Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, May 15, 2010

Youtube kena bayar kalau exceed sesuatu storage ekk ?


Alkisahnya, aku baru-baru ni di datangi oleh team teknikal yang mahu perdagangkan kepakaran mereka. Macam-macam mahu diperkenalkan, Digital Rapids laa, penggunaan satelit laa, macam-macam. Mula-mula sekali bila dia jumpa aku, dia tanya korang pakai 'youtube' ekk ? Hrrmm, mungkin dia ingat kami kekurangan storage dan mahu guna 'youtube' sedangkan bila semua news tu dikumpul tetap kami pakai sistem yang sedia ada.



Kenapa aku guna youtube? Pasal sebelum ni, malah sebelum2 ni lagi (masa di tempat lama) ramai yang komplen pasal tak boleh tengok video, pasal? Haa... biasanya pasal komputer mereka tak ada codec aplikasi video windows media player, pasal.. kadang-kadang kalau sektor kerajaan akan ada IP tertentu yang akan di block termasuklah website kami tu.

Jadi akan guna sistem open source macam youtube nih. Jadi kalau sukar dapat internet pun diorang tidak akan komplen pasal aplikasi tu adalah youtube. Kalau kami pulak, bila tak boleh tengok, akan dipersalahkan, walaupun internet mereka perlahan dan kadang-kadang buka pelbagai windows internet di komputer mereka, kadang-kadang ada yang tengah download movie atau tengah tengok youtube lain, tapi dalam masa yang sama buka windows video kami. Aduihh... downlink (download) kat Malaysia ni bukan besar mana pun, kalau 20 Mbps ke tak apalah download apa-apa pun dalam masa serentak.

Tapi team aku sedaya upaya akan mempertingkatkan apa yang ada. Dalam masa yang sama berdoa lah internet kat Malaysia ni satu hari nanti semua nya fiber optik, barulah laju dan resolusi video kami boleh lah kami tingkatkan. Video yang ada sekarang pun NAK ikut keadaan semasa. Nanti kalau upgrade lagi kan, internet yang low tak dapat tengok pulak. HuHuHu...

0 comments: