandangkan pak cik ini tidak didedahkan dengan informasi di hujung jari.

Kepada yang nak tahu, mengenai isu air Kelantan. Eloklah tonton sendiri video di atas. Ingin aku highlight-kan disini. Kerajaan Persekutuan, hanya meminjamkan wang sebanyak RM600 juta kepada kerajaan Kelantan (perlu bayar balik ye,..) untuk menyelesaikan masalah air. Peruntukkan RM 600 juta untuk period 15 tahun sepatutnya peruntukkan itu hanya untuk 5 tahun sahaja.

Monday, February 11, 2013

Hebat Manipulasi Keadaan di Kelantan...

Realiti tahap kesedaran penduduk yang betul-betul menetap di sini aku tidak tahu. Pasal aku merantau dan menjalani kehidupan aku di luar kelantan agak lama.

Sesekali aku pulang ke kelantan, sesekali itulah aku boleh belajar pola sebenar penduduk Kelantan.

Kali ini, aku berpeluang ke Jerteh, Besut dan Setiu. Peluang yang aku guna sambil-sambil aku memenuhi undangan majlis perkahwinan kaum kerabat aku.

Tiba-tiba aku dengar celoteh DJ Radio di satu kawasan yang hebat menyanjung tinggi pemimpin ulul albab ini dari segenap penjuru.

Celotehnya mudah, prasarana di kawasan Terengganu adalah kecekapan kerajaan negeri yang memerintah. Ini tidak lain seperti jalan raya, tempat berniaga, kemudahan asas semuanya atas usaha kerajaan negeri.

Apabila masuk kawasan Kelantan, aku 'tune' semula radio ke stesen radio kelantan. DJ radio berkenaan juga berceloteh mengenai kesenangan yang dinikmati penduduk Kelantan.  Ini termasuklah 'flyover' jalan yang sudah siap di kawasan Kota Bharu, tapi yang membuatkan aku tersengih. Itu semua berkat kerajaan persekutuan yang memberikan prasarana itu untuk rakyat. Jasa kerajaan negeri langsung tidak disentuh seperti DJ Radio kawasan Terengganu tadi.

Mungkin mereka yang berkenaan menganggap rakyat bodoh atau itu adalah proses pembodohan rakyat di luar bandar.

Wow, hebat propaganda murahan ini dicetuskan oleh kerajaan persekutuan yang memerintah.  Rata-rata memang benar, rakyat yang sekadar mendapat info satu hala, berjaya dijinakkan dengan agenda ini. Namun, generasi baru yang hidup di perantauan, bagaimana tahap kefahaman mereka. Aku kira seperti yang dianaliskan umum, faktor generasi muda inilah akan menjadi undi penentu di kawasan-kawasan sebegini.

Adakah pengundi muda ini sanggup membiarkan ibu bapa mereka terus diracun dan di perbodohkan dengan propaganda licik murahan sebegini rupa ?

Wednesday, February 06, 2013

Ofis Kawe... Test Ambik Gambar Jah.

Baru aku tahu Samsung Galaxy S3 Mini ada fungsi 'panorama'. Itu pun lepas aku tengok video YouTube Review mengenai phone ni.
Secara tidak langsung, maka betullah bahawa phone ni boleh lawan Iphone 4s dan seangkatannya dari sudut kelengkapan. Walaupun harga 1 kali ganda lebih rendah berbanding Iphone.
:-)

Sunday, January 27, 2013

Gunakan Kad Umpama Pisau,...

Salam Semua,

Entri kali ni, aku bincangkan mengenai penggunaan kad kredit. Aku tahu ada belambak posting mengenai benda ni, tapi ini adalah dari apa yang aku alami sepanjang hampir 5 bulan aku menggunakannya.

Kad yang aku pakai adalah dari AmIslamic Bank jenis AmBank CARz Card. (Nak tau term & condition boleh layari http://www.ambankgroup.com/en/Personal/Cards/CreditCards/Pages/default.aspx ). Niat aku sebenarnya tiada lain hanyalah sambil-sambil memohon untuk melabur dalam Unit Trust Hwang dbs tempoh hari. Selain itu, untuk tujuan memudahkan aku menggunakan wang untuk rawatan kanser arwah ibu aku tempoh hari, maklumlah sen yang digunakan untuk bil bukan sikit.

Pada mulanya, aku runsing jugak pasal kena bayar cukai kerajaan RM50 tu, tapi bila kawan aku yang juga orang Ambank bagitahu aku supaya guna RM350 dalam masa 2 bulan pertama (Ini untuk tahun pertama penggunaan sahaja) untuk langsaikan cukai tu, secara tak langsung meyakinkan aku pulak. Apa tidaknya, aku pakai untuk bil utility seperti Bil Unifi, Astro, Digi aku melebihi jumlah tu, jadi aku pun daftarkan Auto-Pay untuk memudahkan pembayaran bulanan. Sekarang ni, cukup masa, aku tidak perlu lagi pergi beberapa pusat untuk bayar bil-bil aku, semuanya boleh set melalui Auto-pay atau sistem AmOnline, yang boleh dibayar berkala, setiap bulan.

Beberapa bulan kemudian, pasal bil untuk arwah mak aku yang agak tinggi guna kad kredit, maka aku pun dapat hadiah berupa

Selain itu beberapa promosi yang membantu perbelanjaan aku, contoh yang paling mudah AmIslamic Bank tawarkan AmIslamic Bank Exclusive: 0% AmFlexi-Pay Plan (Promosi hingga 31 Mac 2013) - harap boleh dilanjutkan lagi,..huhuhuhu. Jadi baru-baru ni aku terpaksa tukar cermin kereta aku siap dengan tinted melalui Perodua Service Centre. Jumlah bil melebihi RM 1 Ribu, melalui plan tu bolehlah aku bayar ansuran selama 6 bulan tanpa interest.

Juga memudahkan aku re-new roadtax kereta aku (Motor Insurance and Road Tax with AutoXpress), juga ansuran selama 6 bulan, 0% interest. Agak berbaloi kalau ada kemudahan yang tepat pada masanya aku nak gunakan.

Selain kemudahan itu, kad tu jugak menawarkan diskaun 2% untuk pembelian petrol (pengguna kad yang selalu bayar full). Pendek kata, kad kredit ni umpama pisau, jika pandai guna membantu kita seharian, jika diguna untuk tujuan tak berapa elok, maka akan makan diri kemudian hari. Pesanan tu untuk memperingatkan diri aku juga.