Sejak 23hb OKT 2011 lalu, aku dah mula mempersoalkan diri aku sendiri,.. 'Adakah aku dah ada skim Dana Kecemasan ?'. Lepas aku fikir-fikir semula barulah perasan, Dana Kecemasan dalam bentuk 'cash' aku masih belum kuat.
Apa yang aku buat, aku mula buat Bajet bulanan aku menggunakan Microsoft Excel dan dalam masa yang sama, aku tanya 'Mr Google' untuk manage bajet bulanan aku.
Rencanakan Bajet Bulanan Guna Mr. Excel
Lepas siap 'programming' aku guna Excel ni baru aku nampak, banyak juga duit aku 'hilang' tanpa aku sedar, kebanyakkannya belanja dibawah sedar.
Contohnya, katalah aku nak bayar bil Unifi, kekadang bil dia RM161.34 sudah tentu aku jolok bank RM200, ditambah lagi katalah aku fikir masa tu nak 'back-up' duit dalam poket aku agar tak kering, pasti aku tambah lagi RM50. Apa tidaknya bukan ke bank ni nak keluar RM50 sahaja, jarang duit RM10 sekeping-sekeping.
Lepas aku bayar bil, lebih duit untuk bil Unifi dalam RM35.60, tapi dalam otak aku dah set ada RM50 untuk makan yang dah bercampur dengan duit lebihan tadi. Apabila nak beli barang atau makan, aku akan habiskan duit tu sama ada kita sedar atau tidak.
Akibat itulah, aku terfikir, kalau amalkan kad debit untuk bayar bil, belanja bawah sedar ni boleh sedikit sebanyak diatasi. Pasal sah kad tu akan potong setiap sen yang kita pakai, tak adalah 'balance' masuk poket, semua masih lagi dalam bank kita.
Selain itu, satu lagi caranya adalah menggunakan kad kredit. Cara ni digalakkan kepada manusia yang berumur 30 tahun dan mempunyai disiplin yang tinggi, malah untuk diri aku pun aku cukup beringat supaya aku tak terpesong jauh. Bila guna kad kredit, ia boleh guna sistem 'Auto-pay' untuk bil-bil kita seperti Unifi, TNB, Astro dan bil-bil asasi yang lain. Bila cukup bulan bil kad kredit akan keluar dan kita akan bayar semuanya di bank kad kredit berkenaan. Tambahan lagi, kad kredit juga potong setiap sen belanja bil kita, tanpa bakinya masuk dalam poket.
Guna sistem sampul untuk setiap perbelanjaan.
Sistem ni, kita akan sediakan sampul untuk isi wang mengikut apa yang dibajetkan. Macam sampul untuk Bil, Makan, Insuran Takaful, dan lain-lain. Lepas kira berapa jumlah duit yang perlu kita keluarkan untuk bulan berkenaan, barulah kita asing mengikut sampul-sampul yang telah dilabelkan.
Seterusnya, tentukan bank yang kita guna untuk khususkan duit yang kita nak guna berdasarkan tujuan yang telah kita tetapkan. Contoh;
1. Standard Chartered - Duit Simpanan
2. Maybank - Duit belanja dapur
3. CIMB - Duit Makan
4. Bank Islam - Duit Gaji masuk
5. Kuwait Finance House - Dana Kecemasan.
Setkan Jumlah Duit Simpanan dan Dana Kecemasan
Bila kita layari blog otai-otai kewangan macam blog: www.mohdsuhaimy.com dia akan syorkan sekurang-kurangnya 10% dari duit gaji kita untuk simpanan kita, bila dah kuat simpanan kita barulah mula ke Dana Kecemasan.
Biasanya 40% dari duit simpanan akan jadi Dana Kecemasan. Duit ni kita asingkan terus dari bank yang simpan duit simpanan kita. Ciri-ciri bank untuk Dana Kecemasan adalah
Di manakah saya patut menyimpan “Dana Kecemasan” saya?
Dana kecemasan anda patut disimpan dalam satu akaun yang mudah untuk anda keluarkan dalam waktu-waktu kecemasan. Namun ia tidak patut menjadi terlalu mudah untuk anda menggunakannya dengan sesuka hati anda. Anda mungkin memilih untuk membuka Akaun Simpanan dengan bank tetapi memilih untuk tidak memiliki kad ATM. Alternatifnya, anda juga boleh memilih untuk melabur sebahagian daripadanya ke dalam dana Amanah Saham kerajaan. Pilih dana yang dapat memastikan keselamatan kepada modal anda, sementara memberikan pulangan yang berpatutan. (fomca.org.my)
Dalam bab ni, aku suka pilih Kuwait Finance House. Pasal bank jenis ni susah nak tengok cawangannya, satu lagi kelebihan, kita boleh simpan lebihan duit daripada dana ni dalam bentuk emas, bila nak duit tu kita suruh bank tu tukar balik ke dalam bentuk duit biasa (duit fiat).
Tapi apapun sebelum dipisahkan , kita kena pastikan duit yang disimpan
'Cukup untuk 3 bulan hingga 6 bulan perbelanjaan bulanan anda. Anda boleh melakukannya dengan cuba menyimpan perbelanjaan seminggu, kemudian dua minggu dan secara perlahan-lahan bertambah kepada sebulan dan seterusnya.' (fomca.org.my)
Selain itu, kalau nak mula serentak Akaun Simpanan dan Dana Kecemasan ni boleh ke?
Hrmmm,..kat sini aku fikir salah ke kalau dana kecemasan tu dipotong 3% dari duit gaji bulanan kita ? Kalau nak tunggu simpanan cecah 3 bulan gaji mahu setahun atau 2 tahun baru sampai tahap tu. Paling tidak pun RM100 dari gaji bulanan kita ?
Selain tu, emas fizikal yang kita simpan juga aku rasa boleh menjadi dana kecemasan kita. Tapi ada blog otai tak syorkan cara ni. Motifnya aku guna cara tu bukan nak beli dan jual emas tu, tapi 'gadai' bila nak pakai, nanti tebus balik dalam 'period' tertentu. Entahlah, tapi aku tak terkecuali untuk guna cara yang aku cakapkan ni.
Kumpul Duit-duit lebihan dalam bank ke bank Simpanan
Cara ni dibuat bila kita tengok dalam bank 'Duit Dapur', 'Bank Gaji', 'Duit Makan' ada lebihan, kita mulakan bulan baru dengan 'duit baru'. Duit-duit ni akan dimasukkan ke dalan 'Bank Simpanan' apabila tiba masanya gaji baru, baru nak masuk.
Sebelum tu, pastikan kita gunakan duit tidak lebih dari yang dibajetkan untuk setiap bank, lagi kurang atau berpatut-patut lagilah bagus.
Bayar Balik Duit yang diguna dalam 'Bank Simpanan' dan 'Bank Dana Kecemasan'
Setiap perbelanjaan yang kita buat menggunakan 'Bank Simpanan' atau 'Bank Dana Kecemasan' kita kena kira dalam 'Mr Excel' kita. Periksa berapa perbelanjaan kita. Lepas kita tahu berapa yang kita pakai, kita akan setkan bajet bulan berikutnya, berapa yang perlu kita 'top-up' dalam bank yang kita ambil tu. Kita buat sistem macam bayar bil kad kredit jugak, bezanya takde interest lah ... :)
Itulah serba sedikit apa yang aku faham untuk penyediaan belanjawan bulanan kita, kalau ada otai-otai yang singgah bolehlah betulkan mana yang patut, boleh lah lagi ilmu-ilmu untuk uruskan kewangan bulanan ni.
Cuma satu persoalan aku, bolehkah kombinasi 'Kad Kredit' dan simpanan emas fizikal digabungkan sekali untuk dana kecemasan kita ? Hrrmmm…. nanti kita sambung kalau ada masa,.. :)
Monday, October 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment