Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday, August 26, 2010

MacBook Pro 13" ... lama mengidam ni

Pertama kali aku dengar dan tahu pasal macintosh (Mac) masa aku matrikulasi di PTPL (Kini MSU) tahun 2000. Masa tu semua biasa dengan Windows sahaja sampai tak tahu benda lain selain Windows. Sampai aku letak 'Macintosh' dalam diari aku, nama kumpulan aku, dan macam-macam lagi. Itu dulu, namun bila ramai bagitahu, aplikasi dia lain dari yang lain dan harganya mahal, aku biarkan sahaja impian itu sekadar impian.

Namun, bila bekerja aku pasang lagi impian tu sehinggalah aku dapat peluang 'pegang' Iphone yang juga sepupu sepapat Apple. kiranya tak ada rotan akar pun jadilah. Dan beberapa hari lalu, impian aku tercapai untuk memilikinya. Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah. :)

Namun seperti yang kita tahu, Macbook ni cara penggunaan dia lain, sampai bila dah leka dengan benda ni bila guna laptop biasa, aku merenung kejap macam mana nak guna laptop biasa. Pasal cara nak buat kerja dengan benda ni lainlah.. (pakai nanti baru korang tahu apa yang aku rasa)

Namun ada kelemahan, aku masih lagi tak Install aplikasi untuk buat kerja semacam aplikasi Microsoft Office yang ada Word, Excell dan smeua-semua tu. Nanti bila 'jumpa' murah2 aku akan install, hehe.

.......... sambung.

0 comments: