Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday, January 14, 2011

Labur Dalam Emas... Akhirnya....

Dah lama aku tak blogging,.. tapi kali ni aku nak blogging jugak, nak bagi tahu pasal Pelaburan Emas. Aku dah lama ikut trend emas ni, mula-mula sekali ketika kelantan perkenalkan Dinar Emas. Aku masa tu sungguh takjub dan mahu terus ikut, tapi masa tu keadaan aku yang baru nak berumah tangga membantutkan niat aku, rasa jugak nak beli emas sebagai mas kahwin, kalau aku mula berkeras nak buat jugak masa tu, iaitu guna emas sebagai mas kawin kan best, sekarang dah berapa dah... aduii...

Apapun tahun baru 2011 ni, aku nak mula juga simpanan / pelaburan aku dalam bentuk emas. Aku mula googling dan terjumpa beberapa website mengenai pelaburan emas, antaranya

1. http://syeikhulmaqari.blogspot.com/

2. http://jutawanemas.com

dan beberapa website lagi yang agak banyak aku nak list kan.

Mula-mula aku berminat dengan maybank & public bank gold, tapi aku rasa tak puas, kalau boleh nak islamic dan paling aku rasa suci, akhirnya aku terpaku pada KFH (Kuwait Finance House). Boleh tgk klik link ni: http://www.kfhonline.com.my

Apa yang menarik, dia boleh jual emas, ada akaun, boleh ambil emas kalau mahu atau biarkan mereka simpan tanpa bayaran sampingan. Minima simpanan permulaan utk akaun gold ni, 10gram. Apa lagi, aku suruh isteri aku ikut aku ke tempat ni, sekitar Seksyen 7 Shah Alam, belakang Uitm Shah Alam, sebaris dengan JAKEL. Ini lokasi baru mereka.

Pagi 13/1/2011 aku bagi tahu isteri aku pasal KFH ni, huhu.. dia habis-habisan nak Dinar Emas Kelantan jugak, aku call AR RAHN Kelantan Cawangan KL, depan Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dimaklumkan hari tu stok tak ada, ambik kau... gaduh punya gaduh (bincang la tu bukan gaduh pun) petang tu sekitar 311ptg barulah dia setuju, Huhu.. lega aku, baru dia faham maksud aku kenapa aku pilih KFH.

Lepas sampai bank tu, aku masuklah buat apa tunggu lagi, bank dia memang style Arablah walau aku tak pernah ke tanah arab, bayangkan kat dalam tu ada gula-gula ringan dalam balang, lepas tu bila ke kounter nak buka akaun, siap pelayan offer.. "Encik nak kopi atau Nescafe, aikk tak pernah bank buat macam ni, aku taulah air tu hanya uncang yang dah siap dan segera tapi bagi pelanggan itu dah.. Wow!! ...dah

Lepas dengar penjelasan secara rasmi pasal akaun gold tu, nama rasminya "Gold Account-i". Aku makin faham dan jelas apa yang telah aku baca dalam blog. Tanpa banyak cerita aku 'paste' kan maklumat yang aku baca (http://jutawanemas.com) dalam blog nih.

Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.

KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi - daripada Turki.

Gambar jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi

Jongkong emas ini memiliki ketulenan 995.0

Jadi ketulenan jongkong emas ini adalah lebih rendah berbanding jongkong-jongkong emas lain di Malaysia.

(p/s: Contohnya jongkong PAMP Suisse, Poh Kong Bunga Raya atau Public Gold memiliki ketulenan 999.9)

KFH_995_goldbar
Jongkong Emas KFH Gold Account-i mempunyai ketulenan 995.0
Harga Emas KFH Gold Account-i

Harga emas harian KFH Gold Account-i boleh dilihat di dalam laman web KFH.

Alamatnya ialah: http://www.kfhonline.com.my/

Daripada harga emas tersebut didapati spread diantara harga belian dan jualan adalah RM6 segram.

Anda boleh ambil jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam akaun.

(contoh: kalau buka akaun dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)

Kalau nak tambah lagi pelaburan, anda perlu membeli minimum 5 gram.

Kalau nak jual emas tersebut, anda hanya perlu bawa emas atau statement akaun ke KFH dan jual emas tersebut mengikut harga belian semasa.

Semasa membuka akaun tersebut saya telah meminta untuk mendapat emas fizikal.

Jadi saya diberikan 8 gram jongkong emas (5 gram sekeping dan 1 gram x 3 keping)

Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.

Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH samada saya boleh buka sarung laminate emas ini untuk digadaikan ( in case nak rolling duit)

Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH diantaranya:

1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung plastik emas ini tidak boleh bengkok

Jika berlaku situasi diatas maka emas ini tidak akan diterima terus oleh KFH.


Aku tanya jugak pasal sarung dia tak boleh buka dan segala macam syarat kat atas tu, pegawai bank tu cakap, pasal emas tu dari turki, apa jua nilaian nanti akan dilakukan di sana. Tak kesahlah pasal aku dan isteri aku memang pilih nak letak emas tu dengan KFH.

Jadi aku buka akaun bersama antara aku dan isteri aku sebagai saving account, lepas tu aku buat gold account atas nama dia, takpelah sekurang-kurangnya ada jugak aku 'bagi' emas walaupun bukan gelang emas atau rantai emas. Jadi simpanan aku akan aku masukkan duit berkala dalan akaun tu bila cukup utk beli emas, aku akan transferkan dalam akaun emas isteri aku tu.

Apa yang aku nak bagitahu kat sini, KFH akan tetapkan harga emas semasa dalam tempoh tertentu, contohlah dia update pukul 10:30 pagi hari berkenaan, jadi harga belian dan jualan itu akan digunakan sehinggalah tutup waktu pejabat.

Setakat itu dululah pasal emas KFH untuk kali ini, nanti lain masa aku blogging lagi.

0 comments: