1/12/2011 menjadi tarikh rasmi aku sekeluarga ke rumah baru. Dulu di Taman Batu 3, Shah Alam,.. Sekarang di Mutiara Subang, Seksyen U5. Hari pertama aku memang tidak 'menggembirakan' aku dengan rumahnya yang tak bercuci, dengan saluran perpaipan yang bersumbat, setengah hari aku dan bapa mertua aku jolok saluran tersumbat tu sampai dia ok.
Tapi tak perfect sangat kerana masih lagi tersumbat, tapi tak berat mana. Mujurlah kawasan ni ada jiran yang membantu, siap suruh masuk rumah untuk tengok cara / trick yang mereka buat untuk atasi masalah tersumbat tu.
Dengan source yang ada disekeliling, aku dapat seorang contractor atasi masalah tu, juga merangkap buat renovation dapur aku.Dipendekkan cerita, mereka mula lakukan kerja pada 3/12/2011. Tapi kerja merek ni berselang seli tarikhnya kerana peraturan kawasan ni, renovation kena buat pada hari bekerja, bukan hari minggu.
Upahnya, berpatutan dan setakat ni bapa mertua aku pun suka dengan hasil kerja mereka ni. Memang boleh diharap !!! Tukangnya.. Toyyib (Indonesian) :)
Hari ni 10/12/2011 kerja pasang kayu sedang dilakukan, fasa akhir sebelum sesi pasang cermin sliding, Isnin nanti (InsyaAllah)
Masih aku mahu sesuaikan diri dengan kawasan baru ni... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
As salam.. maaf saya bertanya..ok x apartment sana? sy ade survey but just dari luar jer.. dari luar nampak kurang memuaskn tapi kat dalam xtau la mcm mana.. so nak tanya pendapat anda.. saya berniat utk beli rumah di sana...
terima kasih
Salam,.. Kawasan baru tukar management,.. semua tengah upgrade,.. persekitaran pun byk kemudahan,.. Alhamdulillah,..
salam tuan tanah... boleh x teman nk mintak tolong dptkn no contact kontraktor buat dapur tu.. x lame lagi teman akan duduk kat blok 5 mutiara subang tu...
Post a Comment