Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday, September 25, 2012

Hacker Myanmar serang Utusan Malaysia pulak ?

Sekitar pukul 120pagi, 25/9/2012 aku saje-saje masuk ke web Utusan Online,.. tengok-tengok keluar 'script' macam ni

Sekali Myanmar Hackers dah datang pulak.

Sunday, September 23, 2012

Apasal Apply Kad Kredit ?

"Abisla kau,.. dah start pakai kad plastik tu,.."

Ayat tak boleh blah! yang dihamburkan oleh kawan aku apabila ternampak aku guna kad untuk bayar bil online beberapa hari lepas. Aku cuba sorok dari mata kawan-kawan tapi kantoi jugak. Aku sekarang sudah mencecah umur '3 series' pada tahun ni dan akhirnya aku terpaksa pakai jugak kad plastik ni.

Pembayaran bil melibatkan kegunaan pejabat menyebabkan aku terpaksa pakai kad ni, janji aku boleh claim dan terus je 'top-up' dalam kad kredit ni. Mahu nyer sakit, dekat-dekat hujung bulan ni aku terpaksa pakai duit aku dulu kerana syarikat, abis tu duit aku yang berbaki ciput tu hanya cukup-cukup makan je lee,.. sedih-sedih.

Awal-awal bulan lagi setiap kali gaji aku seperti biasa akan simpan duit awal-awal ke bank lain sebelum aku pakai sampai habis, jadi duit yang aku ada sekarang memang untuk makan jee,.. orang lain aku tak tahulah. :)

Sebenarnya beberapa bulan lepas, ada 2 jenis bank approach aku untuk ambil kad kredit, iaitu RHB dan Ambank. Mula-mula aku terima penjelasan geng kad kredit RHB dan aku isi borang, balasannya beg galas 1, mug 1, dan payung 1. Fuhhh,.. dapat ke tak dapat ke aku dah dapat cenderahatinya.

Kedua, Ambank Islamic. Ini aku isi sambil-sambil aku isi pelaburan unit trust yang diperkenalkan kepada aku. Dulu person ni geng Standard Chart tapi sekarang dah bersama dengan Ambank. Tapi aku ambil yang 3rd party punya laa bawah Hwang DBS. Am Mutual nanti dulu lah,.. akan menyusul.

Sambil-sambil aku tunggu mana satu yang dapat tu,.. selepas raya puasa aku dapat surat dari RHB Bank, bunyinya begini

"We have given due consideration to your application but we regret to inform that we are unable to accommodate your request at this point of time."

Hehhe.. aku baca dengan senyum, janji cenderahati korang aku dah dapat, terima kasih.

Pada pandangan aku, RHB ni tak terima pasal dokumen aku yang agen dia mintak tu tak lengkap, berbanding dengan Ambank dia mintak lebih sikit dari diaorang.

Lepas beberapa lama, aku dapat pulak SMS dari Ambank bunyi nyer macam ni,

"Encik ......., ur AmIslamic Bank Card app has been approved and the card will be sent to ur Card Delivery address asap"

Simple,.. tapi sudah cukup. Lepas beberapa hari aku ambil kad tu di salah sebuah cawangan Ambank kawasan ni.

Lepas tu aku mula call centre mereka tanya mana yang aku tak faham dan dapatkan kepastian sebelum start pakai. Jenuh jugak aku nak guna kad ni. Kalau bukan kerana syarikat tak pakai la aku kad ni.