Sekarang dah seminggu aku balik ke KL. Tapi rasa dah lama kat sini. Kini aku umpama menunggu bantuan dari kawan-kawanku yang lain di tempat kerja aku ni. Umpama menunggu tentera komanwel datang untuk mententeramkan Malaysia dari ancaman komunis, sewaktu negara capai kemerdekaan dulu.
Jumaat lalu, aku bersua dengan Dr Hatta (Bendahari PAS), sempat juga berseloroh dengan saya serta rakan baru saya dalam dunia media ni. Apa yang aku perlu lakukan dalam tempoh 'bertenang' ini adalah jangan melenting. Sabar!!
Nak kata berjuang, memang kena berjuang, jangan jemu, jangan putus asa. Aku suka nasihat yang diberi Dr Dzulkefly (Pengarah Penyelidikan PAS Pusat) mengenai semangat terus ke hadapan ni. 'Hidup kita ni, perlu bersama masyarakat, bantu orang, tak guna kita menyendiri akibat putus asa, itu bukan khalifah namanya.'
Fuhhh... memang jadi orang yang dikongkong kerajaan ni, penuh dengan kesabaran. Macam-macam ada. Kalau nak senang, sokong kerajaan lah, jadi kalau nak jadi penyokong kerajaan, 'TUTUP MATA, TUTUP TELINGA, HULUR TANGAN, NGANGA MULUT, KASI KERAJAAN SUAP'. Ketepikan bangsa, ketepikan nasib golongan teraniaya.
Bayangkan... sikap manusia berideologi untuk kepentingan 'perut sendiri' ni, kita yang berada di bawah ni perlu 'join' parti untuk memperbetulkan kerajaan yang tidak suka jalankan Islam dalam pentadbiran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam... apa khabar...
Post a Comment