Nampaknya ramai penyokong PAS mahupun UMNO melatah dengan cepat untuk mengulas mengenai muqabalah antara PAS-UMNO. Malah media arus perdana dalam konteks ini berjaya membuka isu ini seterusnya menggugat keyakinan penyokong PAS akar umbi yang tidak menyokong muqabalah diadakan.
Perjumpaan PAS-UMNO bukan perkara baru, malah ketika zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Nor pun iaitu ketika Ustaz Fadhil dan Tun M berada sepentas mengenai si Palestin & Kemanusiaan (sebelum perginya Ustaz Fadhil) mengapa kita tidak melatah ?
Malah sebenarnya DAP Penang juga bertemu dengan salah seorang pemimpin GERAKAN (kini bekas) iaitu Datuk Lee Kah Choon untuk pegang jawatan dalam InvestPenang dan Penang Development Corporation (PDC) mengapa Karpal Singh tidak melatah ?
Ketika PKR membuat perjumpaan dengan pemimpin BN Sabah, mengapa tidak dijadikan isu ? Adakah sah PAS telah menerima UMNO ?
Dalam isu perpaduan melayu sekarang, UMNO sudah hilang pengaruh dalam entiti kekuatan melayu. Kini PAS yang lebih kredibiliti untuk orang melayu jadikan payung dan relevanlah kalau UMNO yang menyertai PAS serta menerima konsep PAS dalam memperjuangkan melayu dan Islam.
Bagi saya, Khamis ini suatu penantian yang bermakna dalam politik tanahair kita. Tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan dalam masa sekarang. Bagi yang diluar kepimpinan PAS, baik banyak perhati dahulu sebelum mengulas kerana ramai penyokong PAS ini banyak mengulas mengalahkan pembuat dasar parti.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamu 'alaikum
Bukan kecoh wahai akhi. Cuma kerisauan yang maksima. Masing-masing adalah manusia yang punya hati dan perasaan. Masing-masing sayangkan Islam dan sayangkan PAS. TIdak adad platform lain di Malaysia ni jika nak perjuangkan Islam selain daripada PAS. Tak kan nak naik pentas Islam Hadhari pulak kot lepas nih? Mana mungkin.
drahmadmuhammad.blogspot.com
Assalamu 'alaikum
Bukan kecoh wahai akhi. Cuma kerisauan yang maksima. Masing-masing adalah manusia yang punya hati dan perasaan. Masing-masing sayangkan Islam dan sayangkan PAS. TIdak ada platform lain di Malaysia ni jika nak perjuangkan Islam selain daripada PAS. Tak kan nak naik pentas Islam Hadhari pulak kot lepas nih? Mana mungkin.
drahmadmuhammad.blogspot.com
Post a Comment