Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday, July 09, 2010

Insurance punya cerita...

Aku sebelum ni subscribe dengan AIA, lama jugak la, start ketika 2008. Setakat tu ok, aku bayar sahaja, asalnya jenis PA je, pasal murah tapi tak ada simpanan, lepas tu ia membiak kepada satu lagi polisi yang call aku untuk subscribe, katanya yang tu mahal sikit dlm RM 90, tapi ada simpanan la...

Tapi itulah, kau dah ambik duit aku, lepas tu potong bulan2 tapi tak pernah bertanya khabar, Allah setakat sms pun dah OK, bukan nak sembang.

Last2 aku test, aku kurangkan duit bank yang aku biasa pakai dan letakkan dalam bank lain, akhirnya aku dapat dengar suara AIA punya orang. Kalau aku tak buat macam tu aku rasa jangan harap korang nak tanya khabar.

Aku sekarang beralih kepada islamik pulak, Takaful Ikhlas, budak yang approach aku nampak bagus setakat ni dan selalu tanya khabar, melalui SMS ataupun FB. Cukup dah tu, janji aku kenal siapa dia.

Aku beli untuk aku, medical card aku & anak aku ( yang jenis matang 23 tahun) cukup masa boleh aku ambik untuk perbelanjaan universiti Aiman.

Yanh jenis aku punya pulak, harap2 cukup masa nanti boleh aku ambil duit tu dan gunakan di tempat yang patut, untuk aset masa depan.




- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments: