Ini maklumat berguna untuk semua. Benda ni aku pun tak tahu dan agak-agak jer, masa nak 'apply' loan rumah dulu. Rupanya lain. Benda berkait rapat dengan kesihatan CCRIS (Central Credit Reference Information System) #link http://creditbureau.bnm.gov.my/ccris.html
Ok,.. jom kita lihat
#1 - Umur yang menentukan skor kredit saya
Mitos: jika anda muda, #skor kredit anda adalah lebih bagus!
FAKTA: umur bukanlah pengukur untuk skor #kredit yang bagus, tetapi jumlah kredit yang diambil atas nama anda
#2 - Skor kredit isteri/suami saya menjejaskan skor kredit saya
Mitos: skor kredit anda akan terjejas sekiranya anda mengahwini seseorang yang mempunyai skor kredit yang buruk
FAKTA: skor kredit dinilai berdasarkan kredit anda sebagai individu bukan sebagai pasangan
#3 - Elakkan daripada mengambil sebarang kredit
Mitos: skor kredit saya akan lebih bagus sekiranya saya tidak mengambil sebarang pinjaman
FAKTA: anda perlu mengambil sekurang-kurangnya satu pinjaman (biasanya kereta atau rumah) untuk mewujudkan skor kredit anda
#4 - Menyemak laporan kredit saya sendiri akan menjejaskan skor kredit saya
Mitos: skor kredit anda akan terjejas sekiranya anda membuat semakan
FAKTA: anda boleh membuat semakan setiap tiga bulan secara percuma tanpa menjejaskan skor kredit anda
#5 - Membayar tunggakan bulan sebelumnya akan memadam rekod tunggakan dalam skor kredit anda
Mitos: tunggakan anda akan dijelaskan/dibersihkan sekiranya anda telah membayar tunggakan tersebut
FAKTA: laporan kredit (CCRIS) menyimpan data anda selama setahun, dan akan menunjukkan sekiranya anda ada sebarang tunggakan atau telah membayar tepat pada masanya
#6 - Jika saya membayar baki pinjaman kad kredit saya, saya mempunyai skor kredit yang sempurna!
Mitos: skor kredit anda akan menjadi sempurna jika anda membayar baki kad kredit anda
FAKTA: skor kredit anda bergantung kepada jumlah kredit yang anda ambil
#7 - Skor kredit yang rendah akan memberi impak kepada saya selama-lamanya
Mitos: skor kredit yang rendah akan memberi impak yang negatif kepada anda selama-lamanya
FAKTA: selepas suatu tempoh dan semua tunggakan telah dijelaskan, skor kredit anda akan berubah kepada positif
#8 - Menutup akaun selepas membayar penuh kredit tersebut memberi kelebihan dalam skor kredit saya
Mitos: menutup akaun anda akan memberikan kesan positif kepada skor kredit anda
FAKTA: ia akan menjejaskan skor kredit anda (sedikit sebanyak) kerana pihak bank akan membuat semakan dan skor kredit anda akan menunujukkan sejarah yang lebih pendek
#9 - Mengurangkan had kredit akan menaikkan skor kredit saya
Mitos: mengurangkan had kredit anda dapat membantu menaikkan skor kredit
FAKTA: mengurangkan had kredit anda akan menjejaskan skor kredit anda kerana anda dilihat kurang meyakinkan/dipercayai
#10 - Lebih banyak kadar faedah yang saya bayar akan menjejaskan skor kredit saya
Mitos: semakin banyak jumlah kadar faedah yang perlu dibayar, semakin teruk skor kredit anda
FAKTA: jumlah faedah yang anda bayar tidak memberi impak yang besar kepada skor kredit anda
Rujukan: http://www.akpk.org.my/my/
P/S: Ok,.. moga bermanfaat untuk semua. Ini untuk pesanan untuk diri saya juga supaya dapat merancang dan menangani dengan baik kredit kita.
:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment