Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, August 29, 2010

Portable Satellite Internet Provider... tak ada kat Malaysia ye...?

Pagi-pagi tadi aku dah 'merisik' provider di Malaysia yang boleh bekalkan kemudahan tu di luar negara, Telekom Malaysia (TM) dah tanya.. email balas dia, bunyi ye macam ni..

"Kepada En. Nazran,

Terima kasih diatas e-mel anda kepada TM.

Merujuk kepada e-mel anda bertarikh 28 Ogos 2010 berhubung pakej Internet secara satelit, kami memohon maaf kerana TM tidak menyediakan perkhidmatan Internet sedemikian. Sila maklum untuk merujuk dengan 'Internet Service Provider' di Mekah bagi tujuan program tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas, sila e-mel kami di help@tm.com.my. Anda juga boleh menghubungi TM di talian 100, pilih bahasa dan "Produk dan Perkhidmatan" untuk bantuan lanjut.


Yang benar,

Customer Service Support,
Telekom Malaysia.

www.tm.com.my"


OK, aku juga try TIME untuk perkara yang sama dan ini jawapannya,

"Salam Sejahtera, Encik Nazran Fahmi Nawang,

Terima kasih di atas emel yang telah kami terima pada jam 0640, Jumaat, 28 Ogos, 2010.

Kami ingin melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak En. Nazran yang berminat terhadap produk TIME. Walaubagaimanapun, dukacita kami memaklumkan bahawa pihak TIME tidak mempunyai produk “Portable Satellite Broadband”.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk & perkhidmatan TIME, sila lawati www.time.com.my.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami ditalian +603 5021 2122 atau emel ke customerservice@time.com.my .

Yang benar,

Perunding Khidmat Pelanggan
Pusat Khidmat Pelanggan TIME"


Tak cukup dengan itu, pihak 'jaring' juga aku ada contact, namun masih belum dapat apa-apa balasan dan aku kira, TM & TIME mempunyai kumpulan khidmat pelanggan yang cepat bertindak berbanding 'jaring'.. adus.

Aku masih menunggu dan mencari solution untuk membolehkan aku buat liputan diluar Malaysia, kalau sesiapa terbaca posting aku ni dan ada idea penyelesaian, tolong contact aku yee.. Terima kasih.



"

0 comments: