Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday, January 30, 2006

Tokoh Islam 3: CHENG HO

Cheng Ho (1405-1433) telah berjaya menakluki dunia melalui tujuh ekspedisi pelayaran ke Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Barat dari benua Asia sehinggalah ke Afrika serta berlabuh di 30 buah negara. Kejayaan tokoh ini membuktikan negara China mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang teknologi pembinaan kapal dan pelayaran.

Pelayar kurun ke-15 Dinasti Ming, dijadikan sida-sida putera Zhu Di pada umur 13 tahun dan merupakan sida-sida pertama menjawat jawatan laksamana di China juga pegawai tertinggi tentera pertama beragama Islam. Cheng Ho merupakan pemimpin unggul mengetuai armada lebih 100 buah kapal bersama 27 ribu orang bawahan ke lautan barat mendahului Vasco Da Gama dan Christopher Colombus menemui laluan ke laut timur.

Kisah hidup Cheng Ho adalah perjuangan mencari kesempurnaan hidup menerusi Islam. Perjuangan menyempurnakan kecacatan hidupnya yang dikasi dan terpaksa menghambakan diri kepada Maharaja. Malah dia tidak berpeluang mengembangkan zuriatnya. Namun Cheng Ho tidak berputus asa dengan suratan hidupnya kerana dia berpegang kuat kepada ajaran Islam dan dia bercita-cita menunaikan ibadah haji sebagai penyempurna kehidupan beragamanya. Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau perlu membuktikan kesetiaannya kepada Maharaja.

Ketokohan Cheng Ho diakui oleh Ilmuwan masa kini seperti En. Khamis Hj. Abas (Kurator Muzium Laksamana Cheng Ho, Melaka) yang mengumpul koleksi manuskrip dan replika kapal Cheng Ho. Sementara Prof. Dr. Wu Zong Yu (Jabatan Pengajian Bahasa Asing, Universiti Beijing, China) menerangkan kehidupan Cheng Ho dan kaedah berkomunikasi antara kapal dalam armada.

0 comments: