Hari ini aku mahu perihalkan mengenai kesah pencuri yang berani sangat nak pecah masuk rumah orang. Kesah ini aku kaitkan dengan keselamatan di kuala lumpur. Jika dulunya kita ada ketua atau orang yang boleh dipercayai di sesebuah kawasan, tapi sekarang ni apa yang kita harapkan adalah kepada pihak polis. Anehnya sekarang ni polis pun tidak mampu mengatasinya. Hinggakan sekarang bukan polis yang meronda tapi geng geng pencuri yang meronda! Apa dah jadi? Apabila kita buat laporan, orang awam pula yang perlu buat laporan susulan dari satu department ke department yang lain, punya la susah, bukannya kawasan setinggan tapi taman perumahan.
Jika polis yang diistilahkan sebagai special branch asyik sibuk mengekori seseorang yang ada kaitan dengan politik pembangkang, kenapa keadaan yang berbeza berlaku kepada orang awam? Bercakap mengenai polis dan politik pembangkang, teringat pula aku ketika bertugas di bukit selambau tempoh hari, hari pertama aku berada di sana pegawai penyiasat sudah menyelidik pekerja pekerja politik ini. Sebenarnya mereka tidak boleh melakukan apa-apa tapi cara mereka yang suka 'psyco' ini menjadikan kita mual. Tak ada kerja lain ke? Apapun kita kena biasakan diri kerana mereka ini kadang kala 'bagus' juga apa tidaknya ada 'escort' tanpa berbayar yang 'menjaga' keselamatan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Alahai memang terkena batang hidung anale...rumah ana dah 3 kali kena masuk pencuri.Pantang kita tinggalakan rumah lama sikit,geng nii mula buat kerja.Bila orang yang diamanahkan buat laporan polis,dia pula kena soal selidik,macam dia punya kerja.Siap tanya macam mana kau dapat kunci dan sebagainya.
Kali kedua waktu Chiness New Year,tak sempat ambil banyak ana sempat balik.Pukul 1.30am(tengah mlm).Kali ketiga bila ana ada di KL lee.Pasang besi geriji(grill) pun tak guna,Habis dikopak sampai pecah dinding.Ana sudah malas mau report laa.Kawan ana cerita dia pun teruk juga kat balai polis.Dahle kena marah..naik turun tangga cari bilik pegawai pun susah.Silap masuk bilik kena sergah.Aduhai...
Sekarang tinggal juga dengan tawakallah sahajalah.Sembahyang hajat,baca yasin..insyaAllah ,Allah akan memberi hidayah kepada penyamun/perompak supaya insaf.Adea rasa kesihan belas kepada hamba Allah lain.Rumah mereka rosak.
Post a Comment