Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, May 22, 2011

Sejauh Mana Perbelanjaan Pendidikan Anak-anak kita pada masa depan..?

Baru aku tahu, rupanya sejak kebelakangan ini, banyak skim dan plan untuk anak ke universiti di kebanyakan media dan dunia siber. SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) antara yang popular di media. Boleh dikatakan hari-hari ada dimainkan iklannya di RTM. Selain itu, Takaful juga ada sediakan skim ini, contohnya Takaful Ikhlas. Tapi adakah kadar tabungan yang kita simpan di skim berkenaan menepati beban kewangan kita 20 tahun akan datang ? Yang paling ditakuti jika ada kes ibubapa tidak boleh keluarkan tabungan seperti yang dijanjikan dalam perjanjian. Lihat petikan akhbar Harian Metro 14 Disember 2009 (sekadar panduan)

MARANG: “Saya kesal dan tertekan dengan maklum balas diberikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) apabila wang tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) gagal dikeluarkan seperti dijanjikan sebelum ini,” kata Mazlan Ibrahim, 40, dari Kampung Batu 14, Wakaf Tapai, dekat sini.Menurutnya, dia mula menabung untuk anaknya sejak 2003 ketika mula diperkenalkan pihak bertanggungjawab bagi menjamin pendidikan anaknya tidak terabai.Katanya, ketika itu syarat diperlukan adalah pendapatan ketua keluarga kurang daripada RM1,200 bagi melayakkan dia membuka akaun anaknya.Dia berkata, menerusi skim berkenaan dia menerima geran dipanggil Geran Sempadan yang membolehkan wang simpanan diganda apabila diperlukan untuk kemasukan ke universiti.

“Bagaimanapun, apa dijanjikan kini tidak menjadi kenyataan kerana PTPTN meminta saya mengemukakan penyata pendapatan isteri sebagai syarat membolehkan geran sempadan itu dikeluarkan.
“Masakan saya boleh mengemukakan dokumen terbabit kerana isteri saya, Norizan Saad, 38, suri rumah sepenuh masa dan tidak mempunyai penyata pendapatan seperti diminta,” katanya.Menurutnya, dia kini buntu kerana sukar untuk mengeluarkan wang berkenaan.

Manakala anaknya Puteri Nurul Ain, 18, sudah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan.Katanya, jika dia dapat mengeluarkan wang dari geran sempadan SSPN, ia boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan anaknya di universiti.Mazlan berkata, dia berharap pihak berkenaan mengambil langkah sewajarnya memandangkan isterinya tidak mempunyai penyata pendapatan seperti diminta.
Itu yang dilaporkan, bagaimana pula dengan kes yang tidak dilaporkan. Untuk SSPN, anggaran untuk 17 tahun adalah RM 29,053.15 (dengan Andaian pemberian dividen sebanyak 4% sepanjang tempoh simpanan), itupun untuk jumlah tabungan bulanan anak-anak RM100 sebulan . Adakah pada zaman tu, angka berkenaan sudah mencukupi untuk anak-anak kita ? Adakah yuran akan meningkat, kos kehidupan anak-anak akan berbeza berbanding zaman kita sekarang (2011).

Itulah yang bermain-main difikiran aku, manakala untuk Takaful pula kadarnya lebih kurang sahaja angkanya.

Sebenarnya, aku telah menyertai tabungan menggunakan Takaful Ikhlas untuk anak aku, tapi bagi aku masih tidak cukup kerana kos perbelanjaan anak-anak akan naik tahun demi tahun, apa tidaknya kalau ikutkan sekarang pun sudah naik mendadak berbanding zaman kita bersekolah dahulu. Semuanya kerana Inflasi Melampau !!!

Untuk itu, aku mula guna strategi simpanan yang dikatakan kalis inflasi untuk tahun-tahun yang akan datang,.. iaitu simpanan emas. Nilainya akan mengikut kadar kos tahunan kita. Jika petroleum terbatas, emas serta galian lain juga begitu. Paling tidak pun aku guna rumus mudah, setiap kali hari lahir anak aku, aku akan belikan 1 dinar, itu paling-paling terbatas dari segi kewangan kita.

Kenapa aku pilih teknik emas ?

Tidak lain dan tidak bukan, dinar berada ditangan kita dan bila-bila masa aku boleh cairkan di Ar-Rahn tempatan. Katalah umur anak kita 5 tahun, sudah ada 5 Dinar. Sekarang 1 dinar 999= RM 712 (ketika artikel ditulis), agak-agak 5 tahun akan datang berapa harganya ? Yang paling penting simpanan emas ni, kalau kita nak pakai 5 tahun akan datang, tak semestinya kita jual, masih boleh dicagar di Ar-Rahn mengikut keperluan, tak semestinya cagar semua. Dalam masa 6 bulan boleh tebus balik, tak mampu 6 bulan, boleh tambah 6 bulan lagi, janji kos simpanan yang beberapa sen tu boleh kita langsaikan sebelum disambung pajakan.

Emas yang ditabung ni pulak tak semestinya boleh digunakan untuk anak yang pertama sahaja, anak kedua pun masih boleh digunakan. Makin lama, makin mahal.

Apapun tidak salah jika kita sediakan payung sebelum hujan, dan tidak salah kita pelbagaikan cara kita menabung, tak rugi berfikir untuk gunakannya dan tak kisah kalau tidak mahu gunakannya, semua ditangan kita. Sekadar perkongsian.

0 comments: