Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday, April 15, 2010

Balik Markas... Hulu Selangor

Sampai kat sini je dah rasa mengantuk balik, aku pun tak tahu. Mungkin kena berjalan menikmati suasana berkempen untuk Pilihanraya P94 Hulu Selangor ni baru rasa sedap kot.

Nak dijadikan cerita, aku hari ni teruskan tuntutan aku dengan Telekom Malaysia yang berjanji mahu pasang streamyx di kawasan kerja aku. Punyalah liat, apply mula 5.4.2010 sampai sekarang masih tak dapat, bukan itu sahaja, aku yang mahu streamyx ni dah jadi macam bola. Mungkin dia tak nak layan aku yang berkerajaankan Selangor yang Pakatan Rakyat kot...

Aku apply line tu untuk sebulan sahaja, takkan aku nak tunggu sampai keluar keputusan pilihanraya P94 ni baru nak pasang kot. Duit dah habis beratus dah untuk pasang barang TM ni.

Call talian 100, untuk bantuan pun sudah, ada ke patut permohonan aku masih tak ada dalam database, setelah hampir 2 minggu permohonan masih tak ada dalam database lagi ? Nak kata pakai surat untuk inform HQ TMCorp rasanya semua dah email, malah staff TM Point KKB email depan-depan aku dan kawan aku.

Apapun aku yg geram sudah mintak pertolongan SU Agong Fomca, Md Shaarani utk war-warkan masalah ini di pihak atasan TM. Lega aku, namun TM semalam janji untuk pasang jumaat ini.


- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments: