Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday, June 24, 2008

Lama tak terokai dunia blogging....

Hari ini, saya banyak berjalan ke blog rakan-rakan melihat perkembangan terkini mereka. Sayu juga hati bila teringat kembali masa menulis artikel ketika USM Kampus Kejuruteraan dulu.

Dan yang pasti, banyak teknologi terkini yang saya tertinggal. Tapi apa nak dibuat, kerja tetap kerja, kerja perlu diberi keutamaan. Blog amirulreza.blogdrive.com adalah medium pertama saya menulis di alam maya ini, sekarang mungkin ramai sudah lupa siapa 'amirulreza'.

Setelah hampir 3 tahun saya tinggalkan dunia kejuruteraan, tergerak juga dihati untuk berpatah balik ke dunia itu. Tapi bila berada di dunia itu, politik bukan lagi keutamaan. Laporan media bukan lagi suatu keutamaan, editing video bukan lagi bidangku lagi.

Namun aku perlu ingat kembali percakapanku dengan 'orang kuat Harakah (kini Siasah)' suatu masa dahulu, saya berkhidmat mungkin hanya setakat tamat pilihanraya ke-12 sahaja. Suasana malam ini, cukup terkesan di hati ini, merenung jauh masa hadapanku dalam dunia kewartawanan. Sebelum ini, saya cukup yakin dunia yang sedang saya lalui ini boleh di upgrade kan lagi, mungkin tv media arus perdana atau sebagainya.

Tapi mulai malam ini (24 jun 08) saya perlu buat keputusan yang sebaiknya untuk terus kehadapan. Benarlah, kini saya sedang berada antara 2 jalan yang sedang terbentang dihadapanku.