Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, August 26, 2007

Kenapa manusia suka perkecilkan orang lain ?

Sekarang dah seminggu aku balik ke KL. Tapi rasa dah lama kat sini. Kini aku umpama menunggu bantuan dari kawan-kawanku yang lain di tempat kerja aku ni. Umpama menunggu tentera komanwel datang untuk mententeramkan Malaysia dari ancaman komunis, sewaktu negara capai kemerdekaan dulu.

Jumaat lalu, aku bersua dengan Dr Hatta (Bendahari PAS), sempat juga berseloroh dengan saya serta rakan baru saya dalam dunia media ni. Apa yang aku perlu lakukan dalam tempoh 'bertenang' ini adalah jangan melenting. Sabar!!

Nak kata berjuang, memang kena berjuang, jangan jemu, jangan putus asa. Aku suka nasihat yang diberi Dr Dzulkefly (Pengarah Penyelidikan PAS Pusat) mengenai semangat terus ke hadapan ni. 'Hidup kita ni, perlu bersama masyarakat, bantu orang, tak guna kita menyendiri akibat putus asa, itu bukan khalifah namanya.'

Fuhhh... memang jadi orang yang dikongkong kerajaan ni, penuh dengan kesabaran. Macam-macam ada. Kalau nak senang, sokong kerajaan lah, jadi kalau nak jadi penyokong kerajaan, 'TUTUP MATA, TUTUP TELINGA, HULUR TANGAN, NGANGA MULUT, KASI KERAJAAN SUAP'. Ketepikan bangsa, ketepikan nasib golongan teraniaya.

Bayangkan... sikap manusia berideologi untuk kepentingan 'perut sendiri' ni, kita yang berada di bawah ni perlu 'join' parti untuk memperbetulkan kerajaan yang tidak suka jalankan Islam dalam pentadbiran.

Sunday, August 19, 2007

Back to K.L

Akhirnya kembali lagi aku K.L. Tapi motor yang dihantar dari Kuala Terengganu sudah sampai di Seksyen 15, Shah Alam. Kenapa la Nationwide Express hanya buat pusat penghantaran di Shah Alam, buat la di K.L. mudah sikit kerja aku untuk ambil motor.



Yang pasti, Kelantan aku tinggalkan sekali lagi untuk menyambung tugasku di Kuala Lumpur. Harapanku, iklim di tempat aku bekerja kembali normal. Malah, semua pekerja mengharapkan sinar baru.

Banyak yang aku fikirkan untuk kembali. Moral of the story, seandainya kita mengalami kebuntuan dengarlah suara dari kedua-dua pihak, don't be too bias.

Satu lagi pengharapanku.....

Thursday, August 16, 2007

Apa dah jadi ni !

Sekarang aku tak tahu sama ada nak uar-uarkan kewujudan blog ini atau bagaimana, sesiapa yang jumpa blog ini di alam maya tu, aku respect lah, pasal ada yang sampai ke sini.

Aku sebenarnya baru menyelesaikan kerja aku di Terengganu, dan aku akan bertolak ke Kuala Lumpur, 18 atau 19 Ogos ini. Nampaknya, kerja aku di Kuala Lumpur bermula lagi. Namun apa yang melegakan, langkah ku kali ini tidak dibayangi oleh pengaruh yang menyusahkan aku.

Hari ini, aku tengoklah blog buah hati aku, Qistina. Hmm... nampaknya tunang aku dah mula berjinak dengan dunia alam maya ni.

Welcome to unpredictable World !

Thursday, August 09, 2007

Tulisan Sulung di Tapak baru....

Dulu aku pernah menggunakan blogspot. Kini aku kembali menggunakan domain ini. Mungkin dulu wajahku menggunakan nama samaran, tetapi kini aku mahu menggunakan nama sebenarku.



Nazran Kembali.....