Susahnyaa nak posting...
Kali ni aku taip posting guna cara 'old-school', guna laman blogger.com. Sebenarnya banyak proses yang kita kena buat sebelum boleh taip posting kita hari-hari. Kena buka laptop, kena 'On' kan button dia, tunggu komputer 'stabil' dulu, kalau komputer yang jenis ada macam-macam aplikasi, kena tunggu Yahoo Mesengger pop-up dulu la, kena tunggu reminder keluar dulu laa.. Ingat pulak masa aku mula-mula kenal kemputer dan internet ni di Universiti (Sains Malaysia) dulu. Macam-macam aku rasa dengan dekstop aku yang banyak berjasa dengan aku tu.Lepas tu kena taip www.blogger.com dan login masuk, barulah boleh taip posting.
Pasal benda-benda macam ni lah, orang lebih senang dengan FB atau Twitter.Pasal sekarang benda-benda tu dah boleh connect dengan SMS sahaja, simple jer tapi boleh sampaikan maklumat dengan pantas. Kalau yang jenis smartphone tu faham-faham la, lagi simple boleh access web time-time tu jugak.
Pasal masa lalu..
Ok, sekarang berbalik kepada niat asal aku nak posting hari ni. Episod kali ini, 'Masa Lalu...'. Dulu masa mula-mula kerja seronok betul, pasal banyak benda baru yang aku belajar, yang jauh dari bidang asal aku. Team kerja pulak masa tu bagus, sungguh bersemangat buat kerja dan memang niat untuk sebarkan untuk pengetahuan umat di Malaysia dengan cepat dan pantas. Seronok betul. Masalahnya pulak takda pulak kerjasama 'politik' antara agensi untuk memantapkan gerak kerja ke arah tujuannya. Banyak politik dan akhirnya aku buat keputusan untuk pergi, bukan berundur tapi mencari tempat untuk aku terus berbakti tanpa mendengar 'pertengkaran' antara agensi. Aku rasa sampai sekarang fenomena itu masih berterusan.
Tapi aku juga akui, bukan semua orang ada semangat untuk berpadu secara 'Big Team' dengan mengenepikan 'amalan politik' masing-masing. Dan beberapa hari lalu, aku dapat panggilan yang tidak disangka-sangka oleh 'orang besar' yang pernah aku kenal dan bekerja bersama dulu. Ada yang call pasal nak pastikan siapa gerangan 'nama' di dalam handsetnya pasal mungkin dia dah lama tak mendengarnya. Apapun terima kasih kerana masih ingat. :)
Esok, aku off, total off aku 2 hari kali ni, jadi aku ambil kesempatan tonton bola di ESPN, ManCity Vs Totenham. Sesaje bukan minat pun diorang ni. Oklah... tidur dululah... Bye..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment