Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Showing posts with label muqabalah. Show all posts
Showing posts with label muqabalah. Show all posts

Wednesday, July 30, 2008

Apabila Tok Guru Nik Aziz buka langkah silat...

Ketika PAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi status PAS dalam sesi muqabalah PAS-Umno, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata

PAS Cadang Laksana Hudud Dan Qisas Jika PAS-UMNO Bersatu


KOTA BAHARU, 30 Julai (Bernama) -- Pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas menjadi satu daripada cadangan bagi PAS jika pergabungan antara parti itu dan Umno menjadi satu realiti, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun, bagi Menteri Besar Kelantan itu, cadangan pelaksanaan undang-undang itu yang mengikut lunas syariat Islam akan dilakukan kemudian, selepas muqabalah (pertemuan) antara pemimpin kedua-dua parti mencapai persetujuan yang membawa kepada penubuhan satu entiti parti politik yang baru.

Sejajar dengan semangat muqabalah untuk membincangkan masa depan umat Islam di negara ini, beliau berkata perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kerjasama Umno-PAS dalam membentuk parti baru perlu berlandaskan kepada Islam, termasuk melaksanakan hukum Hudud sebagaimana ditetapkan oleh agama.

"Yang membimbangkan saya bila kerjasama itu berlaku, ada pihak yang cuba mensabotajkan parti (gabungan PAS-Umno) dengan menganjurkan calon bebas yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan Islam mengikut syariatnya bagi melawan calon kita," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan kempen derma bagi kerja-kerja mengubahsuai masjid Baraah di pusat bandar ini di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata berlandaskan semangat demokrasi di negara ini, semua pihak termasuk Umno, kaum Cina dan India boleh mengadakan perbincangan serta mengeluarkan hujah mereka untuk lebih memahami Islam dan syariatnya.

"Saya hendak benar kalau orang Cina dan India kata dia tidak mahu kepada Islam. Di mana tidak kena dengan Islam, boleh tolong beritahu, kita boleh berbincang" katanya.

Namun, katanya, bagi beliau perkara yang paling penting adalah memastikan muqabalah antara PAS dan Umno dapat dijayakan terlebih dahulu untuk membincangkan masa depan umat Islam.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang menawarkan kepada PAS untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan di negeri itu sebagai simbol perpaduan politik Melayu dan Islam, Nik Aziz berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur esok.

-- BERNAMA


Ok, macam mana UMNO, nak ke..??

Hehe... kenapa nak kecoh-kecoh.. dengar dulu keputusan Khamis ini..

Nampaknya ramai penyokong PAS mahupun UMNO melatah dengan cepat untuk mengulas mengenai muqabalah antara PAS-UMNO. Malah media arus perdana dalam konteks ini berjaya membuka isu ini seterusnya menggugat keyakinan penyokong PAS akar umbi yang tidak menyokong muqabalah diadakan.

Perjumpaan PAS-UMNO bukan perkara baru, malah ketika zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Nor pun iaitu ketika Ustaz Fadhil dan Tun M berada sepentas mengenai si Palestin & Kemanusiaan (sebelum perginya Ustaz Fadhil) mengapa kita tidak melatah ?

Malah sebenarnya DAP Penang juga bertemu dengan salah seorang pemimpin GERAKAN (kini bekas) iaitu Datuk Lee Kah Choon untuk pegang jawatan dalam InvestPenang dan Penang Development Corporation (PDC) mengapa Karpal Singh tidak melatah ?

Ketika PKR membuat perjumpaan dengan pemimpin BN Sabah, mengapa tidak dijadikan isu ? Adakah sah PAS telah menerima UMNO ?

Dalam isu perpaduan melayu sekarang, UMNO sudah hilang pengaruh dalam entiti kekuatan melayu. Kini PAS yang lebih kredibiliti untuk orang melayu jadikan payung dan relevanlah kalau UMNO yang menyertai PAS serta menerima konsep PAS dalam memperjuangkan melayu dan Islam.

Bagi saya, Khamis ini suatu penantian yang bermakna dalam politik tanahair kita. Tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan dalam masa sekarang. Bagi yang diluar kepimpinan PAS, baik banyak perhati dahulu sebelum mengulas kerana ramai penyokong PAS ini banyak mengulas mengalahkan pembuat dasar parti.

Sekian.