Thursday, October 16, 2014
Buat Persiapan Dulu Sebelum Berani Ambil Kad Kredit ......
Sebelum ni pun aku tak ada 'hitam-putih' mengenai perbelanjaan aku setiap bulan, semuanya melalui agak-agak sahaja dan tulis atas 'notepad'. Itu sahaja, sebenarnya ia tak cukup, ada keperluan lagi yang perlu disediakan sebelum guna kad kredit ni.
Alhamdulillah setakat aku guna kad kredit ni iaitu pada Oktober 2012 hingga sekarang, aku masih mampu kawal apa yang perlu. Apa yang aku lakukan adalah membuat pengiraan guna 'Excel Office' setiap bulan. Macam ni (tengok bawah...)
Ini contoh perbelanjaan bulanan. Mungkin yang dah tahu lebih pasal excel ni boleh buat lebih apa yang aku buat ni. Pendek kata, bila kita isi nombornya, automatik excel akan tolong kirakan untuk kita. Bila cukup masa nak bayar, bayarlah kepada bank-bank yang berkaitan.
Benda ni boleh sentiasa update dan InsyaAllah kita akan dapat berapakah perbelanjaan kita sebenarnya. Lepas tu baru boleh tentukan nak beli barang lain guna kad kredit kita lagi kah atau sebaliknya.
Jadi, kad kredit ni kerjanya tolong auto-pay (standing instruction) kepada bil-bil yang kita ada. Kita cuma isi atau bayar ke akaun bank mengikut jumlah yang keluar di 'Agensi Pembayaran' tu. Maka dalam kes ni, kad kredit adalah wang kita yang kita ada dalam poket.
Moga perkongsiaan ni ada manfaatnya kepada semua.
:)
Saturday, March 29, 2014
Lantang Bersuara, Perlu Atau Tidak ?
Bersuara salah, tidak bersuara pun salah, akhirnya serba parah !
Hakikat ini perlu kita amati dan faham dengan lebih cermat jikalau mahu bersuara dengan lebih vokal dan lebih berintonasi. Alhamdulillah,pelajaran awal arwah ibu aku sejak aku masih kecil lagi, masih disemat hingga ke hari ini, bahawa seandainya sesuatu yang salah pada pemahaman kita, ubahlah dengan tanganmu, jika tak boleh, gunalah lidahmu, jika tak boleh juga, gunalah hati mu.
Namun, untuk aplikasi dalam kehidupan agak rumit dan perlukan strategi untuk melakukannya. Apatah lagi, jika kita masih 'junior' dalam sesuatu organisasi itu.
Dalam sesebuah organisasi itu pula, biasanya mempunyai tukang ampu, yang ampuh membodek ketuanya tanpa mengira betul atau salahnya. Akibatnya, tukang membuat kerja yang tidak mahu ambil peduli politik pejabat, akhirnya menjadi mangsa. Keadaan ini, sentiasa berlaku.
Berbalik kepada diriku. Aku yang 'malas' mengambil tahu hal ehwal politik pejabat, akhirnya merasai peritnya dipolitikkan oleh tukang ampu yang ampuh disisi ketua. Soalnya, perlukah kita menjadi pengampu seperti tukang ampu itu untuk membetulkan keadaan ? Rasanya api tak usah dilawan dengan api, takut nanti terbakar diri.
Tahniah kepada tukang ampu itu yang berjaya mempunyai pangkat untuk memijak orang dibawahnya, juga mempunyai kuasa untuk menutup pandangan ketuanya dari kepompong diluar lingkup kebiasaannya.
Dulu pernah seorang yang ku anggap sifu dalam bidang yang ku ceburi kini, meminta aku ke hadapan untuk menjadi ketua dan secara langsungnya berjinak dengan politik pejabat. Namun aku menolak, kini orang yang bukan ahlinya ke hadapan untuk memegang tanggungjawab itu.
Akibatnya, organisasi itu carcamarba dan aku merasa sekarang ini, bahawa perlu juga aku menjadi Imam sekiranya jemaah memerlukan aku disitu dan dalam masa yang sama bersedia menjadi makmum seandainya jemaah memerlukan aku berbuat demikian.
Itu peristiwa lampau sebelum aku membuat keputusan untuk berpindah tempat kerja. Sekurang kurangnya apa yang berlaku ke atas diriku sekarang ini, menyedarkan aku bahawa, tidak salah untuk ke hadapan untuk memimpin sesuatu organisasi dengan niat kerana Allah.
Maaf 'sifu'....
Monday, October 07, 2013
Keberkesanan Apps MyTeksi
Secara tidak dirancangnya, aku perlu menghantar kereta Myvi aku ke bengkel Perodua USJ pasal nak baiki kerosakan akibat kemalangan 31/7/2013 yang lalu, sekarang dah 7/10/2013 punyalah lama kan nak baiki, banyak cerita disebaliknya yang aku terangkan melalui posting aku yang akan datang.
Fokus aku kali ini mengenai Apps MyTeksi yang mengagumkan aku ! Aku 'risik' juga melalui PakCik Google ni siapa disebalik MyTeksi ni, maka keluarlah cerita bahawa:
MyTeksi yang dimiliki oleh Anthony Tan (gambar) cucu pengasas Tan Chong Motors iaitu keluarga ke-11 terkaya di Malaysia khabarnya mendapat sokongan penuh PEMANDU malah PM sendiri ghairah mempromosikan MyTeksi di laman Twitternya sekaligus memberikan promosi secara percuma kepada syarikat tersebut.
Menurut sumber dalaman MyTeksi sendiri, Ketua Jurutera syarikat tersebut yang bernama Fadrizul merupakan penyokong tegar 505 yang sering memburuk-burukkan UMNO termasuk DS Najib Tun Razak.
Aku secara jujurnya tak kesah samaada syarikat yang mencipta MyTeksi ni adalah cina atau melayu, yang pentingnya disini, idea yang bernas ini perlu dipuji jika ia membantu orang ramai. Aku sebenarnya sudah lama pesimis mengenai teksi ni, dan jika aku guna pun jika terdesak. Tetapi melalui apps ini aku lebih yakin dengan teksi berbanding dahulu.
Semuanya bermula macam ni, lepas aku hantar kereta aku ke bengkel di Perodua USJ, aku perlu balik rumah, bayangkan aku perlu bawa isteri, anak-anak aku. Rasanya guna bas atau LRT tak sesuai dengan orang ramai yang berasak-asak dan jarang kalau ada orang yang simpati dengan orang yang mendokong anak kecil untuk diberi tempat duduk, maka kebarangkalian aku untuk berdiri tu agak lama.
Jadi aku pun pergi ke Mydin (dekat Summit USJ) untuk cari teksi untuk balik. Maka adalah sederet geng teksi kawasan perkarangan Mydin tu. Aku pun bertanyalah kepada geng tu boleh hantar ke Subang Bestari tak ? Hrrmm.. dengan geleng kepala sambil baca surat khabar, menunjukkan tak mahu, member teksi sebelah pula bagitahu, pukul 12 tengahari mereka nak ambil anak sekolah, Wow... !!! Yang aku tak tahan ketua mereka tu tak pandang aku,.. kerekkk sehh...
Isteri aku pun bisik kat aku, cubalah Apps MyTeksi tu.. Aku dah Install awal Apps tu tapi tak pernah pakai. Jadi aku berlalu dari kawasan 'Kerekkk' tuh dan pergi ke perhentian bas. Kebetulan ada teksi berhenti turunkan penumpang, aku terus tanya kalau boleh hantar aku balik, hrrmm.. katanya tunggu penumpang. Nampaknya aku kena cuba jugak MyTeksi ni, buka Apps isi maklumat apa yang patut dan beberapa saat sahaja, aku dapat 'trace' teksi yang ada dikawasan sekitar dan dapat nama, nombor teksi yang akan ambil aku di perhentian bas tu.
Malah, MyTeksi juga emel kat aku detail mengenai Teksi yang akan pick-up aku..
Sunday, January 27, 2013
Gunakan Kad Umpama Pisau,...
Entri kali ni, aku bincangkan mengenai penggunaan kad kredit. Aku tahu ada belambak posting mengenai benda ni, tapi ini adalah dari apa yang aku alami sepanjang hampir 5 bulan aku menggunakannya.
Kad yang aku pakai adalah dari AmIslamic Bank jenis AmBank CARz Card. (Nak tau term & condition boleh layari http://www.ambankgroup.com/en/Personal/Cards/CreditCards/Pages/default.aspx ). Niat aku sebenarnya tiada lain hanyalah sambil-sambil memohon untuk melabur dalam Unit Trust Hwang dbs tempoh hari. Selain itu, untuk tujuan memudahkan aku menggunakan wang untuk rawatan kanser arwah ibu aku tempoh hari, maklumlah sen yang digunakan untuk bil bukan sikit.
Pada mulanya, aku runsing jugak pasal kena bayar cukai kerajaan RM50 tu, tapi bila kawan aku yang juga orang Ambank bagitahu aku supaya guna RM350 dalam masa 2 bulan pertama (Ini untuk tahun pertama penggunaan sahaja) untuk langsaikan cukai tu, secara tak langsung meyakinkan aku pulak. Apa tidaknya, aku pakai untuk bil utility seperti Bil Unifi, Astro, Digi aku melebihi jumlah tu, jadi aku pun daftarkan Auto-Pay untuk memudahkan pembayaran bulanan. Sekarang ni, cukup masa, aku tidak perlu lagi pergi beberapa pusat untuk bayar bil-bil aku, semuanya boleh set melalui Auto-pay atau sistem AmOnline, yang boleh dibayar berkala, setiap bulan.
Beberapa bulan kemudian, pasal bil untuk arwah mak aku yang agak tinggi guna kad kredit, maka aku pun dapat hadiah berupa
Selain itu beberapa promosi yang membantu perbelanjaan aku, contoh yang paling mudah AmIslamic Bank tawarkan AmIslamic Bank Exclusive: 0% AmFlexi-Pay Plan (Promosi hingga 31 Mac 2013) - harap boleh dilanjutkan lagi,..huhuhuhu. Jadi baru-baru ni aku terpaksa tukar cermin kereta aku siap dengan tinted melalui Perodua Service Centre. Jumlah bil melebihi RM 1 Ribu, melalui plan tu bolehlah aku bayar ansuran selama 6 bulan tanpa interest.
Juga memudahkan aku re-new roadtax kereta aku (Motor Insurance and Road Tax with AutoXpress), juga ansuran selama 6 bulan, 0% interest. Agak berbaloi kalau ada kemudahan yang tepat pada masanya aku nak gunakan.
Selain kemudahan itu, kad tu jugak menawarkan diskaun 2% untuk pembelian petrol (pengguna kad yang selalu bayar full). Pendek kata, kad kredit ni umpama pisau, jika pandai guna membantu kita seharian, jika diguna untuk tujuan tak berapa elok, maka akan makan diri kemudian hari. Pesanan tu untuk memperingatkan diri aku juga.
Saturday, May 19, 2012
Surah Yang Cukup Ingatkan Aku Dengan Arwah Tok Wan Aku,.. Al Fatihah
![]() |
From QALAM KEHIDUPAN |
Lam yakunillazinakafarumin ahlil kitaabbb...
Aku ingat lagi masa aku mula-mula baca ayat ni, aku taklah expert mana, Tok Wan aku yang menjadi Guru Al-Quran kampung ajar aku macam orang lain, rasanya pernah aku rotan sekali bila baca tergagap dan tak lancar-lancar, silap sebut pulak tu. Tapi aku ni cepat serik, kena sekali mulalah aku buat 'homework' macam mana nak betul dan lancarkan bacaan aku.
Cari air zam-zam la, makan kurma la, kismis la dan macam-macam lagi, lepas tu sebelum Tok Wan aku nak dengar bacaan aku, aku baca dulu ulang-ulang kali sampai aku rasa boleh 'masuk; baca depan Tok Wan aku.
Mungkin dari sinilah jadi motivasi aku belajar di sekolah tanpa putus asa, walau cikgu aku kategorikan 'golongan sederhana' dalam study. Aku pun dah hampir lupa bila Tok Wan aku meninggalkan aku, pasal aku tak mahu ingat peristiwa yang buat aku sedih, entah macam mana aku tergerak hati nak baca surah ni, memang buat aku sedih.
Al-Fatihah...
Moga Tok Wan (Man Selamah Bt Hj Yusof) tenang di sana....
Thursday, December 29, 2011
Nak tahu Indeks Jenayah Kawasan Seksyen U5 (Mutiara Subang),.. Jom Tengok
Sebenarnya dah lama aku nak tahu indeks jenayah di kawasan aku ni, ataupun di Shah Alam secara amnya, akhirnya aku jumpa juga. Tetapi sedihnya, tak berapa nak 'update'. Berikut adalah hotspot jenayah setakat tahun 2007. Lepas tu aku cuba tengok statistik kawasan Petaling Jaya pula,.. dia update jugak tapi setakat 2009.
Ini pula kalau ikut data yang ada pada 2009 di kawasan Petaling Jaya pulak, atau lebih tepatnya Kota Damansara yang berdekatan je dengan Subang Bestari atau Mutiara Subang.
Kalau dibandingkan meningkat tu kadar jenayah, faktor utama meningkat ni aku rasa banyak kawasan dah makin berpenghuni tak macam dulu kawasan pembinaan je,..
Saturday, January 29, 2011
Dasar Kuasa Mengabui Mata...!!!
Muhasabah kali ini, kita perihalkan mengenai manusia yang langsung tidak kenal lagi mengenali nilai diri sehingga sanggup menjadi hamba pangkat dan segalanya. Inilah yang kita selalu hadapi saban hari.
Dan tidak ketinggalan, aku juga turut mengalaminya. Mula-mula 'menjinakkan'orang lain, akhirnya jadikan kelebihan PR sendiri untuk kuasai segalanya, tanpa mengenali protokol dan hormat antara satu sama lain.
Elakkanlah sebelum menjadi barah yang akhirnya menodai segala amalan baik yang dilakukan sebagai hamba Allah yang bertaqwa.
Apapun berhati-hatilah daripada menjadi perkakas...
Friday, September 17, 2010
Bila Kelompok Tak Mau Keluar Dari Kepompongnya...
Pasal tak nak gaduh-gaduhlah maka aku selalu berkias dalam berkata-kata mahupun ketika menulis dimana-mana sahaja. Pasal tak ramai yang open-minded dan boleh terima kata-kata yang straight-forward. Tapi kalau ditegur, perlahan-lahan, InsyaAllah akan dengar juga. Batu yang kena titisan air pun lama-lama boleh lekuk, inikan pula hati manusia.
Sabar itu penting walaupun ia sukar ditafsirkan dengan kata-kata betapa geramnya kita, tapi... bersabarlah. Manusia sejak zaman Nabi Adam A.S lagi telah dijadikan Allah berbeza-beza, supaya kita saling berkenalan. Kita sekarang di Malaysia pun macam tu, BN 'tak ngam' dengan PR, UMNO 'tak ngam' dengan PAS. Dalam parti komponen pun macam tu juga, sama saja.
UMNO, MCA, MIC pun dah setengah abad bersama dalam BN (dulunya Perikatan), pun masih bertelagah antara satu sama lain untuk buat kerja, inikan pula Pakatan Rakyat, muda sangat. Tapi, belajarlah terbuka sikit, jangan duduk terperuk sangat dalam kepompong tu. Mana boleh tegur, tegurlah, apa salahnya.
Jadi, apa yang aku nak cakap ni, bacalah dengan hati yang terbuka;
Dulu aku pernah emailkan permintaan kepada webmaster tranungkite.net, supaya meletakkan dan menguar-uarkan link tvselangor.com. Mungkin pasal web ni nampak PKR, maka tak endah sangat, web lain yang pro-PAS letak pula link dia. Mana boleh promo tu promolah, bukan agenda nak porak perandakan PR pun, tujuannya untuk kita bersama.
Entahlah,... kalau webmaster tu tersilap pandang atau lupa tak apalah, nanti letaklah link tu nanti, ataupun 'pakai tangan-tangan ghaib' juga untuk buat keputusan. Adoi.. letih-letih...
Wednesday, September 01, 2010
Kan best kalau ada mesin boleh balik zaman kecik2..

Seingat aku, time-time aku masih dibangku sekolah dulu, bila tengok tv (masa tu tv1, tv2, dan tv3 je), rasa releks je, semua masuk je dalam minda aku tanpa banyak soal. Tengok berita rasa ok lah tak pening-pening, sampai dalam satu tahap, segala berita aku nampak semuanya baik sebelah kerajaan pusat ni, semua puji je, takkan kerajaan maksum ? Lepas tu aku mula pening kalau tengok berita kat tv ni.
Aku rasa kalau aku tak banyak bangkang, aku mungkin jadi rakan sekuliah aku masa universiti dulu, kerja je, politik dunia takde, hanya duit je 24/7. Jadi Engineer yang materalistik je.. Huhu..
Apapun aku rindu dengan suasana puasa di kampung aku masa aku kecik-kecik dulu, main kejar-kejar masa malam tiba, main mercun beli (bukan buatan sendiri tau..) dan makan jeruk sampai aku batuk takleh keluar suara. Tapi itu dulu, ada orang tua di kampung aku yang boleh menjadi ketua. Sekarang semua takde dah, malah Ustaz yang aku segani pun dah tak ada, yang tinggal golongan muda yang tak ada pengalaman dan bebas, maksudnya takda pemantau faktor sosial dalam kampung aku. Maka adalah kejadian, kahwin free, anak lahir 'tak cukup bulan', Mat Pet dan macam-macam lagi.
Rinduuu....
Sunday, August 08, 2010
Kehidupan Blogger politik & Aku...
Aku terpanggil untuk menulis kerana ramai blogger diluar sana mendabik dada hebat, apabila PRU-12 dulu. Semua rasa hero. Aku tahu blogger menulis kerana memang tak puas hati dengan apa yang berlaku menjelangnya PRU-12. Masa itu, Harakahdaily, Malaysiakini, Marhaen, Tranungkite menjadi medan untuk mendapatkan berita sesama penulis & blogger dan medan untuk menulis untuk tatapan umum.
Masa itu, video secara tersusun ikut etika penulisan sebenar masih tak ada lagi dalam team PAS,DAP & PKR melainkan pada masa itu TVPAS muncul. Malangnya masa itu, kewujudan media macam itu tidak berapa dipandang sangat pasal bagi blogger, mereka juga boleh buat video masuk dalam Youtube. Tapi kalau cara itu terus digunakan tanpa etika penulisan yang betul, apabila Allah takdirkan BN tumbang, adakah kita sudah bersedia ambil alih media TV di negara ini, jadi jangan sesekali pandang sebelah mata, Allah tidak suka orang yang bongkak.
Aku juga ingin nyatakan pengalaman terbaru aku di Pilihanraya Hulu Selangor tempoh hari, dengan blogger nya, laptopnya. Memang aku akui ada yang buat kerja, tapi ada juga aku tak nampak kesan. Sebulan sebelum umum pilihanraya aku ke 'base'. Sekali aku masuk aku rasa lain macam, tapi aku gagahkan juga, pasal bagi aku, menginap diluar lebih aman berbanding berkumpul di base. Aku 'kautim' dengan pengurus di base tu, minta kebenaran dan sebagainya termasuklah penggunaan internet, alih-alih dalam masa seminggu dua, blogger datang serang, 'hijack' internet. Amboi! Jadi line jem. Ini namanya cara nak rosakkan 'kaum' sendiri.
Kebanyakkan kita kurang arif apa itu 'makanan' video, ingat video ni kapasiti rendah ke ? setakat text baik pakai broadband sendiri. Banyak lagi yang aku ingin nyatakan disini namun cukuplah.Nampaknya semua pihak tak payah lagi dabik dada. Kemenangan & Kekalahan Allah yang tentukan.