Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, February 15, 2014

Takaful Ikhlas : Perlukah aku share apa yang aku tahu ?

Selepas aku fikir, eloklah aku kongsikan apa yang aku tahu pasal benda ni. Kat sini tak perlu banding plan mana yang terbaik ke apa ke, kita fikir mudah je, lebih baik ada daripada tak ada langsung. Tapi yang penting biarlah takaful dan boleh diwariskan apabila ditakdirkan kita dah 'takde' kelak.

Sebab aku tulis ni, pasal aku nak jadikan iktibar kepada satu kes yang telahpun menimpa kawan sekerja aku beberapa hari lepas. Apabila ketentuan Allah, bila nak jadi, maka ia akan jadi. Aku ceritakan sikit apa yang berlaku.

Kawan aku ni insan yang komited untuk keluarganya, dia buat beberapa job untuk menyara keluarga. Gaji bulanan dia pun tak setinggi mana. Siang malam dia bekerja, yang second job dia buat ni dia suka dan memberi kepuasan, lagipun itu juga adalah hobi dia pada mulanya.

Bila dah kerja tanpa henti, kawan aku ni dah overload dan tak cukup rehat, sehinggalah suatu hari, pembuluh darah di otaknya pecah. Pada mulanya kawan-kawan lain tak tahu apa yang terjadi, pasal dia ni nampak keletihan dan dia ni secara diluar kawalan tergelongsor dari tempat duduknya. Badannya lembik dan tidak boleh dikawal dan terbujur atas lantai, hanya matanya sahaja yang boleh digerak-gerakkan. 

Ingatkan dia hanya bergurau dengan kawan-kawan, tapi bila dia diam je atas lantai tu dan hanya boleh kerdipkan kelopak mata, kawan-kawan dah tak keruan. Selepas diangkat dan diletak atas kerusi, akhirnya pergerakan badannya kembali normal, tapi masih nampak letih dan katanya nak berehat kejap. Ajakan kawan-kawan nak hantar ke hospital ditolak, katanya dia letih je.

Tapi kawan-kawan pujuk jugak dia balik ke rumah dan berehat dan akhirnya dia bersetuju. Dia masih boleh berjalan dan masuk sendiri ke dalam kereta, tapi apabila sampai ke rumahnya dan dia mahu turun, dia sekali tak mampu gerakkan badannya. Keluarganya bawa dia ke satu hospital swasta, tapi lepas check secara luaran, doktor bagi ubat dan suruh monitor dari rumah. Tapi ibunya tak puas hati, dibawanya pula ke sebuah lagi hospital swasta. Selepas di CT Scan dan sebagainya, disahkan ada pendarahan di otaknya. Tanpa cakap banyak, doktor nasihatkan dibedah untuk hentikan pendarahan.

Pada pembedahan pertama, pendarahan berjaya dihentikan tapi otaknya bengkak, jadi tempurung kepala terpaksa dibuka sekejap dan usaha surutkan bengkak di otak tu dilakukan. Sekarang ni siri kedua pembedahan telah dilakukan dan dia dalam keadaan stabil.

Konklusi dari peristiwa ni, katalah kes ini dirujuk ke hospital awam, katalah dia tidak ada bantuan takaful dan sebagainya, adakah proses ini boleh dilakukan dalam masa yang singkat ?

Disinilah Medical Card ambil peranan untuk membantu pada masanya. Kebetulannya, aku baru sahaja sertai Medical Card Choice Plus di bawah plan Takaful Ikhlas. Kalau nak bezakan dengan takaful lain, aku rasa tak perlu, kalau yang ada dengan takaful lain, Alhamdulillah anda dah ada kesedaran untuk memilikinya.

Dengan niat untuk membantu kepada sesiapa yang tidak ada lagi, boleh hubungi saya, InsyaAllah saya boleh bantu. Email: amirulreza@gmail.com . Anda juga boleh tinggalkan pesanan di ruangan komen di bawah artikel ini.

1 comments:

yazidfaber said...

Casino games you will never play at - DrmCD
The 충청북도 출장마사지 casino is 경상북도 출장안마 not a gambling establishment 충주 출장샵 but rather a place where you play, and place your bets. If you want to play casino 안동 출장마사지 games for real money, 양산 출장안마 you have to have