Kali ini, aku nak perihalkan pula mengenai kes yang aku hadapi, moga tidak berulang kepada anda semua. Kes ini berkaitan saman parking di sekitar Batu Caves dan dibawah jajahan Majlis Perbandaran Selayang.
Memang aku akui, setiap manusia ada kesilapannya dan bukan tujuan posting ini untuk bermusuh dengan mana-mana pihak. Hendak jadikan cerita, pada bulan 21-5-2008 dan 23-6-2008, di sekiar Jalan SG 1/4, Taman Sri Gombak, Selangor, kereta jenis proton disaman oleh pihak penguasa Majlis Perbandaran Selayang.
Oleh kerana kena saman tu, saya membayar saman berkenaan pada 9-10-2008. Tetapi yang anehnya, pihak perbandaran menghantar notis amaran TERAKHIR pada 19-11-2008. Tidak cukup dengan itu sehingga sekarang notis itu masih sampai ke rumah.
Untuk pengetahuan semua, pembayaran itu dilakukan melalui transasksi Kounter Van Bergerak MPS.
Untuk tatapan semua, ini bukti pembayaran.
Jadi kepada rakan-rakan semua, simpanlah resit pembayaran anda setiap kali melakukan transaksi, jika tidak mungkin wang anda akan melayang 2 kaliganda.