Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, September 04, 2010

Apa aku pilih... ??

Sepanjang hidup aku ni, banyak barang MLM datang depan mata aku, semuanya masa aku duk dalam Universitu. Omegatrend, Unilever (ada jugak tapi aku tak tahu benda MLM ni wujud atau tak), dan beberapa lagi MLM yang aku dah lupa namanya. Kebanyakannya aku masuk dengar taklimat dan jarang aku nak active.

Lepas tu masa aku kerja, aku di datangi kawan yang perkenalkan HPA. Aku daftar tapi aku tak aktif. Barang-barang HPA aku akui memang bagus, tapi masa tu yang paling terkenal produknya, Kopi Radix. Aduii.. memang ramai suka kopi ni, tapi aku ni jenis sejak azali pening kalau biasakan diri dengan kopi ni. Lastly aku balik kepada 'produk' kesukaan aku tapi bukannya MLM, iaitu jus buah macam twister, dan Peel Fresh. Produk ni berkhasiat tapi aku kadang-kadang terfikir, kalau ada benefit bagus jugak ni.

Dipendekkan cerita, pada pandangan aku, lepas aku belek2 produk hpa dan yang terbaru Monavie. Aku akan gunakan keahlian HPA aku untuk beli barang-barang seperti ayam atau makanan segera seperti RFC (Radix Fried Chicken). Dan untuk kesihatan seperti masalah gaout ke, resdung ke, dan macam2 masalah kesihatan aku akan aktif dengan Monavie.

0 comments: