Sampai je aku pekena bakso kedai makan di pangsapuri tu, sambil makan aku tanya pasal nama ustaz tadi, terus dia bagi tahu mana rumahnya, settle. Masuk je rumah dia, aku disambut baik, macam lama kenal pulak, hehe. Aku terus perkenalkan nama, dan dia ingat lagi, nama yang 'lock' harga tempoh hari. Aku lock 1/2 dinar je, masa RM318 shj. Pembantu ustaz tu terus keluarkan dinar yang aku pesan, aku ingat pakai harga pasaran sekarang RM320, tapi ustaz dan pembantu tu guna harga yang aku lock hari tu RM318 oklah tu. hehe.
Masa, aku ambil dinar tu, aku tertengok sekali dengan dinar-dinar lain, termasuk merasa jonkong 1 Kg Perak. Dalam masa sama aku ambil juga emas untuk rasa dengan tangan aku, memang lain rasanya memegang emas yang 10g dengan 1 kg jongkong emas, patutlah emas ni mahal, aku pejam mata rasa dua-dua logam ni, aku boleh agak mana satu emas mana satu perak, subhanallah.
Akhirnya, merasa jugak, tapi aku bawa pulang 1/2 dinar tu sahajalah, ini untuk starting je, dlm KFH pun dah ada, jadilah, aku cuma nak rasa logam tu di tangan pulak. Kali ni, aku dah ada pilihan mana yang paling mudah nak dapat dan di Ar-Rahn kan. Ustaz pun dah ceritakan panjang lebar pasal kaedah nak simpan emas ni, hrmm,.. dah kira dah ada guru dah tu, selain pembacaan aku kat internet. Tak apa, perlahan-lahan, ikut lebihan pendapatan aku mengikut bulanan. Aku dah tertinggal beberapa tahun mengenai emas ni, rupanya masa aku mula-mula tahu pasal emas ni pada tahun 2006, harga dia cukup murah berbanding sekarang,.. aduii..
3 comments:
pelaburan emas adalah pelaburan berjangka panjang.
Kalau labur hari ini, nak tuai hasil bulan depan atau enam bulan lagi, lebih baik tak melabur.
Itulah trend pasang surut harga emas yang aku perhatikan. Ikut penglaman aku, baru sekali harga emas naik lebih tinggi daripada nilai belian aku beberapa bulan yang lalu. Hari ini masih di bawah paras itu.
Naim,
Tujuan kita beli logam ni, tujuan utama ikut sunnah nabi, kedua nak 'padat' kan wang kita dan ketiga nak selamatkan dari arus inflasi.
Lagipun, kawe dah biasa letak dlm beberapa bank, tapi ia masih berbentuk wang dan boleh ambil sesuka hati, bila jadi macam emas ni, susahkan diri sikit utk beli barang sesuka hati.
Utk pengetahuan, mmg emas akan slow masa nak masuk musim perayaan, sebelum tu, ia akan naik tinggi, apapun kawe fikir lama.. At least utk tabung anak kawe
Gambar Tsunami Sendai,Jepun-11Mac
www.mindaharian.blogspot.com
Post a Comment