Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Showing posts with label kenanganku. Show all posts
Showing posts with label kenanganku. Show all posts

Saturday, March 23, 2013

Allah Buat Yang Terbaik Untuk Kita...

"Sesungguhnya Allah buat yang terbaik untuk kita".

Ungkapan yang aku pegang dan menjadi dos penenang kepada aku untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.

Tanpa disangka-sangka bapa saudara pergi meninggalkan kami. Arwah aku anggap pakcik yang sentiasa kelakar dan penghidup suasana setiap kali pertemuan keluarga, terutama bila berkumpul musim perayaan di Kg Bukit Payung, Besut.

Sebab kematian adalah stroke. Kalau dahulunya ketika aku mula-mula berkahwin dengan isteri aku, arwah yang paling sempoi tegur aku dan menjadi titik tolak kepada aku menyesuaikan diri dengan keluarga baru aku.

Aku tak sempat tatap untuk kali terakhir wajah arwah pasal aku bertolak balik dari Shah Alam - UMP (Pahang) - Terengganu - Kelantan, agak lama dan arwah dikebumikan selepas waktu Asar hari yang sama. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada pagi hari berkenaan.

Aku sempat hadiri tahlil sebelah malamnya. Untuk meringankan memori silam, sempat ke Pantai Irama, Bachok untuk merenung sejenak ketentuan Allah.

Tanpa disangka,  umur aku yang mencecah awal 30an kini kehilangan insan tersayang agak ramai. Sesungguhnya Allah tidak akan uji hambanya sekiranya hambanya tidak mampu menanggungnya.

Saturday, March 16, 2013

Deringan yang ku rindui...

"Awe, bilo nok piliherayo nih?"

Hrmm, soalan yang sering ditanya oleh Arwah Mek aku melalui panggilan telefon satu ketika dahulu.

Aku yang ada serba sedikit pengetahuan menghuraikanlah serba sedikit mengikut kemungkinan yang berlaku. Dahulunya aku banyak menganalisis dan dicurahkan ke blog, tapi sejak bekerja di Shah Alam (2009), aku hanya curahkan kepada arwah sahaja.

Kebanyakannya kena, walau bukanlah sepersis mana. Sekarang, masa hampir tiba. Dengarnya 28 Mac ini. Jika arwah masih hidup dan sihat, aku percaya, arwah ketika ini sibuk untuk menghadiri ceramah yang best-best. Jika tidak pun menelefon aku untuk bertanya mengenai peristiwa yang sedang berlaku, mungkin mengenai fenomena jeneral tentera yang kini ramai bersama Pakatan Rakyat.

Apapun kini, tugasnya di dunia telah berakhir. Kita yang masih hidup ni, jalankanlah tanggungjawab demi negara kita ke arah yang lebih dinamik. Bukan sahaja di dunia, namun juga di akhirat nanti.

Tuesday, March 05, 2013

Teringat pulak Kampung halaman...

Sambil aku cari makanan nak berkudapan malam ni di ofis, singgah kejap 7 Eleven bawah ofis aku ni. Sekali terpandang keropok keping ni, buatan Sri Aman, Pasir Puteh,  Kelantan.

Aku pernah cover pembuatan keropok ni beberapa tahun lalu. Teringat pulak, rumah tinggalan arwah ibu aku di Pasir Puteh. hrrmmm...